cara kira zakat kwsp
Zakat Pengeluaran Wang KWSP, Ini Syaratnya Dan Cara Kiraan - Korang tau tak, bila kita keluarkan duit KWSP, jika cukup syarat, kita wajib bayar Zakat KWSP. Mungkin ada yang tak tau atau tak ambil tau, ni nad kongsikan berkenaan Zakat KWSP, syarat dan cara kiraan.
Zakat terbahagi kepada dua iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah adalah zakat yang kita bayar setiap tahun dalam bulan Ramadan manakala dalam Zakat Harta, dibahagi kepada Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas & Perak, Zakat Pelaburan & Saham, Zakat Takaful dan akhir sekali Zakat KWSP.
Wang KWSP diwajibkan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan cuma bezanya, wang KWSP ni tak boleh dikeluarkan sesuka hati. Kewajipan membayar zakat bagi pengeluaran apabila memenuhi syarat Sempurna Milik .
Kwsp Pengeluaran Khas, Zakat Rm250 Jangan Lupa
Dalam waktu sekarang, kerajaan membenarkan pencarum untuk mengeluarkan wang KWSP melalui Skim i-Lestari dan i-Sinar disebabkan pandemik, dan ini dapat meringankan beban mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup. Tapi adakah pengeluaran dibuat pada waktu sekarang perlu membayar zakat? Hah korang kene baca sampai habis.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan.
Di bawah akta KWSP, semua rakyat Malaysia yang bekerja diwajibkan untuk mencarum sebahagian pendapatannya didalam kumpulan wang ini. Caruman tersebut akan dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun caruman terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan diterima.
Perlukah Bayar Zakat Pengeluaran Khas Kwsp Sebab Terdesak & Perlu?
Wang KWSP ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara.
Ia juga boleh dikeluarkan atas pelbagai sebab lain yang dibenarkan dibawah Skim Pengeluaran KWSP. Wang KWSP diwajibkan zakat (setelah memenuhi syarat-syaratnya). Wang yang masih tersimpan di dalam akaun KWSP pencarum, mereka terlepas kewajiban dari membayar zakat kerana ia tidak mencukupi salah satu syarat wajib zakat iaitu syarat milik sempurna.
Namun, apabila pencarum diberi kebenaran untuk mengeluarkannya (sama ada sudah capai umur atau pengeluaran lain yang dibenarkan dibawah Skim Pengeluaran KWSP) syarat “Sempurna Milik” tu terlaksana dan mereka wajib membayar Zakat KWSP.
Cara Pengiraan Zakat Pendapatan
1) Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna) - 2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat. Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab, hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
2) Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna ) - 2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu, tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP
- Pencarum KWSP yang telah menerima wang simpanan, atau telah layak mengeluarkan wang KWSP tersebut, tetapi memilih untuk terus menyimpan di KWSP, yang dibenarkan untuk mengeluarkan pada bila-bila masa seperti simpanan yang melebihi ‘Ringgit Malaysia Satu Juta’ adalah wajib mengeluarkan zakat setiap tahun apabila telah cukup nisab dan haul kerana wang tersebut telah sempurna menjadi miliknya.
Zakat & Cara Pengiraan Zakat
Bagi pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka sebelum umur 55 tahun, kaedah taksiran zakatnya perlu melihat kepada kewajipan zakat pendapatannya. Kaedahnya sebagaimana berikut:
2. Jika ia bukan pembayar zakat pendapatan. - Jumlah pengeluaran zakat KWSP perlu dicampurkan dengan jumlah pendapatannya untuk dinilai samada melebihi nisab atau tidak.
Nisab zakat KWSP sama seperti nisab zakat wang yang lain iaitu 85 gram emas. Kadarnya ialah 2.5% daripada jumlah simpanan yang dibenarkan untuk pengeluaran (cukup syarat milik sempurna dan tertakluk kepada jenis-jenis pengeluaran)
Zakat Kwsp, Perlu Bayar Atau Tidak? Ini Yang Ramai Tak Tahu
Ok macam nad kata tadi, waktu sekarang, waktu pandemik, pencarum yang mengeluarkan duit KWSP, adakah wajib membayar zakat juga? Jawapannya, tidak wajib.
Dalam situasi sekarang, ramai yang menghadapi masalah kewangan disebabkan covid, menyebabkan ramai hilang pendapatan, dibuang kerja dan seumpamanya dan perlu menggunakan wang pengeluaran tersebut utk menampung keperluan hidup, jadi ia terlepas dari kewajipan zakat.
Akhir kata, jangan bertangguh lagi kerana dalam setiap bahagian harta kita, sebenarnya ada hak orang lain. Bahkan, zakat adalah cara bagi umat Islam menyucikan harta dan jiwa. Begitulah indahnya ajaran Islam agar setiap umatnya saling membantu dan mengasihani antara satu sama lain. Jangan takut, jangan resah. Kita tak akan sesekali jatuh miskin dengan berzakat mahupun bersedekah seperti mana janji Allah
Post a Comment for "cara kira zakat kwsp"