cara tukar password wifi
Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.
UPDATE: Mulai tahun 2018, anda dah tak boleh tukar password Streamyx dan TM Wifi secara online. Apa yang boleh anda buat, ialahtukar password Wifi di rumah.
Password Wifi Streamyx Di Rumah - Cara Tukar Password Wifi />
Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdamping dengan gajet tanpa hiraukan benda-benda lain.
How Do I Check Or Change The Wi Fi Password?
Jadi, apabila tiba musim cuti sekolah, nak pergi berjalan-jalan makan angin, saya akan tukar kata laluan TM Wifi saya. Anda mungkin boleh gunakan tips ini...:)
Selesai. Sekarang, anda sudah miliki password Streamyx atau TM Wifi yang baru. Anda boleh uji login id dengan kata laluan yang baru ini menggunakan modem atau direct-wifi anda, atau seandainya anda menggunakan Streamyx Wifi, cuba akses ke ruangan configurasi modem TM anda.
Ubah Konfigurasi Modem Streamyx D-Link DSL 2640B Untuk akses konfigurasi modem - Jika anda menggunakan modem TM Streamyx model D-Link dsl-2640B, sila akses menerusi pautan ini - http://192.168.1.1/login.html
How To Change Unifi Wifi Password On Tp Link Router
Peringatan penting - Jika anda mengubah kata laluan baru untuk Streamyx, dan anda menggunakan servis internet TM Streamyx Internet dengan modem Wifi/Wireless, maka anda perlu masukkan kata laluan akses baru ini dalam konfigurasi modem wifi anda. Jika tidak, anda akan tidak boleh akses ke internet.
P.s: Untuk mereka yang masih bermasalah untuk ubah kata laluan TM Streamyx, boleh download panduan percuma di sini - Change Streamyx Password
UPDATE: Mulai tahun 2018, anda dah tak boleh tukar password Streamyx dan TM Wifi secara online. Apa yang boleh anda buat, ialah tukar password Wifi di rumah.
What If I Forget My Wireless Password Of Tp Link Wi Fi Router?
Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!Cara tukar password Wifi di rumah. Anda nak tukar password wifi di rumah atau mungkin wifi di pejabat atau kedai makan anda? Jika anda menggunakan servis perkhidmatan internet daripada TM Streamyx, dan dibekalkan modem atau router jenis TP-Link, boleh ikuti panduan cara tukar password atau kata laluan Wifi yang saya kongsikan di bawah ini.
Sebenarnya, saya tulis tatacara ni disebabkan ada permintaan daripada pembaca blog saya untuk ketahui bagaimana nak tukar password Wifi di rumah. Menurutnya, ia diperlukan supaya dapat sekat penggunaan Wifi tanpa kebenaran, dan juga untuk elakkan anak-anak senang nak akses Wifi di rumah.
Tatacara nak tukar password Wifi ini adalah lebih senang dan mudah jika dibandingkan dengan tatacara nak tukar password Streamyxyang pernah saya kongsikan.Dan kepada yang masih belum tahu, sekarang ni dah tak boleh nak tukar password Streamyx ni sendiri, anda perlu menghubungi pihak TM untuk tukar password Streamyx anda.
How To Change The Wifi Channel On Your Router
Apa yang boleh anda buat ialah tukar password Wifi di rumah anda sahaja. Ia tak libatkan akaun Streamyx anda secara langsung, tetapi jika tersilap, anda mungkin tidak dapat akses internet langsung. Jadi, jika nak tukar password atau kata laluan Wifi Streamyx di rumah, ikuti langkah-langkah yang akan saya tunjukkan ini dengan teliti.
Ok. Pertama sekali, untuk tukar password Wifi Streamyx di rumah, anda perlu tahu link konfigurasi modem atau router anda. Bagaimana nak tahu link tersebut? Sila semak samada di belakang atau di bawah modem anda, akan ada IP ditulis seperti ditunjukkan di bawah. Ia akan berikan alamat IP disertakan dengan username serta password (jangan sesekali tukar).
Langkah 1 Buka pelayar internet anda, samada Crome, Firefox. Tapi saya lebih syorkan anda buka Internet Explorer (IE) atau versi terkini Microsoft Edge. Taip IP yang diberikan ke kekotak alamat di pelayar internet.
How Do I Change The Wi Fi Password On My Router?
Jika anda menggunakan modem router TP-Link Model TD-W8961N, IP adalah 192.168.1.1 dengan username: admin dan password: admin. Jika anda gunakan modem router lain, biasanya IP lebih kurang sama sahaja iaitu 192.168.1.1 cuma mungkin beza pada username atau password (tmadmin/tmadmin atau admin/password atau)
Langkah 2 Langkah seterusnya adalah berdasarkan antaramuka (interface) untuk modem router TP-Link TD-W8961N. Setelah login menerusi IP tadi, paparan di bawah akan keluar, pilih bahagian 'Interface Setup' dan pilih 'Wireless' [1]. Lihat pada [2], jika anda mahu nama Wifi anda kelihatan kepada awam, pilih Broadcast SSID sebagai Yes.
Langkah 3 Letak nama SSID atau nama Wifi baru anda (jika mahu). Anda boleh tukar ikut suka tanpa ada masalah, cumanya jika anda sorok nama (Broadacast SSID = No) Wifi anda, pastikan anda ingat nama ni.
How To Change Your Wifi Name And Password
Contohnya Ini Wifi Aku Punya atau Wifirumah atau Nak Kena Santau Ke? .. anda kena masukkan nama Wifi secara manual dan tak boleh gunakan fungsi Search Wifi pada peranti seperti laptop anda. Nasihat saya, letaklah nama yang simple tapi mudah diingati oleh anda. Letak la nama isteri ke, nama anak ke .. atau nama awek cun yang menjadi ingauan anda pun boleh .. keh keh keh.
Authentication Type tu, pilih seperti apa yang ditunjukkan pada [3] tu. Ini adalah jenis yang biasa digunakan oleh kebanyakan gajet termasuk smartphone anda untuk dapatkan Wifi.
Langkah 4 Ini adalah langkah paling penting untuk tukar password Wifi Streamyx di rumah. Anda boleh langkau step sebelum ini jika tak mahu ubah apa-apa, tetapi untuk menukarkan password Wifi lama ke password Wifi yang baru, maka langkah ini adalah wajib anda buat.
Cara Tukar Password Unifi Dan Streamyx Mudah Berjaya
Pastikan ruang Encryption tu diisi atau pilih TKIP/AES. Dan ruang pada Pre-Shared Key itu .. letakkan password baru Wifi anda. Password anda perlu miliki lebih 8 karektor terdiri daripada nombor dan juga huruf. Anda juga boleh letakkan campuran huruf kecil dan huruf besar serta karektor istimewa.
Pastikan langkah terakhir anda buat untuk tukarkan password Wifi ialah dengan tekan atau klik butang SAVE. Jika tak buat, maka apa yang telah anda lakukan dari awal tadi tak akan bawa apa-apa kesan. Pastikan ia refresh sendiri apabila selesai tekan butang Save tersebut.
Saya harap perkongsian ini dapat membantu sesiapa sahaja yang mungkin cari cara bagaimana nak tukar password atau kata laluan Wifi di rumah.
Mustclick!!: Cara Tukar Nama & Password Unifi
Satu ingatan paling penting - Jangan sesekali anda masuk ke Internet Setup dan tukar username dan password pulak, akibatnya anda tak boleh nak akses ke internet. Ia adalah username (akaun streamyx/unifi) dan password untuk akses internet. Ingat ni.
Dan jika anda nak mencari modem router yang baru, dengan Wifi berkelajuan tinggi, boleh semak di sini -http://invol.co/cleOC atau nak lebih power boleh tengok tawaran khas di sini -http://invol.co/cleOD
Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!
Post a Comment for "cara tukar password wifi"