cara buat donat susu
Resepi Donut Susu Sedap Tanpa Shortening Dan Bread Improver | Hujung minggu akan menjadi hari yang terlebih rajin. Cuma pada hujung minggu akan terjadi acara minum petang. Hari biasa nak buat minum petang memanglah tak sempat. Sampai rumah pun dah lewat petang.
Jumaat lepas Yaya buat donut. Kerap juga buat donut cuma sejenis Yaya ni susah nak ingat resepi. Mesti kena buka kitab masakan. Kali ni yaya ambil resepi dari facebook. Yaya mencari resepi donut yang tidak menggunakan 'shortening' ataupun nama lainnya lemak sayuran. Shortening ni bukan sentiasa ada stok di dapur. Satu lagi yaya mencari resepi donut yang tidak menggunakan bread improver. Kalau bahan-bahan yang nak digunakan agak payah, baiklah beli saja donut, tak perlulah nak homemade. Hihi. Maksud Yaya bukannya payah nak mendapatkan shortening ataupun bread improver cuma benda jarang guna. Sedar-sedar dah expired. Ke tong sampah akhirnya.
Tapi resepi yang digunakan ni tetap menghasilkan donut yang gebu, kekal lembut walaupun dah sejuk sebab menggunakan pelembut semulajadi. Jom semak resepi.
Resep Donat Susu Dancow Oleh Neng Nia
1. Campurkan bahan D kedalam mangkuk berisi bahan C , tuangkan sedikit sedikit adunan B , sambil menguli sehingga menjadi doh yg tidak melekat di jari.
4. Ambil doh dan timbang seberat 40g setiap satu. Buat sampai doh habis. Kemudian rehat kan lagi selama 20 ke 30 minit sehingga doh mengembang sekali ganda.
5. Panaskan minyak dengan api perlahan , (jangan terlalu panas) ambil doh dan leper kan sedikit , lubangkan di tengahnya dan goreng donut hingga masak sepenuhnya.
Resepi Ii: Donut Yang Gebu Gebana
Yaya skip untuk langkah 4. Yaya terus canai nipis doh. Terap menggunakan mug untuk dapatkan bentuk bulat. Lepas tu terus yaya buat lubang di tengahnya menggunakan penutup botol lada sulah. Hihi.
Istimewanya donut yang Yaya buat kali ni..untuk salutan yaya tambah nestum kisar. Gula + nestum + susu tepung di blend bersama. Memang bertambah sedaplah rasa donut.
Cubalah buat. Dapat lebih kurang 30 biji. Goreng separuh masak. Simpan dalam peti ais. Lain hari, boleh goreng bagi anak buat bekal ke sekolah.
Post a Comment for "cara buat donat susu"