cara nak beli rumah
Beli rumah bukan satu proses yang mudah terutama untuk anda yang beli rumah pertama. Dalam artikel Panduan Dan Cara Beli rumah ni, matlamat saya adalah untuk kongsikan langkah komprehensif dan terperinci supaya anda beli rumah dengan berjaya, berdasarkan pengalaman 10 tahun saya dalam jual beli. Jom ikuti.
Anda juga boleh baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris. Rujuk artikel The Ultimate Guide On How To Buy A House In Malaysia.
Rumah/M3-KPKT-01.jpg.aspx?strip=all alt=Tips & Cara Untuk Beli Rumah Pertama Di Malaysia. - Cara Nak Beli Rumah />
Sebelum beli rumah, anda mesti jelas apa tujuan anda beli. Saya tekankan tentang matlamat ni bukan sembang kosong. Kalau anda tersilap beli, dan terpaksa jual balik tak lama lepas dapat kunci…
Nak Beli Rumah Tapi Mahal, Ini Cara Nak Jimatkan Loan Rumah
…percayalah nak jual rumah ni bukan mudah. Kosnya tinggi dan rumah boleh jadi tak laku. Akhir sekali anda boleh rugi puluhan ribu.
Jadi, apa yang patut anda ambil kira? Saya boleh katakan macam ni. Kita beli rumah ni kerana dua sebab utama. Sama ada untuk duduk atau pelaburan…
Kalau anda beli rumah untuk duduk, rumah tu mesti penuhi keperluan diri anda dan keluarga. Rumah tu juga anda beli ikut kemampuan, tak terlalu jauh dengan tempat kerja dan juga kemudahan yang anda selalu pergi – macam sekolah, masjid, pasaraya, restoran dan juga bank.
Bagaimana Nak Miliki Rumah Pertama Anda ( Dengan Kerjasama Mega 3 Housing ) ?
Perkara yang saya sebut ni jauh lagi penting berbanding persoalan adakah harga rumah tu akan naik atau boleh dapat sewa yang tinggi.
Dan yang paling penting sekali…kalau pelaburan tu tak menjadi, apa impaknya kepada kewangan anda dan apa alternatif yang anda ada. Anda mesti timbang soalan ni sebelum beli. Bukan sikit yang terjerat dengan pelaburan hartanah. Ada yang sampai bankrap.
Nak semak kelayakan, anda boleh kira Debt Service Ratio. Ianya satu cara utama yang bank guna pakai untuk tentukan sama ada anda mampu dapat pinjaman atau tidak.
Bagaimana Pasangan Ini Mampu Beli Rumah Rm 200k Padahal Gaji Bawah Rm 2,000? Ini Caranya
Jumlah komitmen bulanan tu ialah total kesemua bayaran bulanan, untuk semua pinjaman yang anda ada dengan institusi kewangan. Ini boleh jadi pinjaman peribadi, kereta, rumah dan lain-lain.
Kita ambil satu contoh. Katakan anda ingin beli rumah dan pendapatan bersih anda RM5, 000. Anda ada pinjaman kereta RM1, 000 dan installment rumah baru tu pula RM2, 000. Maka dalam situasi ni, DSR anda ialah 50% (RM1, 000 + RM2, 000 / RM5, 000).
Lepas dah dapat DSR ni, bandingkan dengan had maksimum DSR yang bank tetapkan. Dalam pasaran sekarang biasanya had maksimum DSR bank adalah seperti berikut:
Step By Step Cara Beli Rumah Second Hand
Kalau kita guna contoh tadi, DSR anda ialah 60%. Oleh kerana pendapatan anda melebihi RM3, 000, maka had DSR anda ialah 70%. Dalam kes ni, besar kemungkinan anda layak dapat pinjaman kerana DSR anda lebih rendah berbanding DSR bank.
Kerana apa? Kerana setiap orang ada cabaran kewangan tersendiri. Ada klien saya dulu, dia mampu beli rumah yang mahal harganya. Tapi dia keputusan beli rumah yang jauh lebih murah. Dia tak mampu kerana menyara adik-adiknya belajar.
Maka jadilah pembeli yang bijak. Semak pendapatan dan belanja. Kurangkan kos yang tak perlu dan buat bajet bulanan. Dari sini anda akan tahu, berapa sebenarnya anda boleh peruntukkan untuk bayar komitmen rumah. Dan belilah rumah mengikut bajet anda.
Cara Beli Rumah Sub Sale Tanpa Ejen Hartanah
Ok. Selain Debt Service Ratio, anda juga kena pastikan skor kewangan anda cantik. Ini bukan sahaja akan bantu kelulusan pinjaman, bahkan boleh mengurangkan kadar faedah. Ini beberapa tips yang saya boleh bagi.
Kalau anda berhutang dengan mana-mana institusi kewangan, bayar hutang tu tepat pada masanya. Ini boleh jadi pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman perumahan, AEON credit dan lain-lain.
Kalau anda ada tunggakan sebulan, kadar faedah pinjaman rumah anda akan jadi tinggi. Manakala kalau tunggakan tu lebih sebulan, pinjaman anda mungkin tak lulus.
Cara Mudah Untuk Beli Dan Dapatkan Rumah Murah Di Tengah Kota
Ini termasuklah juga hutang PTPTN. Kalau tak mampu selesai semua tunggakan, bincanglah dengan pegawai PTPTN untuk susun dan jadualkan semula bayaran tu.
Macam mana nak tahu anda pernah terlewat bayar hutang atau tak? Anda boleh semak laporan CCRIS anda di cawangan Bank Negara atau dekat beli dekat ctoscredit.com.my. Bank pun guna laporan CCRIS ni juga untuk tentukan skor kewangan anda.
Untuk yang berkerja, pastikan status kerja anda dah tetap. Ini penting, kerana peluang anda untuk dapat pinjaman dengan status kontrak sangat rendah. Nota: ini tak termasuk penjawat penjawat awam. Bank masih boleh terima permohonan penjawat awam yang dah berkerja melebihi 6 bulan, sekalipun mereka belum dapat pengesahan jawatan.
Cara Mampu Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Rm2,000
Selain itu, periksa juga penyata KWSP anda. Pastikan majikan buat caruman secara konsisten dan tepat pada masa. Kalau ada kelewatan, tanya majikan dan minta mereka keluarkan surat justifikasi. Serahkan surat tu kepada bank masa mohon pinjaman nanti.
Ada beberapa kos yang anda perlu bayar bila beli rumah. Secara kasar anda perlu sediakan sekitar 13%-14% daripada harga rumah untuk bayar kos belian, sekiranya anda pembeli rumah pertama. Kalau anda beli rumah kedua, sekitar 15%-16%. Nota: kos beli rumah kedua lebih tinggi kerana tiada diskaun duti setem.
Deposit rumah adalah sebanyak 10% daripada harga belian. Masa setuju beli rumah, anda akan bayar wang tempahan sebanyak 3% kepada agensi hartanah atau peguam sebagai pemegang amanah. Setelah pinjaman lulus, anda akan tandatangan perjanjian jual beli dan bayar baki 7% lagi, menjadikan jumlahnya 10%.
Cara Kira Kelayakan Beli Rumah (formula Dsr)
Anda juga perlu sediakan tunai sebanyak 3% – 5% daripada harga belian untuk bayar kos guaman dan duti setem perjanjian jual beli.
Bilakah anda perlu bayar kos guaman ni? Bila pinjaman lulus dan anda lantik peguam untuk buat perjanjian jual beli, mereka biasanya akan minta deposit sekitar RM 300 – RM500. Baki kos guaman ni anda perlu selesaikan setelah perjanjian jual beli tu ditandatatangan dan disetem.
Selain daripada kos guaman dan duti setem perjanjian jual beli, anda juga ada beberapa kos lain, iaitu kos guaman dan duti setem perjanjian pinjaman, insuran MRTT dan kos penilaian rumah. Tapi biasanya kos-kos ni anda tak perlu bayar tunai. Kebanyakan pakej pinjaman benarkan anda untuk masukkan kos ni dalam pinjaman. Apa pun, rujuk jurubank anda sebelum teruskan.
Cara Beli Rumah Tanpa Slip Gaji (loan Pinjaman Mudah Sjkp)
Ok, setelah anda bersedia dari segi kewangan, anda juga mesti rancang jangkamasa jual beli tu. Persoalan yang kita nak selesaikan dalam bahagian ni ialah, kalau buat belian rumah, bila anda akan dapat kunci?
Untuk sesetengah individu, jangka masa jual beli ni penting. Kita mungkin perlu rancang bila perlu keluar dari rumah sewa, daftar anak di sekolah baru dan sebab-sebab lain.
Hartanah freehold adalah jenis milikan kekal. Hartanah tersebut adalah milik anda selama-lamanya, melainkan jika Kerajaan mendapatkan semula hartanah tersebut melalui akta tertentu.
Langkah Membeli Rumah Pertama
Ini maksudnya proses pindah milik dari penjual kepada pembeli tu lebih mudah dan pendek. Proses pindah milik boleh selesai dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh perjanjian jual beli. Ini maknyanya, anda akan dapat kunci sekitar 3-4 bulan.
Berbeza pula dengan hartanah jenis leasehold. Hartanah ini kerajaan pajak kepada anda untuk satu tempoh, biasanya 99 tahun. Bila tempoh pajakan itu hampir tamat, anda perlu perbaharui tempoh tu dengan membayar premium tanah. Kalau tak, kerajaan negeri akan ambil semula tanah itu.
Tanah jenis leasehold ni kebanyakannya ada sekatan. Sebarang pindah milik perlukan kebenaran dari kerajaan negeri. Sebab tu lah proses pindah milik hartanah leasehold ni biasanya lebih lama. Jika hartanah freehold selesai dalam masa 3 bulan, hartanah leasehold pula akan ambil masa sekitar 6-7 bulan dari tarikh perjanjian jual beli. Jadi, rancang betul-betul belian anda.
Cara Buat Loan Rumah Dengan Bank
Ada juga beberapa keadaan yang akan jadikan proses jual beli tu lebih lama. Pertama sekali, kalau anda beli hartanah kawalan macam Rizab Melayu atau rumah kos rendah. Proses pindah milik hartanah begini perlu dapat kebenaran dan akan memakan masa ekstra 2-3 bulan.
Begitu juga kalau anda beli rumah guna pinjaman LPPSA, atau pemilik ada hutang dengan LPPSA. Anda patut jangka sekitar 1-2 bulan ekstra.
Untuk hartanah jenis geran induk / master title, prosesnya kita tak dapat jangka. Proses pindah milik hartanah master title ni perlu dapat pengesahan daripada pemaju. Kalau pemaju bagi respond yang baik, maka cepatlah prosesnya. Begitu juga sebalik.
Cara Memohon Skim Perumahan Belia Untuk Beli Rumah Pertama
Proses juga boleh jadi lama kalau berdepan dengan isu hak milik contohnya rumah master title yang perlu buat penukaran nama, pemaju bankrap, proses pusaka dan juga perceraian.
Jangan main redah je pergi tengok rumah. Anda akan penat, stress dan buang masa. Pertama sekali senarai pendek dahulu lokasi mana yang sesuai dengan anda. Macam saya sebut sebelum ni, kalau beli untuk duduk, carilah rumah yang dekat dengan tempat kerja kita dan isteri. Ini akan jimatkan kos petrol, tol dan juga masa.
Proses nak kaji lokasi ni bertambah penting kalau anda beli untuk pelaburan. Jangan 100% harap kepada perunding hartanah (macam saya) atau tuan rumah untuk terangkan kebaikan atau keburukan tentang rumah. Mereka ada kepentingan. Kalau pelaburan tak menjadi, anda yang akan terima padahnya. Kemudian….
Berguna Untuk Pasangan Pengantin Atau Bujang Yang Nak Beli Rumah Pertama Tahun 2019
Bila buat temujanji ni saya cadangkan anda hadir waktu siang supaya nampak gambaran sebenar kawasan. Waktu temujanji tu juga waktu yang anda lapang. Jangan set waktu yang anda tergesa-gesa macam hari bekerja, waktu lunch atau jam 6 petang. Bila anda tergesa-gesa, anda akan silap keputusan.
Semasa buat temujanji, kalau perunding hartanah yang uruskan rumah tu tanya tentang persediaan anda untuk beli rumah, berikan kerjasama. Mereka sebenarnya nak bantu anda dapatkan rumah.
Dari segi keadaan rumah, anda mesti semak betul-betul. Rumah selalunya dijual dengan keadaan semasa dan pemilik tak bertanggungjawab dengan kerosakan yang kita tak perasan. Biasanya ada empat jenis kerosakan yang perlu kita keluar belanja yang agak besar: keretakan, bocor, paip tersumbat dan pendawaian.
Cara Keluarkan Duit Kwsp Untuk Beli Ataupun Buat Rumah !
Nota: retak cat biasa berlaku dan mudah untuk dibaiki. Tetapi retakan pada struktur adalah lebih serius. Kalau was-was, bawa kontraktor ke rumah.
Borang tempahan ni biasanya ada kalau anda beli rumah melalui ejen hartanah. Borang ni sangat penting untuk jaga hak anda dan juga hak penjual. Oleh sebab itulah, anda harus faham terma-terma yang tertulis.
Kalau anda beli rumah terus
Post a Comment for "cara nak beli rumah"