Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara hilangkan sakit leher

cara hilangkan sakit leher

Zaman mutakhir ini ramai mereka yang mengalami masalah sakit leher, sehingga boleh membawa kepada pelbagai masalah lain yang lebih berat, kerana di bahagian leher terdapat banyak saraf yang menghubung kepada kepala, mata, hidung, lidah dan bahagian muka. Jika anda sedang mengalami masalah sakit leher, maka posting ini adalah untuk anda.

Antara sebab kepada masalah sakit leher adalah kerana faktor kerja atau aktiviti berterusan yang menjurus kepada memberikan beban berterusan kepada bahagian leher atau bahu, iaitu seperti:

-Hilangkan Sakit Leher />

1) Kerja ofis - Berjam-jam duduk menghadap komputer tanpa melakukan regangan untuk tengkuk. Untuk jangkamasa panjang ia akan menyebabkan tengkuk menjadi tegang.

Penyebab Dan Cara Mengobati Sakit Leher Belakang Secara Alami

3) Stress - Stress turut menyumbang kepada masalah sakit leher, ia juga boleh menyebabkan datangnya pelbagai penyakit berkaitan seperti darah tinggi, sakit jantung dan stroke.

4) Angkat bebanan berat - Mereka yang gemar bermain sukan angkat berat juga tida terkecuali terkena masalah ini. Ia adalah akibat tidak melakukan pemanasan otot yang cukup sebelum beralih kepada mengangkat bebanan yang berat yang melibatkan otot bahu. Otot bahu dan leher (Tengkuk) adalah bersambung (Trapezius), oleh itu masalah bahu juga boleh menyumbang kepada masalah sakit leher sepertimana di dalam gambarajah TRAPEZIUS MUSCLE di atas.

Di sini saya kongsikan kaedah urutan untuk merawat masalah sakit leher, iaitu 5 point urutan dan 1 senaman mudah. Mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberikan manfaat yang banyak kepada anda yang sedang mempunyai masalah ini.

Senaman Tanggani Sakit Leher Anda. Anda Akan Terkejut

Point pertama adalah Urat Bahu. Saya gunakan istilah bahasa melayu yang mudah agar ia memudahkan anda untuk ingat dan faham. Dalam bahasa anatomi ia dinamakan TRAPEZIUS.

Point ini terletak dibahagian bahu seperti di dalam gambarajah. Jika bahagian tengkuk menegang, maka biasanya bahagian ini akan turut mengeras. Ia perlu dilembutkan, dengan itu perjalanan darah akan kembali menjadi lancar dan sekaligus melegakan bahagian yang sakit.

STEP

Urut bahagian ini selama seminit atau lebih. Urut menggunakan bahagian hujung jari-jemari. Tekan menggunakan kaedah point, fokuskan tekanan pada bahagian yang sakit dan keras. Tekan keseluruhan bahagian bahu.

Video Tips Urut & Senaman

Seterusnya adalah beralih kepada URAT LEHER. Dalam bahasa anatomi ia dinamakan sebagai STERNOCLEIDOMASTOID.Ini adalah urat atau otot yang lembut dibahagian leher, terletak dibahagian belakang telinga. Cuba cari, seolah-olah ada tali yang memanjang ke bawah. Cari, pegang dan rasakan ia.

Gunakan hujung jari-jemari tangan untuk mengurut bahagian tersebut. Fokuskan tekanan lebih kepada point yang sakit dan bermasalah. Urut bahagian ini dalam 30 saat atau 1 minit.

Cuba

Urutan seterusnya ialah pada bahagian Urat Tengkuk atau nama anatominya adalah SPLENIUS CAPITIS. Lokasinya adalah dibahagian bawah tengkorak kepala. Urut bahagian ini menggunakan jari-jemari. Tarik ke arah luar, lakukan dari atas hingga pangkal leher/tengkuk. Fokuskan pada bahagian urat yang tegang.

Tips Elak Sakit Leher Selepas Tidur

Apabila anda lakukan regangan ini, pastikan ia terasa pada bahagian leher sehingga ke bahagian bahu, dengan itu barulah ia efektif, bukan hanya tarik sahaja. Tarik dan hold, ia akan membantu melembutkan leher dan bahagian bahu yang tegang.

Salah seorang follower saya pernah beritahu kesan selepas amalkan teknik ini. Beliau telah mengalami masalah sakit kepala, sudah 2 tahun. Berpunca daripada masalah sakit leher. Beliau kata dah 99% perubahan positif. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua.

Petua

Berdoalah kepada Allah sebelum usahakan teknik ini, mudah-mudahan allah berikan kesembuhan. Jangan lupa sebarkan ilmu ini, kerana ramai orang yang sakit diluar sana amat memerlukan. Allah telah temukan anda dengan ilmu ini, maka inilah peluang anda untuk menjana pahala dengan menyebarkan ilmu yang bermanfaat ini.

Penyebab Benjolan Di Leher Yang Perlu Diwaspadai, Begini Cara Mengatasinya

Lakukanlah kaedah ini dengan bersungguh-sungguh dan konsisten. Lakukan 3 kali sehari, iaitu pagi, tenghari/petang dan malam. Lakukan sehingga mendapat kesan yang baik. Berminat tak nak lihat video teknik urutan tersebut?

Atasi sakit leher petua senaman sakit leher punca sakit leher rawatan sakit leher sakit leher sakit leher blakang sakit leher kanan kiri kepala sakit leher pusing toleh ubat sakit leher tradisional

-

Masalah sakit belikat adalah masalah yang kerap dialami oleh mereka yang kerap mengangkat barang berat. Penggunaan otot Trapezius yang berlebihan akan menyebabkan ketegangan di bahagian tersebut, dan kadangkala ia boleh merebak sehingga ke bahagian leher dan tangan. Selain itu, ia juga banyak terkena kepada mereka yang kerja melibatkan duduk dalam tempoh yang sangat lama seperti kerja ofis di bank atau designer. Masalah sakit belikat boleh membawa kepada masalah : - Kebas-kebas tangan - Pergerakan tangan yang terbatas - Lenguh bahu - Sesak nafas - Sakit leher === + Mulakan urutan dengan bacaan doa, meminta kesembuhan daripada Allah. + Urut dengan tenang, sambil berselawat atau berdoa di dalam hati. + Ratakan minyak dengan cukup + Mulakan urutan dengan tekanan sederhana, kemudian naikkan tekanan secara bertahap, mengikut atas ketahanan pesakit. + Banyak gunakan tapak tangan ketika mengurut berbanding jari, ia lebih memberi keselesaan kepada pesakit. + Cari ur

Cara Mengatasi Salah Bantal Agar Leher Lebih Nyaman

Beberapa hari lepas pak cik M telah datang untuk dapatkan khidmat rawatan di Pusat Terapi Saraf Al Amin. Berumur hujung 50-an. Beliau mempunyai masalah tegang dibahagian peha yang dipanggil juga sebagai 'Groin Strain' sehingga menyebabkan berlakunya 5 implikasi yang membuatkan beliau tidak selesa, iaitu: 1) Tidak dapat bersila dengan baik (Akibat tegang di bahagian peha). Peha terangkat semasa cuba untuk duduk bersila. 2) Terasa sakit apabila mengangkat lutut ke atas. 3) Kaki terasa kebas. 4) Terasa sakit apabila pusingkan kaki ke arah luar (twist). 5) Mata berpinar apabila berjalan laju (Mungkin kerana terlalu sakit). Selepas pihak Al Amin melakukan rawatan untuk beliau, banyak masalah di atas telah hilang. Kaki tidak lagi kebas, sudah boleh bersila seperti biasa, mata sudah tidak berpinar ketika berjalan laju. Beliau beritahu, secara kesluruhan perubahan telah berlaku dalam 80%. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah. ==================================

Post a Comment for "cara hilangkan sakit leher"