cara cara menjaga kebersihan alam sekitar
Untuk memperbaiki penulisan karangan Bahasa Melayu, pelajar perlu melakukan latihan tambahan dengan menulis esei yang terdiri daripada pelbagai tema, tajuk dan juga format. Dengan pendedahan tersebut, pelajar pasti dapat bersedia untuk menjawab apa sahaja soalan dan menulis karangan dengan baik. Di bawah dikongsikan contoh karangan Langkah Untuk Menjaga Alam Sekitar (Cara) untuk rujukan semua.
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam seperti sumber air, gas asli, tumbuh-tumbuhan dan tenaga solar yang banyak. Maka, penulisan karangan yang menyentuh isu berkaitan dengan sumber alam atau alam sekitar ini menjadi salah satu tema yang lazim dikeluarkan. Dengan pembacaan dan latihan tambahan, anda pasti dapat memberikan isi dan fakta yang terbaik untuk dihuraikan dalam penulisan karangan masing-masing.
Berikut dikongsikan contoh karangan Cara Menjaga Alam Sekitar sebagai rujukan. Turut disertakan adalah isi-isi penting yang sesuai dan huraian mengikut rangka penulisan karangan Bahasa Melayu.
Karangan Cara Cara Menjaga Alam Sekitar Upsr
Tanah air kita yang dikelilingi persisiran pantai dan mempunyai taburan hutan khatulistiwa merupakan satu khazanah yang wajar dipelihara. Dasar perindustrian yang diperkenalkan oleh kerajaan dahulu, kini telah memakan diri apabila pembangunan berlaku secara pesat tetapi merakus alam sekitar sehingga menyebabkan bencana alam dan pencemaran berlaku. Kejadian banjir yang kerap berlaku sehingga memusnahkan rumah-rumah mangsa dan mengakibatkan jumlah kerugian yang tinggi. Pencemaran udara juga telah mengakibatkan kes berkaitan masalah pernafasan dalam kanak-kanak semakin berleluasa.
Peristiwa ini sebenarnya berkait rapat dengan penjagaan alam sekitar yang terabai dek kerana mengejar pembangunan tanpa mengambil kira kesannya pada kawasan sekeliling. Pepatah Melayu ada berkata, ingat antara belum kena, hemat antara belum habis. Oleh yang demikian, penting untuk kita memberi kesedaran kepada orang awam tentang langkah-langkah untuk menjaga alam sekitar supaya kejadian seperti bencana alam tidak berulang.
Setiap obligasi haruslah bermula dengan diri kita sendiri. Begitu juga dengan cara untuk menjaga alam sekitar adalah dengan mengamalkan kitar semula. Pihak berkuasa sebelum ini pernah memperkenalkan tong-tong kitar semula yang mempunyai tiga warna berbeza. Iaitu warna biru untuk kitar semula kertas, warna coklat untuk barangan kaca dan jingga untuk tin aluminium. Namun, kempen kitar semula yang bernas ini dilaksanakan seperti hangat-hangat tahi ayam. Untuk menjadi seorang individu yang berminda kelas pertama, kita perlu sentiasa memulakan sebuah perubahan dengan diri sendiri.
Kepentingan Menjaga Kebersihan Persekitaran Kawasan Sekolah
Apabila kita berjaya mengamalkan kitar semula seperti mengasingkan sisa sampah mengikut kategori mereka dan membuangnya dengan hemah di pusat kitar semula, orang sekeliling kita mampu untuk melakukan perkara yang sama. Amalan seperti tidak menggunakan plastik dan membungkus makanan daripada premis makanan menggunakan bekas yang dibawa daripada rumah juga membantu menjaga alam sekitar. Tegasnya, penjagaan alam sekitar bermula dengan amalan kitar semula di rumah.
Kaedah seterusnya untuk menjaga alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam setiap aspek kehidupan kita. Sebagai contoh, pertanian organik merupakan salah satu kaedah yang wajar digalakkan kerana tiada bahan kimia terlibat dalam penghasilan hasil tani tersebut. Bukan kita sahaja sebagai pengguna mendapat faedah secara kesihatan tetapi tanah yang digunakan untuk pertanian juga bebas daripada bahan kimia. Ia juga mengelakkan racun perosak atau serangga yang digunakan daripada mengalir masuk ke sungai berdekatan dan mencemari sumber air tersebut serta membunuh hidupan akuatik.
Kejadian pencemaran Sungai Kim Kim yang berlaku di Pasir Gudang, Johor merupakan salah satu contoh dimana anak-anak di jatuh sakit dan sekolah terpaksa ditutup. Perkara ini berlaku hanya kerana individu yang tidak bertanggungjawab telah membuang bahan kimia yang digunakan dalam industri terus ke dalam sungai tersebut tanpa sebarang proses pembersihan atau naturalisasi. Secara tuntas, sekiranya bahan kimia dapat dikurangkan dalam penggunaan seharian kita, secara langsung alam sekitar kita menjadi lebih selamat dan terjamin.
Pendidikan Alam Sekitar Amalannya Bermula Dari Rumah, 15 Nov 2017, Sinar Harian
Dari sudut pandang yang lain pula, langkah untuk menjaga alam sekitar yang wajar dilaksanakan di peringkat industri adalah dengan menggunakan teknologi mesra alam. Kita tidak boleh nafikan bahawa ekonomi negara juga disumbangkan daripada sektor perindustrian. Sekiranya negara kita bertekad untuk menjaga alam sekitar, sektr perindustrian juga perlu melakukan perkara yang sama dengan menggunakan teknologi mesra alam. Tamsilnya, penggunaan penapisan udara yang dipasang di cerobong asap kilang dan juga ekzos kenderaan perlu diwajibkan.
Pihak kerajaan boleh menggalakkan inisiatif ini dengan mengurangkan kos untuk menghasilkan penapisan udara tersebut dengan bantuan subsidi. Persis kata peribahasa, tidak ada gunung yang tak dapat didaki, tiada lurah yang tidak boleh dituruni. Begitu juga dengan langkah drastik ini di mana perubahan seperti menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui di peringkat industri hendaklah dimulakan pada hari ini. Intihannya, penjagaan alam sekitar lebih efektif dengan menggunakan teknologi mesra alam secara komersial dan juga di peringkat perindustrian.
Langkah-langkah yang telah dibincangkan di atas akan menjadi sia-sia jika langkah terakhir ini tidak dilaksanakan dengan baik. Pengenalan dasar dan polisi serta penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa adalah mustahak dalam menjaga alam sekitar di negara ini. Sebagai masyrakat umum, kita dalah melihat apabila pencemaran berlaku sama ada pencemaran air atau udara, ia pastinya berlaku kerana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab melakukan kesalahan tanpa berasa takut atau serba salah.
Karangan Langkah Langkah Untuk Menjaga Alam Sekitar
Situasi ini dapat dielakkan jika pihak berkuasa bersikap tegas dan menghukum pesalah laku terhadap alam sekitar dengan tahap hukuman yang adil dan mampu meninggalkan kesan pada orang awam. Misalnya, sehingga kini, pembalakan haram di dalam hutan di seluruh negara kita masih berleluasa kerana tiada penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang yang cekap. Peribahsa Melayu berkata, menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Setiap pesalah laku tersebut harus ditangkap dan dihukum sehingga segala salah laku terhadap alam sekitar tidak berulang. Justeru, penjawat awam khususnya wakil rakyat dan anggota penguatkuasa perlu menjalankan amanah dengan jujur dan berintegriti.
Sebagai kesimpulan daripada perbincangan di atas, pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk menjaga alam sekitar. Setiap pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan usaha di atas dapat dipraktikkan dan kesedaran disebarkan tanpa sebarang pengecualian. Golongan yang mengaut keuntungan daripada merosakkan alam sekitar di negara ini perlu dibawa kemuka pengadilan supaya memberi pengajran kepada masyarakat umum. Dengan kesedaran sivik dan pendidikan yang dilaksanakn di peringkat sekolah. Kita mampu melahirkan anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan menyemai semangat cinta akan alam sekitar yang kita miliki daripada musnah. Persis kata mutiara, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Sedikit demi sedikit langkah yang kita lakukan pada setiap hari untuk menjaga alam sekitar. Akan membuahkan hasil yang menguntungkan pada kita dan juga generasi masa hadapan atas nikmat kekayaan alam sekitar di negara ini.Sebagai seorang pelajar, latihan tambahan merupakan salah satu cara untuk mengulang kaji pelajaran. Dengan kemudahan hari ini, pelbagai latihan tambahan boleh dilakukan di rumah berdasarkan sumber-sumber secara atas talian. Khusus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, contoh penulisan karangan merupakan antara sumber yang dirujuk oleh pelajar untuk mendedahkan diri terhadap pelbagai jenis soalan. Oleh itu, berikut adalah contoh karangan langkah-langkah untuk menjaga alam sekitar sebagai panduan kepada pelajar.
Tajuk soalan karangan yang bertemakan alam sekitar lazim digunakan dalam latihan dan juga peperiksaan. Isu ini dapat menguji kemampuan pelajar dalam pengetahuan am serta bentuk huraian yang digunakan bagi mengolah isi-isi penting. Selain itu, penggunaan peribahasa atau frasa-frasa menarik dapat menambah daya penarik pembaca terhadap penulisan karangan anda.
Cadangan Menangani Masalah Pencemaran Alam Sekitar
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan yang mengancam khazanah negara kita iaitu alam sekitar. Kekayaan flora dan fauna yang dimiliki negara kita seperti kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air semakin diancam pencemaran dek kerana pembangunan sosioekonomi yang berlangsung bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kesan daripada kecuaian manusia mengejar kekayaan tanpa memikirkan akibat terhadap alam sekitar telah menyebabkan insiden atau bencana berlaku yang mengancam nyawa manusia. Justeru, kita perlu sedar bahawa demi kelangsungan tamadun manusia sejagat dan habitat yang kita huni, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu menjadi agenda utama pada masa kini. Apakah langkah-langkah yang boleh kita laksanakan untuk menjaga alam sekitar?
Prakarsa utama dalam mendepani cabaran yang melibatkan setiap pihak adalah bermula dengan polisi yang digunakan oleh negara serta mampu menjadi model kepada negara serantau. Sebagai pihak berkuasa, anjakan paradigma perlu diambil bagi memastikan kemajuan masyarakat tempatan berlaku dari semasa ke semasa. Penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui wajar diperkenalkan dan diperkasa dalam industri-industri yang berisiko mengancam pemeliharaan alam sekitar di negara ini. Sebagai contoh, penggunaan sumber solar sebagai tenaga elektrik di kawasan bandar perlu diperluaskan supaya penggantungan terhadap penjanaan elektrik daripada sumber arang dan hidro eleketrik berkurangan. Sebaliknya, sumber air yang digunakan dapat disalirkan ke kawasan-kawasan yang kurang bekalan air bersih dan juga digunakan untuk pertanian di kawasan luar bandar.
Langkah alternatif yang boleh dilakukan dalam membuka mata masyarakat tentang isu ini adalah dengan melaksanakan kempen secara konsisten. Apabila pihak berkuasa mula mengorak langkah yang jitu dalam menjaga kekayaan alam sekitar negara, media massa perlu memainkan peranan penting untuk menyampaikan mesej kepada setiap golongan masyarakat. Semua pihak perlu mengkaji dan mengaplikasikan norma masyarakat umum pada masa ini yang menggunakan media sosial sebagai medium utama dalam komunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, sekiranya kita ingin mengubah stigma masyarakat terhadap kepentingan memelihara alam sekitar, cara yang mudah hendaklah dekat dan efektif kepada diri mereka. Misalnya, memperbanyakkan rancangan yang melibatkan selebriti dalam kempen mengitar semula dan sebagainya. Institusi lain yang melibatkan masyarakat seperti sekolah, universiti dan oraganisasi kerja juga bertanggungjawab menjalankan kempen kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Intihannya, kempen yang menyeluruh pasti dapat mencapai sasaran yang kita kehendaki.
Adab 2 Sem 3 Menjaga Alam Sekitar
Selain itu, langkah-langkah untuk menjaga alam sekitar yang boleh disertai oleh ahli masyarakat adalah melakukan aktiviti sukarelawan membersihkan kawasan sekitar. Persis kata peribahasa, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Post a Comment for "cara cara menjaga kebersihan alam sekitar"