cara baca tayar kereta
Nahas jalan raya boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti kelalaian pemandu atau kerosakan kenderaan. Kebanyakan pemilik kenderaan memberi perhatian yang lebih terhadap keadaan enjin tetapi ramai yang terlepas pandang mengenai satu-satunya bahagian kenderaan yang bersentuhan dengan permukaan jalan iaitu tayar.
Sebagai pengguna kereta, anda perlu memilih tayar yang sesuai untuk kereta anda. Hal ini kerana setiap tayar mempunyai kod serta fungsi yang berbeza. Oleh itu, untuk membantu anda mendapatkan tayar yang sesuai dengan kereta anda, kami kongsikan di sini cara membaca kod tayar kereta.
Tayar Kereta • Carian Semasa - Cara Baca Tayar Kereta />
Setiap tayar memaparkan maklumat penting mengenai tayar tersebut iaitu jenis, saiz, tahap bebanan, kelajuan yang boleh ditampung serta minggu dan tahun pembuatan tayar.
Tayar Kereta Baharu Tiba Tiba Pecah, Wanita Ini Dakwa Proton Berdolak Dalik Untuk Selesaikannya
Maklumat yang diberikan dapat membantu anda memilih tayar yang sesuai untuk kereta anda. Tetapi apakah maksud di sebalik nombor serta huruf yang dipaparkan pada bahagian sisi tayar?
Selain itu, semua tayar yang dijual di Malaysia perlu memiliki kod tayar kereta yang memaparkan minggu serta tahun pembuatan tayar tersebut seperti kod di bawah: 2519.
Umumnya, tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh pembuatan. Tayar baharu yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi getahnya akan menjadi keras kerana sudah tamat tempoh.
Dunlop Wintermaxx Wm02 225 / 65r17 Made In 2019 Tire Only Four
Oleh itu, jika anda ingin menukar tayar baharu, periksa dahulu tahun pembuatan tayar yang hendak dibeli. Anda disarankankan untuk membeli tayar keluaran terkini supaya tayar kereta anda tahan lebih lama.
Dengan mengetahui maksud kod tayar, anda dapat membeli tayar yang sesuai untuk kereta anda. Sebagai contoh, sekiranya tahap kelajuan untuk penggunaan tayar tersebut ialah 210km/j (kod H), tayar ini tidak sesuai untuk kereta anda yang mempunyai had kelajuan sehingga 300km/j. Tayar yang dipandu melebihi had kelajuannya boleh meningkatkan penggunaan bahan bakar.
Tambahan lagi, memilih tayar berdasarkan kod yang betul juga dapat mengelakkan anda daripada ditipu oleh penjual. Sebagai contoh, penjual mungkin meletakkan harga yang tinggi untuk tayar yang sudah lama dikeluarkan. Sekiranya anda membaca dahulu kod pembuatan tayar tersebut, anda dapat mengelakkan kejadian seperti ini.
Fahamkan Maksud Kod Yang Ada Pada Tayar Sebelum Anda Menukarnya
Selain memilih tayar yang sesuai, anda juga perlu menjaga tayar kereta anda mengikut tips penjagaan tayar kereta yang telah kami kongsikan dalam artikel yang lepas.
Dalam pada itu, anda juga diingatkan untuk mendapatkan insurans kereta yang sesuai. Anda boleh rujuk kepada panduan lengkap tentang insurans kereta yang telah kami sediakan. Untuk
Selain memilih tayar yang sesuai, anda juga perlu menjaga tayar kereta anda mengikut tips penjagaan tayar kereta yang telah kami kongsikan dalam artikel yang lepas.
Dalam pada itu, anda juga diingatkan untuk mendapatkan insurans kereta yang sesuai. Anda boleh rujuk kepada panduan lengkap tentang insurans kereta yang telah kami sediakan. Untuk
Post a Comment for "cara baca tayar kereta"