cara claim income tax
Bagi mereka yang baru bekerja atau baru mula nak bayar cukai pendapatan, mesti masih belum tahu cara isi eFiling bagi pengiraan cukai pendapatan, bukan?
Sebelum itu, jika inginkan maklumat umum berkenaan cukai pendapatan individu, boleh baca artikel ini terlebih dahulu: 10 Perkara Penting Tentang Cukai Pendapatan
Claim Income Tax />
Untuk makluman, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai badan pemungut cukai negara (selain GST) telah mewajibkan semua individu untuk menyerahkan borang taksiran cukai pendapatan melalui sistem eFiling.
Federal Covid Relief Includes Tax Break On Unemployment, But Nc, Sc Law Doesn't Comply
Melalui sistem eFiling ini, setiap individu akan mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai.
Dan kalau pergi ke pejabat LHDN pun, pegawai mereka akan menyediakan komputer dan anda masih tetap perlu menghantar borang taksiran melalui eFiling.
Bagi yang baru pertama kali nak hantar borang taksiran cukai pendapatan, perlu daftar dahulu di eDaftar untuk dapatkan nombor permohonan dan cipta Fail Cukai Pendapatan.
Cara Isi E Filing 2022 Untuk Pembayar Cukai Kali Pertama
Bagi pemegang kad pengenalan MyKad Malaysia, tidak perlu muat naik salinan MyKad, tetapi jika ada jalankan perniagaan sendiri/kecil-kecilan, maka salinan dokumen perniagaan perlu dimuat naik.
Bagi yang baru pertama kali, perlu klik pada Login Kali Pertama, isikan nombor PIN yang telah diberikan dan ikuti langkah-langkah yang seterusnya untuk mendapatkan sijil digital.
Selepas dapat sijil digital dan bagi indicidu yang dah ada akaun dengan eFiling, boleh terus masukkan nombor MyKad dan password yang didaftarkan.
Your Tax Forms For 2022
Jadi, bagi individu warganegara Malaysia dengan punca pendapatan tanpa perniagaan, pilihlah borang e-BE, dan pilih tahun taksiran semasa (taksiran cukai untuk tahun 2017 dilakukan pada tahun 2018)
Jika anda ingin pastikan lebihan bayaran cukai dimasukkan terus ke akaun bank anda, sila isi nama bank dan nombor akaun dengan betul.
Pada ruangan kedua, anda perlu isi jumlah semua pendapatan yang diperoleh bagi tahun taksiran, termasuklah pendapatan penggajian, dividen, sewa, faedah, diskaun, royalti, premium, pencen, anuiti, bayaran berkala lain dan apa-apa perolehan dan keuntungan lain.
Everything You Should Claim For Income Tax Relief Malaysia 2021 (ya 2020)
Jika majikan ada membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB) untuk anda, boleh semak di ruangan ini; pastikan betul sepertimana dinyatakan dalam Borang EA yang diberikan majikan.
Jika ada pendapatan tahun-tahun lepas yang patut kena cukai tetapi tidak diisytiharkan, boleh diisytiharkan semula pada ruang Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan.
Selepas semua maklumat diisi, pada ruangan Rumusan, sistem akan secara automatik mengira jumlah cukai yang dikenakan, jumlah cukai yang telah dibayar (PCB) dan cukai perlu bayar/lebihan cukai untuk bayaran balik.
Writing Off A Car: Ultimate Guide To Vehicle Expenses
Jika berpuas hati dengan maklumat yang diisi dan pengiraan cukai pendapatan yang ditunjukkan, boleh sahkan borang taksiran dengn klik pada butang Tandatangan & Hantar.
Kalau rasa artikel ini bermanfaat, jom share supaya lebih ramai orang yang nak tahu berkenaan cara isi eFiling boleh turut sama belajar.
Dapatkan Bijak Merancang Wang Dan SeminarBMW Sekarang! Saya merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM - Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Saya berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Post a Comment for "cara claim income tax"