Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara bedung yang betul

cara bedung yang betul

Cara bedung bayi yang betul dapat membantu si kecil tidur lebih lena. Namun bagi ibu ayah baru, ada cara pakaikan bedung bayi yang betul

Pertama kali bergelar ibu dan ayah, tentunya kehidupan anda mula bertukar 360 darjah. Banyak perkara perlu anda pelajari seperti cara bedung bayi yang betul, tukar lampin, bancuh susu, penjagaan harian dan lain-lain. 

SilapBetul />

Bahkan, bayi baru lahir penjagaannya harus lebih teliti. Sebab itu, ibu dan ayah perlu lebih peka terhadap tingkah laku bayi terutama ketika si kecil menangis lapar dan merengek sebab mengantuk. 

Bedung Bayi Diiktiraf Sains, Jangan Abai Amalan Tradisi Ini

Secara tak langsung, anda perlu jadual yang lebih teratur dan rehat yang mencukupi. Disebabkan itu, ibu perlu tahu cara bedung bayi yang betul supaya si kecil dapat tidur dengan lebih nyenyak. 

Ms Le Thi Anh, seorang ibu baru telah mengajar bagaimana dia belajar cara membedung bayi kecilnya dengan jururawat di hospital, tempat beliau bersalin. 

Bedung berfungsi memberi kehangatan pada bayi baru lahir kerana si kecil mungkin ‘rindu’ saat berada dalam rahim ibunya. Oleh sebab itu, si kecil rasa selamat bila dibedung dan tidur dengan lebih lama. 

Bedung Bayi: Cara Bedung Bayi Yang Betul Dan Kebaikannya (2021)

Dapatkan tuala lembut yang bersih dan besar kira-kira 120 cm x 60 cm. Tuala lembut diperlukan kerana kulit bayi baru lahir adalah sensitif. Kemudian, gulungkan seperti sosej panjang.

Biarkan bayi berpaling ke sebelah sisi badan. Kemudian, angkat kaki bayi dan tindihkan atas tuala tersebut seperti dalam gambar di atas. Hujung tuala pula harus sama dan sejajar dengan kepala bayi. 

Anda dinasihatkan untuk meletakkan bayi di tempat yang rata ketika tidur supaya bayi lebih selesa. Amaran, sekiranya bayi sudah pandai meniarap dan berguling, cara ini tak dibenarkan bagi mengurangkan risiko lemas.

Doktor Ni Nasihat Ibubapa Kenapa Kena Bedung Anak Kecil Betul Betul.. Korang Baca Sini

American Acade of Pediatrics (AAP) menyatakan bahawa apabila berbedung dilakukan dengan betul, ia dapat menjadi teknik yang efektif untuk membantu menenangkan bayi dan menggalakkan si manja untuk lebih mudah tidur.

Tetapi jika anda merancang untuk membedungkan bayi di rumah, anda perlu mengikuti beberapa garis panduan cara bedung bayi untuk memastikan anda melakukannya dengan selamat.

Bagi mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mendadak, atau SIDS, adalah penting untuk meletakkan bayi anda tidur terlentang setiap kali anda meletakkan si manja di tempat tidur.

Bedung Baby .. Kalau Dia Tak Nak ?

Sesetengah kajian menunjukkan peningkatan risiko SIDS dan sesak nafas apabila bayi dibedung jika mereka diletakkan di bahagian perut mereka atau meniarap untuk tidur, ataupun jika mereka bergolek ke atas perut mereka.

Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini

Haku

Sejak dari zaman nenak moyang kita, bayi yang baru lahir mesti akan dipakaikan kain bedung. Antara salah satu sebabnya adalah bagi mengelakkan si manja terkejut daripada tidur.

Cara Bedung Bayi Yang Betul & Selamat

Kain bedung yang digunakan seharusnya sesuai dengan cuaca di Malaysia. Elak menggunakan kain dari jenis yang menyebabkan haba panas kepada badan bayi.

Bukan itu sahaja, kain bedung untuk bayi baru lahir hendaklah jenis yang bersaiz besar. Sesetengah ibu biasanya akan memilih kain muslin berbanding kain lampin biasa kerana ukurannya yang besar dan sesuai digunakan untuk bedung baby.

Kain muslin juga menjadi pilihan kebanyakan ibu kerana penggunaan satu helai sudah cukup untuk bedung bahagian dada hingga kaki, serta mengelakkan kaki si manja dari terjulur keluar.

Bedung Bayi Memang Bagus, Tapi Kena Ikut Cara Ini Dulu Baru Berkesan!

Selain itu, material kain hendaklah jenis kapas kerana ia nyaman dan mudah menyerap peluh si manja. Bukan itu sahaja kainnya sesuai dengan kulit si manja serta mudah dicuci.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Cara

Baca juga: Nyenyaknya Bayi Tidur Apabila Dibedung Rapi! Ini 10 Kain Bedung Baby Yang Cantik dan Bagus Untuk Perkembangan Si Manja! Baca juga: Bedung Bayi Terlalu Ketat Boleh Ganggu Fungsi Sendi Pinggulnya! Doktor Ini Kongsi Sebabnya Baca juga:  Bedung: Amalan Tradisi Yang Diiktiraf Sains

Bagi Bayi Tidur Dengan Lena Tanpa Terganggu, Mak Ayah Boleh Ikut Cara Jururawat Vietnam Ini...

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!Membedung bayi telah diamalkan dalam masyarakat kita sejak berabad lamanya. Kebanyakannya bersetuju bahawa dengan membedung bayi, ia akan memberi rasa aman kepada bayi. Ada juga yang menganggap bahawa membedung bayi adalah salah satu cara untuk mendapatkan bentuk kaki bayi yang lurus dan tidak ‘kengkang’.

Dr. Nicholas Clarke, melalui Archives of Disease in Childhood menekankan bahawa setiap ibu bapa perlu mengetahui cara membedung bayi dengan betul. Masih ramai yang mungkin kurang sedar mereka melakukan cara yang salah semasa membedung bayi.

Menurut pakar, apabila kaki dan pinggul bayi tidak bebas untuk bergerak, ia akan meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia, iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul di mana bahagian atas tulang peha tidak berada tepat di soketnya. Untuk jangka masa panjang, ia dapat menyebabkan masalah perkembangan pada persendian kaki dan pinggul bayi.

Kebaikan Membedung Bayi Yang Anda Tidak Tahu

Sesetengah ibu terlalu memberi perhatian kepada bedungan bawah (bahagian kaki) dan memberi kelonggaran pada bahagian atas. Sebenarnya, cara ini adalah terbalik daripada yang sebetulnya.

Sepatutnya, ibu perlu memastikan lengan bayi dibedung dengan kemas dan terlilit rapi. Hal ini penting kerana bedungan atas yang terlepas tanpa disedari boleh menjadi faktor bayi lemas atau risiko SIDS

Bedung

Menurut The American Academy of Pediatrics, bayi sebenarnya tidak perlu dibedung lagi apabila mereka sudah boleh berguling, iaitu sekitar usia 2-3 bulan. Apabila bayi sudah kuat untuk berguling, mereka mungkin boleh tertiarap sendiri tanpa dapat melepaskan lengan, lalu menghalang pernafasan.

Silap Bedung Bayi Boleh Jadi Punca 'hip Dysplasia'. 7 Perkara Ibu Mesti Tahu

Namun jika bayi kelihatan tidak selesa dan sukar tidur tanpa dibedung, bolehlah anda terus membedungnya untuk beberapa bulan lagi untuk membantunya tidur. Apapun, elakkan membedung terlalu lama kerana sesetengah sumber berpendapat selepas usia tersebut, bedung mungkin menghalangnya daripada bergerak-gerak dan mengganggu perkembangannya.

Kini telah terdapat pelbagai produk yang dijual di pasaran khas untuk membedung bayi. Dengan rekaan dan corak yang comel, ibu-ibu mesti rambang mata untuk memilih!

Perlu diingat, faktor penting dalam pemilihan kain bedung ini antaranya adalah kesesuaian fabrik tersebut dengan suhu di negara kita. Pastikan kain tidak terlalu tebal sehingga membuat bayi terlalu panas dan tidak selesa apabila dibedung.

Bedung Bayi Boleh Sebabkan Kematian .. Jika

Untuk melihat video bagi beberapa cara membedung bayi yang selamat dan selesa, anda boleh merujuk video daripada International Hip Dysplasia Institute (IHDI) dengan menekan gambar di bawah.

Post a Comment for "cara bedung yang betul"