Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara booking tiket flight murah

cara booking tiket flight murah

Jelous bila dengar kawan-kawan pergi bercuti ke luar negara dengan harga tiket penerbangan yang murah. Tapi hairannya bila waktu kita nak booking tak dapat pula walaupun cuba menempah ketika promosi.

Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. Majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam.

Trick'Murah - Cara Booking Tiket Flight Murah />

Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

Tips Nak Beli Tiket Flight Murah.

Jika anda ingin menempah tiket penerbangan, paling elok adalah 21 hari lebih awal dari tarikh penerbangan. Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan sudah pun menetapkan di dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh.

Sistem juga telah menetapkan kuota yang tertentu untuk tiket penerbangan yang dijual pada harga rendah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah.

Cuba tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

Cara Beli Tiket Flight Murah Secara Online

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

Boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. Kemudian, dari Manchester naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:

Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday!

Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali.

Trik

Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!Trademark yang biasa kita dengar apabila menyebut nama AirAsia. Tapi mungkin masih ramai belum tahu tentang cara untuk membeli tiket flight AirAsia secara online. Perkara sama pernah terjadi kepada saya semasa saya mula berjinak dengan dunia travel.

Memandangkan sekarang ini tiket kapal terbang/ flight ada kalanya lebih murah daripada tiket bas, pada pendapat saya adalah wajib bagi korang untuk tahu cara untuk membeli tiket kapal terbang/ flight secara online. Selain dapat jimatkan wang korang turut dapat jimatkan masa perjalanan semasa bercuti atau balik kampung.

Paku Midin: 6 Cara Beli Tiket Flight Murah

Note: Sebelum korang membuat belian tiket flight korang boleh mendaftar sebagai ahli (klik ikon my acount > Sign up) atau korang boleh terus ke langkah 2 tanpa mendaftar. Mengikut pengalaman saya, dengan mendaftar sebagai ahli, proses belian tiket menjadi lebih cepat. Selain itu, jika berlaku sebarang error atau ganguan sistem semasa proses bayaran, tempahan korang telah disimpan. Jadi korang boleh login dan klik pada ikon manage booking untuk meneruskan tempahan/ bayaran.

Lepas korang dah masuk ke website AirAsia, korang perlu pilih jenis penerbangan/ flight sama ada sehala (one way), dua hala (return) atau pelbagai (multi-city). Lepas korang dah pilih jenis penerbangan/ flight masukkan destinasi berlepas dan mendarat. Masukkan juga tarikh berlepas dan bilangan penumpanag. Selesai isi maklumat korang klik search.

Cara

Paparan berikut akan keluar lepas korang dah klik search. Pilih masa penerbangan/ flight yang korang nak. Mengikut pengalaman, saya lebih suka memilih masa ketibaan penerbangan di waktu siang terutama destinasi yang saya tidak biasa. Selesai pilih masa penerbangan/flight klik continue.

Just In: All Flights Grounded Abruptly At Buffalo Airport

Kalau korang belum login sebagai ahli paparan di bawah akan keluar. Masukkan emel address dan password dan klik login sekiranya korang dah daftar sebagai ahli dan klik continue as guest kalau korang belum daftar sebagai ahli.

Isikan maklumat korang. Pastikan semua ruang bertanda * di isi dan pastikan ianya betul atau korang mungkin akan dihalang dari menaiki pesawat/ flight sekiranya ada maklumat yang salah. Selesai ini, klik continue.

Paparan berikut akan keluar. Sekiranya korang ada nak tambah apa-apa keperluan lain seperti luggage, insurans atau makanan, korang boleh klik pada box yang berkait. Kalau korang taknak korang boleh untick pada box yang berkait dan klik continue sehingga korang dibawa ke page bayaran (langkah 6).

Tip

Tak Perlu Burn Tiket Flight, Ini 7 Cara Yang Korang Boleh Buat Untuk Tukar Masa Atau Tarikh Penerbangan

Sebelum korang membuat bayaran korang perlu tick beberapa box (sila rujuk gambar di bawah). Isikan maklumat korang sebagai contact details. Pastikan korang masukkan emel address yang aktif dan sah sebab emel pengesahan akan dihantar ke emel tersebut. Pilih jenis bayaran sama ada internet banking, credit card/ debit card. Selepas korang dah pilih jenis bayaran, isikan maklumat berkait (jika perlu) dan klik Purchase.

Note: Pastikan korang langgan/ Subscribe iklan dari AirAsia bagi membolehkan korang menerima atau mengetahui promosi harga murah dari AirAsia. Biasanya promosi akan dihantar menerusi emel.

Post a Comment for "cara booking tiket flight murah"