cara masak sagu gula melaka
Assalamualaikum…Resepi yang saya nak buat kali ni ialah sagu gula melaka. Resepi pencuci mulut yang sedap, senang dan menyegarkan. Sagu gula melaka ni antara favourite saya terutamanya semasa bulan puasa. Memang sedap sangat makan sejuk-sejuk masa berbuka puasa. Kalau pergi kat bazar Ramadhan pun selalunya banyak sagu gula melaka ni dijual. Tapi macam biasa la harganya agak mahal dan kandungannya pulak makin sedikit. So jom kita belajar buat sagu gula melaka ni sendiri. Lagi puas hati nak makan. Modal nak beli bahannya pun tak banyak sangat. Tapi kadang-kadang bila dan malas nak buat, saya beli jugak diluar. Hehe..
Dalam video kat bawah ni, saya hidangkan sagu gula melaka bersama dengan susu cair. Kalau nak guna santan pun boleh sebab originalnya memang makan dengan santan. Susu cair ni cara segera. Hehe.. Untuk penyediaan santan, masak sekejap di atas dapur bersama sedikit garam dan daun pandan. Kalau tak nak masak pun tak apa. Terus campurkan santan dengan garam. Dah boleh sediakan. Lebih kurang santan macam makan cendol. Kalau guna susu cair, tak perlu campur apa2 terus boleh tuang dalam sagu. Senangkan?
Masak Sagu Gula Melaka />
Sebenarnya dalam video ni saya menggunakan gula kabung untuk menggantikan gula melaka (gula melaka out of stock kat rumah. Hehe..) Rasanya lebih kurang je. Cuma kalau bagi orang yang dah biasa dengan rasa gula kabung, mungkin gula kabung ni rasanya lebih sedap daripada gula melaka. Terpulang kepada citarasa masing-masing nak guna gula apa. Saya tambah gula pasir ke dalam air gula supaya ianya jadi lebih likat. So bila nak makan tu nanti jangan letak banyak sangat air gula ni. Nanti potong kaki pula. Hehe.. Lagi best kalau hidangankan sagu gula melaka ni semasa sejuk atau tambahkan ais didalamnya.. ummpppp…!!
Tips Masak Biji Sagu Elok Mata Bulat & Jernih, Kena Buat Macam Ni Rupanya
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.Resepi sagu gula Melaka walaupun mudah untuk dibuat dan didapati di pasar malam, tapi ada segelintir penjual yang jadikan pencuci mulut ini tidak sedap dengan pengurangkan kepekatan bahan dalam pembuatannya.Hasilnya bila kita terkena sekali, memang reject dah lain kali.
Tambah-tambah kalau waktu bulan puasa.Bila berkunjung ke bazar Ramadhan tengok pula sagu gula melaka yang bewarna warni.Terus terliur sebab haus kan. Terbayang kesedapan sagu yang diletak ais untuk sejukkan lagi kuahnya.Santan pekat lepas tu gula melaka pekat.Aduh memang menggugat iman.
Resipi Sagu Gula Melaka Sempoi
Jadi hari ni kami berikan anda resepi sagu gula melaka yang boleh anda buat sendiri di rumah dan rasa berpuas hati dengan hasilnya untuk santapan keluarga tersayang. Tak la susah sangat.
Kalau anda nak sagu bewarna warni , sama ada guna sagu putih lepas tu bila dah masak dimasukkan pewarna atau anda boleh senangkan kerja dengan terus beli sagu kering yang siap bewarna dah. Mudahkan kerja.
Anda tak suka makan santan ? Jangan risau boleh je ganti santan dalam sagu gula melaka ni dengan susu cair. Tapi bagi kami, ianya kurang umppphhh berbanding penggunakan santan.
Sagu Gula Melaka — Steemit
#1: Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan.Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yang mendidih tadi.Masak sampai sagu bertukar jernih.Tutup api dan biarkan seketika.Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji pada sagu.
Jika guna sagu putih.selepas tos kan sagu yg sdh masak.Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian.Titiskan warna kegemaran masing2.Kacau guna garfu.pastu, bilas ngan air masak.
#2: Ketepikan seketika sagu dan masak gula melaka. Campurkan semua bahan dan biarkan gula melaka mencair dan sedikit pekat.Lepas tu sambung pula masak santan pekat tadi. Sama juga.Campurkan semua bahan lepas tu bila dah mula mendidih, tutup api.
Resepi Sagu Gula Melaka Paling Sedap
#3: Dah siap bahan yang diperlukan. Nak sedap isi semua dalam bekas lepas tu sejukkan di bahagian sejuk beku dalam 30 minit lepas tu kuarkan dan letak dibahagian biasa. Atau nak makan nanti letak seketul dua ais. Sukatan dia terpulang pada citarasa anda. Ada suka santan lebih ada suka gula melaka lebih.

Post a Comment for "cara masak sagu gula melaka"