cara guna pressure cooker
TheHaikal Asas penggunaan periuk tekanan, cara guna periuk tekanan, cara guna pressure cooker, periuk tekakan, periuk tekanan butterfly, periuk tekanan meletup, periuk tekanan noxxa, Tips & Trik
Adakah anda tahu Cara Guna Periuk Tekanan (Pressure Cooker) yang betul? Periuk tekanan adalah salah satu alat yang sering digunakan di dapur tetapi kadang kala ada yang masih belum faham cara penggunaan periuk tekanan dengan betul. Adalah amat penting untuk kita menggunakan periuk tekanan dengan betul untuk memastikan keselamatan kita dan keluarga.
Pada kali ini saya nak kongsikan panduan asas cara menggunakan pressure cooker atau periuk tekanan. Antara kesilapan besar yang sering dilakukan serta sangat berbahaya adalah membuka periuk tekanan tanpa melepaskan wap terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan 'letupan' dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Programmable Cooking Function Electric Pressure Cooker 4l 5l 6l 8l 10l 12l
Kebaikan utama periuk tekanan adalah ianya dapat menjimatkan masa memasak. Sebagai contoh, jika kita merebus daging di periuk biasa, masa yang di ambil untuk daging masak dan empuk boleh mencapai 1 hingga 2 jam. Tetapi dengan menggunakan periuk tekanan, daging biasanya akan empuk dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja (bergantung kepada kuantiti dan jenis daging).
Cara menggunakan pressure cooker mungkin agak berbeza dari segi tetapan untuk setiap jenama periuk tekanan, tetapi asas penggunaan periuk tekanan adalah sama. Periuk tekanan juga ada dalam bentuk periuk tekanan elektrik dan juga periuk tekanan dapur gas . Harga periuk tekanan elektrik biasanya lebih mahal berbanding harga periuk tekanan dapur gas.
Memang mudah, tetapi kita hendaklah sentiasa beritahu kepada anak dan keluarga kita tentang penggunaan periuk tekanan, kerana mungkin anda tahu cara menggunakannya tetapi keluarga anda tidak tahu cara menggunakannya.
Royalty Line Rl Pc6lc: 4 In 1 Pressure Cooker & Couscous Steamer
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda ;-) Kepada yang masih belum mempunyai periuk tekanan, anda boleh membelinya di mana-mana pasaraya ataupun secara online di Lazada . Penggunaan periuk tekanan yang betul boleh menjimatkan masa memasak anda ;-)
Labels: Asas penggunaan periuk tekanan cara guna periuk tekanan cara guna pressure cooker periuk tekakan periuk tekanan butterfly periuk tekanan meletup periuk tekanan noxxa Tips & Trik
Labels: Asas penggunaan periuk tekanan, cara guna periuk tekanan, cara guna pressure cooker, periuk tekakan, periuk tekanan butterfly, periuk tekanan meletup, periuk tekanan noxxa, Tips & Trik
Post a Comment for "cara guna pressure cooker"