cara masak sup ketam
Sebelum kita melihat Sup Ketam yang ingin saya kongsikan di bawah ini, saya ingin menulis sebaris dua buat penulis yang meninggalkan komen di blog saya. Saya tak tahu apa motifnya Faizzul Farhan yang saya percaya seorang Melayu beragama Islam meninggalkan komenb... di blog saya. Serius saya sangat tersinggung. Apa apa pun, saya memaafkan anda dan semoga Allah memberikan hidayah pada anda. Nasihat saya supaya anda memanafaatkan kehidupan di dunia ini dengan perkara baik yang memberi faedah di akhirat kelak. Bukan dengan menyakiti orang lain yang tidak langsung mengenali siapa anda. Sekarang baru saya faham mengapa seorang demi seorang blogger mula private accessibility ke blog masing masing. Mungkin perlu untuk saya fikir fikirkan....
Berbalik pada Sup Ketam ini, ianya disediakan khas untuk sahabat baik kami, Datin Nursinah yang tidak berapa sihat sejak beberapaminggu yang lalu. Setelah mengetahuinya, saya meminta hubby membeli ketam untuk dibuat sup dan dihantar ke DEMC di mana beliau dimasukkan ke hospital. Hmm ramai sungguh orang di hospital sehingga berjam jam terpaksa menunggu bilik kosong. Apa apa pun, Alhamdulillah kerana beliau kini telah kembali sihat.
Berbalik kepada resepi sup ketam, saya mendapati terdapat banyak cara menyediakannya, antaranya ialah menggunakan rempah penumis dan ada juga menggunakan rempah sup bunjut. Tetapi saya tidak menggunakannya kerana mahu mengekalkan keaslian kuah sup yang manis bila menggunakan makanan laut yang segar. Saya juga menggunakan minyak jagung supaya kuah sup kekal sebagai kuah yang berkhasiat.
Resipi Sup Isi Ketam Marbeless Oleh Leeina Qaliena
Saya membaca artikel dalam google dan mendapat Ketam sangat berkhasiat. Ketam mengandungi sejenis protein yang dapat membantu membina semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini adalah kerana pesakit demam denggi akan mengalami penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus denggi. Kalau denggi berdarah, platelet akan turun sehingga ke tahap paling minima dan menyebabkan darah mencair yang boleh membawa maut, jika tidak cepat dirawat. Sup ketam yang diminum antara 500ml hingga 1 liter akan meningkatkan platelet darah dalam tempoh 5-8 jam sekali gus meningkatkan imunisasi badan menentang virus. Walaupun tiada kajian saintifik, tapi apa salahnya kita mencuba pengalaman yang telah terbukti dapat membantu menyembuhkan demam denggi kan.
Tetapi mengikut kata Nana, cara merawat demam denggi di hospital hanya dengan memasukkan air ke dalam badan pesakit. Jumlah air akan dipantau bergantung kepada berat badan pesakit. Tahap kritikal bagi pesakit demam denggi ialah dalam masa 48 jam setelah suhu badan turun di bawah paras 38 degree. Di peringkat ini, hati pesakit akan membengkak kerana kehilangan air yang banyak di dalam darah menyebabkan darah menjadi lebih pekat. Air bersama sedikit kandungan garam perlu dimasukkan ke dalam badan pesakit untuk menggantikan kehilangan air ini.
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.Hi Korang! Beberapa hari lepas, tekak Kak Bell teringin sangat nak makan kerang. Kebetulan cuti 2 hari dari bekerja, kegigihan datang hendak memasak. Turun ke kedai, kerangnya pula tidak dijual berikutan harga mahal. Kalau ada pun hanya dibeli jika ada tempahan. Jadi berfikir sejenak nak masak apa. Teringat pula di kantor bercerita tentang officemate yang terkena denggi. Kisahnya sup ketam la kan buat pesakit denggi. Jom lihat cara nak sediakan sup ketam yang mudah.
Resepi Sup Ketam Simple Tapi Sedap
Buat masa ni, Kak Bell belum membaca lagi tentang penjelasan saintifik kesan pengambilan sup ketam untuk merawat denggi. Walaubagaimanapun banyak kes denggi menunjukkan kesan yang positif selepas mengambil sup ketam. Petikan dari akhbar Sinar Harian, sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yakin dapat menemui penawar kanser dan denggi, hasil kajian terhadap ketam nipah. Penemuan penyelidik berkenaan berjaya membuktikan bahawa amalan memakan sup ketam nipah oleh pesakit denggi adalah satu inisiatif berkesan disebabkan terdapat nano partikel perak di dalam darah haiwan tersebut. Perincian spesifik daripada pelbagai aspek termasuk pengaruh saiz, lokasi, jantina atau habitat pemakanan yang membolehkan nano partikel perak itu dijadikan ubat denggi dan kanser masih dalam penyelidikan. Apa pun tak salah mencuba untuk penawar penyakit denggi kan. Lagipun memang ramai yang sembuh dari denggi dengan memakan sup ketam.
Tahu tak cara nak bezakan antara ketam jantan dan betina? Kalau nak bezakan dengan warna agak sukar sebab warna ketam nipah selalu warna coklat. Jadi nak tentukan, kena tengok bahagian bawah iaitu abdomen ketam. Tak kisahlah ketam bunga atau ketam nipah, bahagian abdomen ketam betina lebih bulat (rounded shorter abdominal) dan ketam jantan berbentuk segitiga (triangular abdominal).
Berbalik kepada resepi sup ketam, terdapat banyak cara penyediaan. Ada yang gunakan rempah tumis 3 beradik atau gunakan sup bunjut. Kak Bell tak gunakan semua rempah tersebut dan hanya tumis biasa sahaja. Tak hanyir ke? Jawapannya kena cuci lah ketam dengan bersih dan pilih ketam segar.
Resepi Sup Ketam Untuk Denggi
Walaupun dah bagi tips macam-macam, termasuklah Tips Memilih Ketam, Kak Bell tetap beli ketam yang kurang isi. Hahaha. Maklumlah bukan masa bulan mengambang. Dah hujung bulan uolsss! Apapun kami puas sebab ketam kami cantik. So mudah sahaja kan Resepi Sup Ketam ni? Kay Bye.
Walaupun dah bagi tips macam-macam, termasuklah Tips Memilih Ketam, Kak Bell tetap beli ketam yang kurang isi. Hahaha. Maklumlah bukan masa bulan mengambang. Dah hujung bulan uolsss! Apapun kami puas sebab ketam kami cantik. So mudah sahaja kan Resepi Sup Ketam ni? Kay Bye.
Post a Comment for "cara masak sup ketam"