cara beli setem hasil online
Saya ingin berkongsi pengalaman mati Setem Hasil dokumen perjanjian belajar di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebutan yang biasa orang awam guna adalah mati Setem Hasil atau perkataan sebenar adalah ‘Penyeteman’ dari LHDN.
Ada dua pilihan sebelum membuat proses mati setem. Boleh beli Setem Hasil di mana-mana pejabat POS Malaysia. Ikut arahan pemberi pinjaman untuk nilai Setem Hasil. Setem hasil tersebut perlu ditampal pada muka surat hadapan pada sudut sebelah kanan atas pada dokumen perjanjian.
Online />
Cara satu lagi tanpa beli Setem Hasil tetapi terus buat sijil setem di pejabat LHDN. Pilihan diatas tangan masing-masing samada nak beli Setem Hasil dan kemudian bawa ke LHDN untuk matikan Setem Hasil atau mendapatkan Sijil Setem di LHDN.
Panduanpengisian Dan Contohdokumen2
Saya memilih Sijil Setem di LHDN kerana lebih mudah dan tidak perlu buat kerja dua kali dengan pergi beli Setem Hasil di pejabat POS Malaysia. Kemudian ke LHDN untuk mati Setem Hasil pada dokumen.
Kalau ditanya samada akan dikenakan caj mati Setem Hasil yang ditampal pada dokumen perjanjian di LHDN? Saya memang tidak tahu. Apa yang bakal akan saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya mendapatkan Sijil Setem.
Saya telah walk-in ke LHDN dan seperti biasa perlu patuhi SOP Covid 19 seperti mengimbas kod QR My Sejahtera dan suhu badan. Mereka yang lengkap suntikan dua dos vaksin dibenarkan masuk ke dalam premis dan ambil no giliran.
Sistem Stamps 2023(cara Buat Taksiran & Bayaran Duti Setem)
Sekarang ini LHDN telah memperkenalkan tatacara baru untuk mati Setem Hasil. Tidak boleh teruskan mati Setem Hasil tetapi perlu mengisi secara online permohonan untuk mati Setem Hasil mengunakan sistem Stamp Assessment And Payment System (STAMPS).
Saya sendiri agak terkejut kerana sebelum ini urusan mati Setem Hasil tanpa perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan ini adalah pembaharuan diperkenalkan oleh pihak LHDN dengan memperkenalkan pengunaan sistem STAMPS.
Jangan risau kalau tak tahu nak guna sistem STAMPS ini akan dibantu oleh petugas LHDN yang ditugas untuk bantu orang awam mengunakan sistem STAMPS ini. Ada beberapa PC disediakan untuk akses sistem STAMPS. Petugas LHDN akan bantu beri tunjuk ajar buka akaun pertama kali sebagai Pengguna baharu dan kata laluan untuk akses sistem STAMPS ini dan butiran seterusnya.
Lhdnm Permudahkan Urusan Permohonan & Pembayaran Duti Setem Melalui Stamps
Maaf saya sendiri tak ingat stepsnya kerana dibantu oleh petugas LHDN yang banyak membantu semasa mengisi maklumat yang diperlukan. Urusan perjanjian perlu didaftarkan ke dalam sistem STAMPS ini. Kita akan mendapat no rujukan dan perlu isi ke dalam borang untuk proses pembayaran di kaunter hasil.
Kita perlu menunggu panggilan no giliran untuk penyerahan dokumen perjanjian di kaunter hasil dan buat pembayaran. Macam saya menyerahkan tiga dokumen perjanjian dan setiap satu kos sijil Setem Hasil adalah RM10. Jumlah keseluruhan adalah RM30 untuk tiga dokumen perjanjian. Sijil Setem akan diserahkan mengikut jumlah dokumen.
Waktu urusan mati Setem Hasil bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengahari sahaja. Jadi perlu rancang ke pejabat LHDN untuk berurusan. Klik link ini untuk jadual waktu urusan LHDN mengikut negeri.Cara matikan setem online | Disebabkan pandemik semua urusan perbankan dan kaunter kerajaan menjadi agak susah. Tetapi LHDN yang sememangnya lebih terkehadapan dalam menyediakan perkhidmatan secara talian.
Cara Matikan Duti Setem Di Lhdn Guna Aplikasi, Mudah Dan Cepat!
Pujian kepada pihak LHDN sebab makin padu, kalau nak matikan setem perlu buat permohonan secara online dahulu kemudian hanyap Pergi pejabat LHDN untuk sahkan dan cetak resit sahaja.
Duti setem ni sangat penting bila berurusan dengan hartanah. Tidak kiralah samada urusan pembelian atau nak tukar hak milik, memang kena ambil kira semua kos yang berkaitan. Ini termasuklah juga perjanjian untuk sewa sebaiknya kena lah matikan setem terlebih dahulu.
Bila ada dokumen undang-undang, maka akan adalah caj duti setem. Pertamasekali, anda kena tahu yang kos duti setem ni ada 2 kategori , iaitu
Coffee Break With Me: Pengalaman Matikan Setem Perjanjian Sewa Rumah Di Portal Stamps Lhdn
Kos ni pula boleh berubah bergantung pada nilai transaksi oleh dokumen. Yuran cukai tu ikut nilai perjanjian pinjaman atau pertukaran hak milik.
Kerana dua-dua proses ni boleh mengambil masa yang lama, kami kongsi cara untuk jimat masa la: isi borang online menggunakan apps LHDN Malaysia yang bernama‘Digital Franking’.
Pertama sekali, muat turun app tersebut semasa tiba di LHDN jadi tak perlu ambil nombor giliran dan tunggu lama. Selepas muat turun, isi borang tersebut dengan maklumat berkenaan. Ini bermakna pembayar duti dikehendaki memasukkan maklumat dokumen sebelum penyeteman dibuat.
Pengiraan Duti Setem Untuk Perjanjian Sewa Rumah Dan Cara Matikan Setem Di Lhdn
Ada kelebihan dan keburukan dalam teknologi ini. Untuk mereka yang agak ketinggalan pasti akan merasa agak seksa kerana tidak berapa ‘familiar’ dengan sistem ini untuk Cara matikan setem online
Tapi hakikat yang sebenar ianya memudahkan semua pengguna. Wah! beria aku tulis pasal benda ini kan, sebabnya aku terlibat segala yang berkaitan dengan User Experiene (UX) dan kena ambik tahu perkembangan teknologi dalam konteks kerajaan.
Main author . Mom, a UX Designer by profession, Blogger, Traveller, addicted to photography, gadget enthusiast, and active in sports. Holds Degree in Mass Communication, Master in Visual Communication. Has been blogging for over 7 years.
Post a Comment for "cara beli setem hasil online"