cara beli kereta terpakai
Membeli kereta terpakai secara tunai bukanlah untuk semua memandangkan harga kereta terpakai yang masih bagus rata-ratanya bernilai dalam lingkungan RM20, 000 ke atas. Tetapi, membeli kereta terpakai secara tunai ini turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Meskipun pinjaman untuk membeli kereta terpakai terasa lebih selamat memandangkan wang anda tidak dikeluarkan secara sedebuk daripada akaun bank anda, namun ia akan menyebabkan kos keseluruhan yang lebih tinggi berbanding pembelian tunai kerana kadar faedah pinjaman yang dikenakan mengikut tempoh yang dipersetujui. Dengan membeli secara tunai, anda boleh mendedikasikan lebih masa dan komitmen terhadap matlamat kewangan anda yang lain.
Kereta Terpakai Secara Tunai - Cara Beli Kereta Terpakai />
Pada tahun 2021 ini, anda dinasihatkan untuk tidak terus pergi ke kedai kereta terpakai untuk mencari kereta untuk mengelakkan anda termakan dengan ayat manis penjual. Seeloknya, carilah dulu model yang anda berkenan seperti di . Di sana, anda boleh menetapkan jumlah harga maksimum mengikut bajet anda seperti RM20, 000 dan pelbagai kereta terpakai akan dipaparkan di bawah bajet tersebut.
Cara Jual Kereta Belum Habis Bayar
Setelah menjumpai kereta yang anda mahukan, hubungi penjual tersebut untuk bertanya tentang maklumat lanjut seperti keadaan kereta dan lain lain. Antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah berapa lama penjual tu memiliki kereta tersebut, jumlah perbatuan, sebab jual, sejarah kemalangan dan pastikan kereta itu bebas daripada segala pinjaman sebelumnya. Tanya juga sama ada kereta ini telah dimodifikasi atau diubahsuai kerana itu akan mempengaruhi prestasi dan nilai keseluruhan kos penyelenggaraan kereta itu kelak.
Untuk memberikan anda lebih ketenangan, anda boleh menyemak dengan JPJ atau PDRM sama ada kereta terbabit pernah terlibat dalam kemalangan atau tidak sebelum ini. Anda juga boleh menyemak sama ada kereta tersebut masih mempunyai isu lain seperti tunggakan saman dan lain-lain untuk memastikankereta tersebut mempunyai rekod yang bersih.
Sekiranya kereta tersebut tidak mempunyai sebarang masalah hasil daripada semakan anda, anda boleh pergi berjumpa dengan penjual tersebut untuk memandu uji kereta yang ingin dibeli itu. Tiada yang lebih baik selain daripada merasa sendiri bagaimana prestasi dan keadaan kereta terbabit. Untuk lebih kepastian, bawa sekali mekanik yang anda percaya untuk mengesan sebarang kerosakan yang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar orang biasa.
Cara Jimat Membeli Kereta
Sekiranya anda berpuas hati dengan kereta terbabit, rundinglah harga mengikut kemampuan anda. Ada sesetangah penjual yang hanya memerlukan anda untuk membayar deposit terlebih dahulu sebelum siap menukar hak milik kenderaan. Ada juga yang meminta untuk melakukan pembayaran penuh terlebih dahulu. Seeloknya, bayarlah deposit terlebih dahulu sebelum proses pertukaran nama selesai. Dah selesai segala urusan nanti barulah bayar penuh untuk lebih kepastian. Sekiranya anda ditawarkan dengan beberapa hadiah lain seperti baucer atau tangki minyak penuh, anda boleh menolak tawaran itu dengan syarat supaya harga kereta dapat dikurangkan lagi.
Jika segalanya berjalan lancar dan anda bersetuju untuk membeli kereta tersebut, kenderaan itu perlu menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM terlebih dahulu sebelum JPJ melakukan proses pertukaran hak milik kenderaan kepada nama anda. Sebelum ini, proses ini memakan masa yang lama namun dengan kehadiran pemeriksaan bergerak PUSPAKOM, anda hanya perlu menghubungi PUSPAKOM dan tempah tarikh temujanji. Anda hanya perlu tunggu sahaja mereka datang untuk pemeriksaan. Proses ini biasanya dilakukan oleh pihak penjual.
Setelah selesai segala urusan dengan PUSPAKOM, kedua dua pihak (penjual dan pembeli) perlu hadir ke pejabat JPJ untuk menyelesaikan urusan pertukaran hak milik kenderaan tersebut. Antara dokumen yang diperlukan adalah:
Cara Beli Kereta Terpakai Direct Owner (boleh Buat Loan / Bayar Cash)
Pertukaran hak milik ini memerlukan pembeli untuk membeli insurans kereta baharu setelah pemilik asal selesai thumbprint di JPJ kerana itu akan membatalkan insurans dan cukai jalan yang ada pada kereta itu serta merta.
Selepas segala urusan di atas selesai, anda hendaklah melengkapkan segala baki bayaran kereta terpakai itu kepada pemilik asalnya. Pastikan penjual tersebut memberikan anda resit yang menyatakan perkara seperti:
Kesimpulannya, membeli kereta terpakai secara tunai bukanlah perkara mustahil di negara ini, tetapi ianya bukan untuk semua orang kerana ia bergantung pada tahap disiplin dan komitmen anda. Tidak dinafikan, membeli kereta terpakai secara tunai memang mempunyai kelebihan yang tersendiri, namun anda perlu membuat kira-kira terlebih dahulu. Kalau beli secara tunai tapi tiada duit simpanan langsung selepas itu pun susah juga kan?
Cara Trade In Kereta Lama
For more latest car news, reviews, car buying guides and videos visit us at Auto News. Check out all the best new & used car deals in Malaysia at. Sell your car fast with the best offer? Visit us atBid.my. Get the latest new car promotions atNew Carwebsite now.
Bukan berjiwa kelajuan, tapi hanya sekadar minat yang mendalam pada bidang penulisan. Namun setelah menceburi industri automotif sejak awal tahun 2021, minatnya terhadap industri permotoran semakin mebuak-buak.
Your leave application has been approved, you’ve tidied up your work, told the newspaper delivery guy that you won’t be coming back for a few days, ...
Jangan Diperbodohkan! Inilah Tips Elak Ditipu Penjual Kereta Terpakai!
Since 1 January 2012, Malaysia has been slowly implementing UNECE regulations for new vehicles. UNECE regulations cover every aspect of a vehicle, ...
Every day, our daily drive to and from work usually involves passing a member or two of the police force who is either there to direct traffic or to ...
The act of washing your car yourself has very nearly become extinct just like the Sumatran Rhino. But it shouldn’t be this way because there are many ...
Website Untuk Membeli Kereta Terpakai (second Hand) Malaysia
*Important : Your car price is estimated based on the information you provided. The estimated price is for reference only and is not final.Bagaimanapun dengan kadar harga kereta yang begitu tinggi dan mahal, ada individu yang memilih untuk mendapatkan kereta terpakai sebagai pilihan asalkan sebiji kereta boleh dimiliki untuk digunakan dalam pergerakan seharian.
Namun begitu, untuk membeli kereta terpakai adalah tidak sama seperti jika anda membeli kereta baru. Terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.
Keputusan anda untuk membeli kereta terpakai mungkin bermakna anda mempunyai bajet yang agak terhad dalam mendapatkan sebiji kereta. Justeru, tips paling utama di sini adalah anda perlu menetapkan bajet yang bersesuaian mengikut keperluan, tahap kewangan, dan kemampuan anda.
Panduan Beli Kereta Terpakai
Bagaimanapun sebelum membeli kereta terpakai, pastikan harga kereta tersebut tidak melebihi jumlah gaji tahunan anda bagi mengelakkan daripada rasa terbeban untuk jangka masa yang panjang. Dan tetapkan juga ansuran bulanan untuk membayar kereta itu nanti tidak melebihi 15% daripada gaji bulanan anda.
Ini juga langkah penting yang anda perlu lakukan. Jangan bertindak terburu-buru dengan hanya memfokuskan kepada satu-satu platform atau laman web sahaja. Anda kena rajinkan diri membuat
Terlebih dahulu kerana anda mungkin akan ‘mudah terpujuk’ oleh pihak penjual kereta yang sekali gus menyebabkan anda ‘terbeli’ kereta di luar kemampuan anda.
Tips Nak Beli Kereta Terpakai
Meskipun anda ingin membeli kereta terpakai, kami sarankan anda untuk membeli kereta mengikut tahun pengeluaran setakat 5 tahun sahaja. Ini bagi mengurangkan risiko untuk kereta yang bakal dimiliki oleh anda mudah meragam dan cepat rosak.
Ingat apabila kereta rosak dan meragam, anda mungkin terpaksa mengeluarkan kos yang lebih banyak untuk pembaikan sehingga menyebabkan anda ‘menyesal’ membeli kereta yang sudah terlalu lama.
Secara amnya, semakin tinggi nilai mileage pada kereta tersebut, semakin rendah nilai jualan sesebuah kereta terpakai. Jika anda ingin membeli kereta terpakai, pastikan nilai mileage pada kereta tersebut tidak terlalu tinggi dan berada di tahap yang sederhana sahaja.
Cara Beli Kereta Baru 2021
Jangan terlalu teruja jika anda ditawarkan kereta terpakai dengan harga yang terlalu murah. Ingat, tawaran harga yang terlalu murah ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara tertentu seperti:
Jika anda masih membelinya juga, anda mungkin terpaksa berdepan dengan risiko untuk kereta cepat rosak dan sering meragam pada masa akan datang.
Penting untuk anda memastikan bahawa kereta terpakai yang anda ingin miliki itu diservis dengan konsisten mengikut jadual yang ditetapkan oleh pemilik sebelumnya. Lebih bagus jika anda boleh cari kereta yang sering diservis di pusat servis jenama kereta tersebut kerana pusat servis merekodkan sejarah servis menggunakan buku atau sistem sendiri. Maklumat penyelenggaraan adalah penting bagi mengetahui mengenai jenis alat ganti yang pernah ditukar serta rekod kerosakan yang besar seperti enjin.
Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, Uk Dan As? Semak Dengan Otofacts!
Meskipun harga untuk kereta terpakai lebih murah berbanding jika anda membeli kereta baru, namun anda janganlah mengambil remeh dan menganggap ia sebagai perkara yang mudah.
Sebaiknya sebelum membeli kereta terpakai, anda lihat, periksa dan teliti dahulu kedua-dua bahagian luaran dan dalaman kereta. Lihat jika anda sebarang kerosakan atau kecacatan di bahagian luaran atau dalaman kereta itu. Jika ada, cuba berunding dengan penjual kereta untuk mendapatkan diskaun, bersesuaian dengan tahap kerosakan tersebut.
Ingat, nak cat penuh seluruh badan kereta balik memerlukan kos sehingga RM2, 000, manakala kalau ingin upah untuk mengetuk badan kereta pula kosnya bermula dari serendah RM150 ke atas.
Tip Beli Kereta Terpakai: 6 Cara Untuk Periksa Enjin
Sebelum membeli mana-mana kereta terpakai, anda perlu memastikan semua kelengkapan dan peralatan asas kereta seperti wiper, signal, lampu (depan, belakang, lampu tinggi, spotlight, brek), hon, aircond, radio, tali pinggang keledar, tayar simpanan serta
Jika anda mendapati mana-mana peralatan asas itu tidak elok dan tidak berpuas hati, cubalah ambil lagi masa anda dan dapatkan kereta terpakai yang terbaik untuk diri anda. Ingat, harga untuk beli kereta ni bukan RM1 atau RM2 sahaja. Ribuan ringgit juga anda perlu keluarkan untuknya. Jadi, sabar dan pilih sehingga anda berpuas hati.
Setelah berpuas hati memeriksa semua perkara di atas, tiba masa untuk anda pastikan bahagian enjin kereta itu masih berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Jika anda kurang arif, mintalah bantuan daripada yang pakar seperti mekanik kereta bagi mengelakkan anda dari ditipu.
Permohonan Loan Jual Kereta Secara Individual Used Car Direct Owner Kuala Lumpur (kl), Malaysia, Selangor Supplier, Suppliers, Supply, Supplies
Sebagai pembeli, anda mempunyai hak untuk memandu uji dulu kenderaan yang ingin dibeli. Ini bagi memberi keyakinan kepada anda sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta tersebut. Ketika memandu uji, pastikan perkara-perkara ini diberikan perhatian:
Kereta baru atau kereta terpakai, anda sebagai pembeli perlu bijak untuk memastikankereta yang bakal dimiliki adalah yang
Post a Comment for "cara beli kereta terpakai"