Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara bancuh baja ab

cara bancuh baja ab

Apabila kita berkata tentang sistem fertigasi atau hidroponik, kita tidak akan lari dengan penggunaan baja AB. Tentunya ramai ingin tahu apakah keistimewaan baja AB ini sehingga wajib ada pada sistem pengairan titis ini?

Apakah baja AB ini? Baja AB adalah baja kimia cecair yang membekalkan nutrien lengkap pada tanaman. Baja AB dihasilkan daripada campuran pelbagai baja larut air (dalam bentuk serbuk) dan dibahagikan kepada dua set iaitu set A dan set B.

CaraBancuh Baja Ab />

Pati baja AB adalah bancuhan baja AB pekat daripada bentuk serbuk. Biasanya dibuat dalam kuantiti 100 liter A dan 100 liter B. Pati ini seterusnya perlu dicairkan membentuk larutan nutrien. Larutan nutrien adalah pati baja AB yang telah dicairkan 1000 kali di dalam tangki air.

Bajasubur #bajayara #baja161616

Baja AB adalah baja kimia dan tidak berbahaya kepada tumbuhan dan manusia (melainkan anda minum terus baja ini!). Semua baja ini adalah

Dalam artikel ini, saya terangkan bagaimana kita boleh membuat baja AB sendiri tanpa perlu membeli set baja AB daripada penjual. Kita mampu menjimatkan kos baja fertigasi sehingga 30% dengan membuat sendiri baja AB.

Seperti namanya AB, baja ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan B. Ada juga petani yang menjual baja AB tetapi melabelkan XY, A1 A2, dan YZ. Apa-apa pun label yang diberi, tetap akan ada dua bahagian baja ini.

Kg Ab Leafy (granular) Hydroponics

Kenapa baja A da B diasingkan? Pengasingan ini dibuat kerana terdapat bahan-bahan dalam baja AB tidak boleh dicampur pekat antara satu sama lain. Antara semua bahan baja AB adanya kalsium nitrat, magnesium sulfat dan MKP. Ketiga-tiga bahan ini apabila larut di dalam air akan membentuk ion. Ion kalsium adalah bercas positif manakala ion sulfat dan ion fosfat adalah bercas negatif.

Pada kepekatan tinggi, ion kalsium akan bercantum dengan ion sulfat membentuk kalsium sulfat. Tindak balas ini akan membentuk mendakan putih. Mendakan putih ini apabila disalurkan ke dalam sistem fertigasi akan menyebabkan sistem pengairan tersumbat. Selain itu pokok tidak dapat mengambil baja ini.

Kesimpulannya, pada kepekatan tinggi ion-ion ini akan bertindakbalas antara satu sama lain membentuk mendakan putih. Oleh sebab itulah bahan-bahan ini dipisahkan kepada dua bahagian iaitu set A dan set B. Namun begitu, ion ini akan berfungsi dengan baik jika dicairkan di dalam air menjadi larutan nutrien.

Baja Ab Power Ab High Quality Siraman Hidroponik Hidropot @1000ml

Tumbuhan memerlukan 13 unsur penting untuk hidup subur. Unsur ini pula adalah dalam bentuk nutrien yang boleh diserap oleh tumbuhan. Terdapat 6 nutrien makro yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak, iaitu nitrogen (N), fosforus (P), kalium (K), kalsium (Ca), magnesium (Mg) dan sulfur (S). Antara 6 nutrien makro tersebut, N, P dan K diperlukan dalam kuantiti yang banyak.

-

) yang diperlukan hanya dalam kuantiti sedikit. Antaranya adalah ferum (Fe), kuprum (Cu), mangan (Mn), zink (Zn), molibdeum (Mo), boron (B) dan klorin (Cl).

Terdapat 10 bahan yang digunakan oleh petani fertigasi dalam membuat set A dan set B baja AB. Bahan-bahan ini sudah mengandungi nutrien yang diperlukan oleh pokok seperti diterangkan sebelum ini. Boleh dikatakan baja AB adalah baja cecair lengkap untuk tanaman.

Baja Ab Serbuk 2kg Semua Jenis Tanaman Bancuhan 20l

Amalan petani di Malaysia adalah menghasilkan isipadu baja A 100L dan baja B 100L daripada 25kg baja AB. Kita boleh kurangkan sendiri kuantiti takaran mengikut keperluan seperti kepada 50L AB atau 12L AB.

Bagi yang betul baru ingin bermula, saya tak sarankan anda membuat sendiri baja ini. Lebih baik anda beli baja AB yang telah dibuat sedia. Saya berikan senarai dan link pembelian.

Baja

Berapa kuantiti untuk setiap bahan yang dinyatakan untuk membuat baja AB? Secara umumnya, petani di Malaysia menggunakan formula Cooper untuk sayuran daun (sawi, salad, bayam, kangkung) dan sayur buah (cili padi, cili kulai, terung, tomato). Bezanya adalah pada kepekatan EC yang diukur nanti apabila pati AB ini dilarutkan menjadi larutan nutrien.

Baja Ab Fertigasi, Furniture & Home Living, Gardening, Garden Soil & Fertilisers On Carousell

Bagi yang baru ingin mencuba buat sendiri, saya cadangkan eloklah anda untuk mengikut formula atau resipi yang telah petani buat. Biasanya mereka dapatkan daripada MARDI ataupun Jabatan Pertanian.

Di sini saya berikan percuma semua formula baja AB bagi sayur daun seperti kangkung, bayam, sawi, kubis / formula baja AB untuk sayur buah seperti cili, terung, bendi, jagung / formula baja AB untuk rockmelon.

Saya ambil dan tambah baik daripada nota kursus-kursus fertigasi berbayar dan percuma dari MARDI yang pernah saya sertai. Boleh download pdf di sini.

Anim

Formulasi Baja Timun Fertigasi

Berapa lamakah baja AB ini boleh disimpan? Baja AB ini tiada tarikh luput. Jika anda nampak ada mendakan pada baja AB, anda perlu kacau sahaja sehingga mendapan itu larut. Namun jika mendakan tidak hilang walaupun setelah dikacau, mungkin campuran anda sebelum ini ada kesilapan.

Saya adalah graduan Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian UPM. Minat membaca dan menulis tentang dunia berkebun di rumah. Kini bekerja sebagai pensyarah agroteknologi di ... kenali lanjut penulis (klik sini)

Sebelum meracun, seseorang itu perlu memakai pakaian keselamatan (PPE) yang betul. Personal Protective Equipment (PPE) perlu sesuai dengan keadaan. Alat tersebut adalah: Topi...

Mudahnya Tanam Kangkung Guna 4 Bahan, Hasilnya Lebih Menjadi Bila Siram Akar Pakai Baja A+b!

Pokok kantan adalah tanaman yang ada pelbagai manfaat terutama dalam masakan. Dalam masakan Melayu kudup bunga kantan banyak digunakan sebagai penambah rasa seperti dalam masakan laksan dan tomyam....

Cara

Sebuah website panduan berkebun (home gardening) untuk sesiapa yang ingin mula bercucuk tanam sendiri. Kebun Bandar menjadi rujukan terbaik dengan pelbagai maklumat belajar tanam sendiri di rumah sama ada di taman perumahan dan pangsapuri flat. Artikel ditulis sepenuhnya oleh Izham Alias, pensyarah pertanian, kolej komuniti.

Post a Comment for "cara bancuh baja ab"