cara kira bulanan kereta
Sesetengah dari kita mungkin ada kemampuan wang cash tunai untuk membayar lump sum ke semua hutang ansuran pinjaman kereta mereka. Jadi mereka ingin tahu, apakah ada penjimatan atau rebat yang diberikan kepada mereka sekiranya mereka ingin selesaikan hutang kereta awal. Contohnya mereka membeli sebuah kereta dan memilih mahu membuat bayaran instalment selama 9 tahun. Dan kemudian selepas 3 tahun ada duit cash untuk bayar ke semua hutang pinjaman kereta secara tunai. Apakah pihak bank ada memberikan rebat penjimatan dan tidak perlu membayar ke semua jumlah hutang seperti pada perjanjian awal? Jawapannya adalah ada.
Sebenarnya begini. Anda kena faham. Apakah struktur loan pinjaman dari pihak bank dan dari manakah pihak bank buat duit? Kalau anda faham yang ini, saya pasti anda akan dengan mudah memahami bagaimana loan pinjaman kereta, rumah, peribadi dan sebagainya dikira. Apabila pihak bank memberikan pinjaman kereta, itu bermakna pihak bank memberikan duit mereka kepada anda untuk anda beli kereta. Dan sudah tentu mereka mahukan duit mereka semula. Duit ini kita namakan sebagai duit pokok atau hutang pokok.
Kereta Terkini Dan Mudah - Cara Kira Bulanan Kereta />
Kalau anda pinjam RM30K dan kemudian anda pulang balik RM30K, sudah tentulah pihak bank tidak untung apa apa. Jadi di sinilah mereka kenakan kadar interest kepada anda seperti 2.5%, 3%, 3.5% atau 3.99% setahun atau lebih. Dari interest inilah pihak bank buat duit. Jadi, apabila anda membuat pinjaman kereta, anda perlu membayar “hutang pokok” dan juga “hutang interest” sekali. Jelas?
Membeli Kereta Baru
Setelah anda jelas. Sekarang kita cerita pula tentang hutang pinjaman kereta. Bolehkah kita bayar habis cepat dan mendapat rebat penjimatan? Di sini saya bukan hendak menceritakan tentang anda bayar lebih setiap bulan dan bilakah loan kereta anda itu akan habis dengan cepat. Kita di sini sedang menceritakan keadaan di mana anda ada duit cash tunai untuk bayar habis ke semua hutang kereta anda pada tahun kedua, ketiga atau mana mana tahun lebih awal sebelum sampai masa loan anda tamat. Jelas?
Kita buat contoh mudah. Anda mahu beli kereta Perodua Axia. Anda mahu buat pinjaman sebanyak RM30, 000. Dan pihak bank meluluskan pinjaman anda dengan kadar interest tahunan sebanyak 3.99% setahun untuk tempoh pembayaran pinjaman kenderaan selama 9 tahun. Saya harap anda jelas pada bahagian ini ya. Jelas?
Apa yang anda faham dari kiraan di atas ini? Bayaran bulanan RM377.52 ini adalah termasuk dengan Bayaran Pokok + Bayaran Interest betul? Ini bermakna setiap bulan anda sedang membayar balik pinjaman RM30K anda itu secara sedikit demi sedikit termasuk membayar keuntungan bank melalui kadar interest yang mereka kenakan itu. Jelas? Faham?
Cara Kira Pinjaman Kereta Baru Dan Terpakai Online
Soalan saya, dalam masa setahun. Berapakah Hutang Pokok yang anda kena bayar dan berapa pula Hutang Interest yang anda kena bayar dari RM377.52 setiap bulan itu? Anda tahu cara kiraannya?
Anda membayar RM377.52 sebulan. Kalau setahun, itu bermakna anda telah membayar ansuran bulanan kereta anda sebanyak RM377.52 x 12 bulan = RM4530.24 setahun. Dari RM4530.24 setahun ini, berakah Hutang Pokok dan berapa pula Hutang Interest?
Hutang Pokok begini cara kiranya. Anda pinjam RM30000 betul? Kalau di bahagi dengan 108 bulan, maka anda dapatlah bayaran Hutang Pokok yang anda kena bayar setiap bulan iaitu RM30000 / 108 bulan = RM277.77 setiap bulan. Jadi jumlah Hutang Pokok dalam setahun yang anda kena bayar adalah RM277.77 x 12 bulan = RM3333.24 setahun
Cara Kira Dsr Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah
Hutang Interest pula adalah begini cara kiranya. Bukankah pinjaman kereta anda dikenakan cas kadar interest sebanyak 3.99% setahun dari pinjaman pokok. Jadi kiraanya adalah RM30000 x 3.99% setahun = RM1197 setahun.
Cuba anda kira balik Jumlah Hutang Pokok Setahun + Jumlah Hutang Interest Setahun adakah sama dengan jumlah bayaran yang anda lakukan dalam masa setahun iaitu RM4530.24 setahun? Hutang Pokok Setahun (RM3333.24) + Hutang Interest Setahun (RM1197) = RM4530.24 setahun. Sama bukan?
Sekarang anda sudah tahu cara kira bayaran bulanan kereta, cara kiraan kadar interest tahunan dan cara kira berapakah wang pokok dari pinjaman anda itu. Apabila anda sudah tahu kira dan tahu bagaimana kiraan pinjaman kereta itu dilakukan. Maka anda sudah pasti akan boleh membuat kira kira berkenaan anggaran wang yang perlu anda bayar sekiranya anda mahu selesaikan hutang kereta awal.
Cara Kira Bajet Bulanan Untuk Beli Kereta Yang Sesuai Denga Gaji
Dari awal tadi anda pasti sudah nampak, apabila anda membuat bayaran balik ansurans kenderaan atau apa apa loan lain sekalipun, anda perlu membayar balik wang pinjaman termasuk sekali dengan kadar keuntungan bank iaitu interest bank sekali. Jelas?
Cuba fikir semula. Kiraan bayaran ansuran bulanan dari loan pinjaman kereta anda termasuk dengan interest di kira terus untuk tempoh selama 9 tahun betul? Bagaimana kalau anda mahu stop loan iaitu bayar cash semua hutang pinjaman kereta anda pada tahun ke-3 atau ke-4 atau pada mana mana tahun sebelum sampai tahun ke-9. Tidak mungkin anda perlu membayar kadar interest pada tahun tahun yang lain betul?
Contoh mudah faham macam ini. Anda buat pinjaman loan selama 9 tahun. Anda mahu selesaikan hutang kereta awal iaitu pada tahun ke-3. Jadi sudah tentu anda tidak perlu membayar HUTANG INTEREST untuk tahun ke-4 sehingga tahun ke-9. Ini kerana pada akhir tahun ke-3 anda mahu bayar semua lump sum sekaligus Hutang Pokok yang berbaki. Jelas
Cara Kira Loan Kereta Proton Vs Perodua Vs Honda
Di sinilah terjadinya penjimatan atau rebat. Pihak bank sebut ianya sebagai “Rebat” atau “Diskaun” dan anda pula terasa ianya menjimatkan anda. Sedangkan bagi saya kisah yang sebenar adalah kita tidak perlu membayar Hutang Interest untuk tahun tahun selepas itu. Sebab itulah kita terasa seperti jimat kalau kita bayar dan selesaikan hutang kereta dengan lebih awal.
PENTING!!! Anda kena faham beza antara Hutang Pokok dengan Hutang Interest. Kereta anda berharga RM30000. Dan anda pinjam dengan bank sebanyak RM30000. Ini bermakna, anda sudah pinjam dan hutang RM30000, maka anda kenalah bayar RM30000 juga. Jelas? Cumanya bila kita sebut penjimatan atau rebate atau discount, ianya adalah tentang Hutang Interest anda tidak perlu bayar semua. Bukankah jumlah Hutang Interest anda selama tempoh 9 tahun adalah sebanyak RM10773. Anda mahu selesaikan hutang kereta awal iaitu pada akhir tahun ke-3, jadi tidak perlulah membayar ke semua Hutang Interest tersebut. Dari sinilah anda akan jimat. Jelas?
Untuk memudahkan anda membuat kiraan berapa jumlah wang baki yang perlu anda bayar untuk setel terus hutang loan pinjaman kereta anda. Kita akan gunakan kalkulator yang saya kongsikan di atas ini. Anda masukkan jumlah pinjaman, kadar interest tahunan yang dikenakan, jumlah tahun pinjaman dan jumlah bulanan yang telah anda bayar setakat ini. Kalkulator ini akan membantu anda mendapatkan jumlah yang bayaran penuh yang perlu anda sediakan untuk bayar habis hutang kereta anda.
Cara Kiraan Kiraan Berbeza Bila Berlaku Penangguhan
Mengikut contoh yang kita gunakan di atas tadi. Harga kereta RM30K. Interest adalah 3.99% setahun. Ini bermakna jumlah bayaran pinjaman kereta anda selama 9 tahun adalah RM30K + RM10773 (interest 9 tahun) = RM40773. Oleh kerana anda sudah membayar selama 3 tahun, dan anda mahu bayar selesaikan hutang kereta awal secara penuh, maka bayaran yang perlu anda lakukan adalah sebanyak RM22503.82 (lihat gambar 2&3 di atas).
Jumlah keseluruhan pinjaman kereta anda selama 9 tahun adalah RM40773. Selepas 3 tahun, jumlah bayaran yang anda sudah lakukan adalah sebanyak RM13591 (lihat gambar 1 di atas). Ini bermakna baki hutang yang perlu anda jelaskan adalah sebanyak RM40773 – RM13591 = RM27182.
Akan tetapi oleh kerana anda mahu selesaikan hutang kereta awal dan selesaikan ke semua bayaran selepas tahun ke-3, jumlah bayaran penuh yang anda perlu lakukan hanyalah RM22503.82 SAHAJA. Ini bermakna anda telah mendapat rebat iaitu penjimatan sebanyak RM27182 – RM22503.82 = RM4678.18. Jelas. Kalau anda mahu lebih jelas dan mudah faham, sila tonton video di atas ini ya. Gunakan kalkulator yang saya kongsikan di atas ini untuk memudahkan anda. Kalau anda pergi ke bank, anda juga boleh meminta mereka kirakan untuk anda dan anda cakaplah anda mahu buat Full Settlement/Early Settlement pembiayaan kereta anda. Mudah bukan? Selamat mencuba.
Bagaimana Untuk Mengira Faedah Pinjaman Kereta Dan Ansuran
Cara Kira Bulanan Kereta Secara Manual Berapakah Wang Anda Dapat Jika Batal ASB Financing Awal Cara Kira Loan Kereta Terkini Dan Mudah
Blog Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di moham29577@yahoo.com. SekianZaman sekarang semua kerja kerja kiraan bayaran bulanan (installment) boleh anda lakukan mudah dengan bantuan “kalkulator loan pinjaman” di komputer atau di smartphone melalui aplikasi apps yang disediakan. Namun bagi saya, di sebalik kemudahan yang ada, adalah lebih baik kalau anda sendiri faham bagaimana kiraan itu dilakukan. Jika anda faham, dengan tanpa kalkulator canggih pun anda sudah boleh kira kira sendiri dengan mudah. Atas sebab itulah saya hendak mengajar anda tentang cara cara kira bulanan kereta anda secara manual. Berminat hendak tahu?
Tidak kisahlah samada anda membeli kereta, motor, rumah atau apa apa pun. Selagi pembelian anda itu melibatkan proses meminjam wang dengan pihak bank maka akan ada “INTEREST” yang akan dikenakan. Kenapa? Cuba fikir balik, bagaimana pihak bank buat duit? Mereka bukan menjual produk atau barang pun. Mereka hanya ada WANG. Dan bagaimana mereka hendak dapat untung dari proses memberikan pinjaman wang? Dari INTEREST itulah pihak bank dapat wang. Faham atau tidak? Mari saya berikan contoh ringkas.
Cara Kira Bayaran Bulanan Pinjaman Kenderaan Kereta
Ali ada duit RM1000. Ahmad hendak pinjam RM1000. Dan Ali berikan Ahmad pinjam RM1000 TETAPI DENGAN SYARAT Ali memulangkan wang semula dalam masa 1 tahun dan di tambah dengan “interest” sebanyak 10% dari jumlah wang yang dipinjam. Ini bermakna ada 2 wang yang perlu Ali pulangkan kepada Ahmad.
Post a Comment for "cara kira bulanan kereta"