cara buat ayam percik
Kalau anda teringin resepi ayam percik Kelantan , kami akan berikan resepi beserta rahsianya di sini. Yang mana kalau anda buat, hasilnya mengalahkan apa yang dijual di pasar malam dan juga di bazar Ramadhan.
Kalau di Kelantan, selain menu ayam percik berkuah pekat santan , satu lagi juadah percik yang popular adalah perut ayam percik. Ya mesti anda tak pernah dengar kan.Perut ayam yang dibersihkan dicucuk dengan padat di lidi dan dibakar sebelum disiram dengan kuah percik merah istimewa.
Percik Pasar Malam, Sedap Walaupun Simple - Cara Buat Ayam Percik />
1- Bahagian ayam yang digunakan perlu direbus dengan bahan perapan sehingga 60-70% masak sebelum dibakar atas arang kayu.Bahan perapan ayam percik ada kami berikan di bawah ini.Rebus hanya masukkan 1/2 senduk air sahaja.Nanti air ayam akan keluar sendiri.Guna api sederhana.
Peniaga Kongsi Resipi Ayam Percik Sedap. Boleh Cuba Masak Untuk Keluarga
2- Untuk dapatkan kuah resepi ayam percik Kelantan yang betul-betul menjadi, masak menggunakan api sederhana kecil dan hendaklah sentiasa dikacau sehingga buih mendidih mula kelihatan dna boleh terus tutup api. Ini untuk elakkan kuah percik ayam menjadi berketul-ketul atau pecah minyak.
3- Ini untuk proses bakar ayam percik. Bahagian pertama adalah bakar ayam yang direbus sehingga masak dengan cara lapisan luar mula garing di sesetengah bahagian. Gunakan jaring pembakar yang dikenali sebagai ” perange ” seperti gambar di bawah ini.
Bahagian kedua angkat sekali dengan jaring, alirkan kuah percik ke semua bahagian ayam bakar. Lapik dulang di bawah untuk tadah kuah yang jatuh.Cukup 1-2 lapisan .
Resipi Ayam Percik Air Fryer Oleh Salina Jalaludin
Bahagian ketiga bakar sekali lagi ayam supaya aroma bau ayam percik keluar. Boleh la diangkat dan dilumur sedikit lagi kuah percik sebelum dimakan.
Terbaik la tips ayam percik resepi ini dan kami yakin anda akan dapat rasa original menu ayam percik ni.Terima kasih kepada Wan Muhammad Hafiz atas sumbangan gambar.
#1: Kisar bahan yang bertanda sehingga lumat dengan air yang sedikit sahaja sekadar untuk menggerakkan mesin.Letak bahan kisar dalam periuk. Masukkan santan dan juga air serta cili kisar.Perah air asam limau nipis.
Ayam Percik Gaya Mat Gebu
#2: Barulah buka api sederhana kecil.Tips untuk hasilkan kuah percik yang betul ialah kuah percik haruslah sentiasa dikacau untuk elakkan kuah menjadi berketul-ketul.Masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
Boleh la bakar ayam yang sudah direbus tadi menggunakan arang kayu dan menggunakan tips yang kami beri di atas ini. Menu ayam percik ni sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi kerabu.Selamat mencuba.Tiba tiba saya terasa ingin menghantar resepi Ayam Percik Kelantan yang disediakan istimewa untuk Nana keMalaysian Food Fest, Kelantan Month yang akan berakhir dalam beberapa hari lagi. Ceritanya semasa dalam perjalanan balik dari pejabat, hubby memberitahu yang Nana ada bertanya berkenaan lauk ayam percik untuk makan malam. Saya memang kagum dengan sikap penyayang suami pada anak anak. Setiap hari dia akan melayan selera anak anak. Apa sahaja makanan yang diminta oleh anak anak hubby akan cuba mendapatkannya. Malahan setiap malam hubby akan pastikan ada makanan untuk Nana kerana dia akan makan di rumah setiap malam. Katanya tak ada masa untuk makan semasa di hospital.
Mendengar permintaan Nana, saya pun minta hubby singgah membeli ayam. Saya sebenarnya agak kepenatan dan hari pulak telah lewat petang, tapi saya gagahkan juga untuk menyediakan ayam percik yang diminta. Sambil menyediakanayam percik, saya sediakan juga sayur goreng Baby Kailan Sos Tiram. Memanggil manggil anak anak kot ada yang mahu menolong. Hmmm seorang pun tak muncul hinggalah semuanya siap dimasak dan peralatan siap dibasuh. Bila siap memasak, hari pun dah malam, saya pun snap ringkas ringkas jer gambar untuk dimasukkan dalam blog. Ayam percik ini sangat sedap walaupun tak seindah gambar. Hahaha
Ayam Percik Kelantan (mff Kelantan)
Ayam Percik Kelantan terdapat 2 jenis, ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna merah. Jika sukakan sedikit rasa pedas, sediakanlah ayam percik berwarna merah. Sebenarnya susah untuk memdapatkan ayam percik Kelantan di sini kecuali di Restoran Jaring dan Restoran MZ di Chow Kit. Yang lain lain terutama yang dijual di bazar Ramadhan, tidak mempunyai rasa ayam percik langsung. Boleh klik di SINI untuk melihat Ayam Percik Putih Kelantan yang disediakan oleh kakak saya di kampung.
Cara penyediaan ayam yang sebenarnya ialah selepas diperap beberapa minit akan terus dibakar. Dibakar pula menggunakan perangan yang diperbuat dari buluh yang dibelah dua tapi tidak sampai putus.Itu kira yang original punya ayam percik Kelantan lah. Tapi kalau di majlis majlis kenduri yang menyediakan lauk ayam percik yang banyak, tentulah lama untuk membakar ayam secara terus dan ayam nanti akan berbau jika lama terbiar. Jadi kita boleh kukus seketika ayam yang diperap dengan bahan perap sebelum dibakar. Pastikan ianya dikukus sehingga masak supaya tiada lagi darah di tulang tulang ayam.
Manakala satu lagi versi ayam percik yang saya belajar dari Cik gu Asmat yang terkenal dengan jualan Ayam Percik yang sedap di bazar Ramadhan. Ayam percik Cik gu Asmat di SINI dibuat dengan cara merebus ayam dengan separuh dari bahan kuah sehingga ayam masak. Setelah ayam masak, ayam tadi dibakar. Sementara separuh lagi bahan kuah dimasak sehingga pekat dan digunakan untuk melumur ayam yang sedang dibakar. Walau apapun caranya, bahan bahan yang digunakan adalah sama.Resepi hari ini saya minta dari Kak Yah Kota Damansara. Bila disemak, ianya menggunakan bahan bahan kuah yang sama dengan bahan ayam percik Cik gu Asmat. Percik ni mesti ada rasa manis sedikit, barulah ada kick.
Resipi Ayam Percik Pasar Malam, Sedap Walaupun Simple
Selain nasi putih dan nasi kerabu, ayam percik sedap juga dimakan bersama sama dengan pulut kuning. Teringat masa Tun Dr Mahathir melawat ke kampung Badak sekitar tahun 1978 di mana orang orang kampung membuat pulut semangat diringi perarakan bunga manggar. Pulut kuning dibentukkan apa apa bentuk disukai dan diletakkan seekor ayam percik di atasnya. Kemudian dipacakkan bunga pahar di atas ayam terus hingga ke pulut. Di sekelilingnya dipacakkan bunga telur macam bunga pahar pengantin tu. Itulah kali terakhir saya melihat bonda menyediakan pulut semangat dan itulah juga kali terakhir saya berada dalam majlis seumpama itu. Masih ingat lagi sewaktu melihat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah dari jarak dekat, dalam hati berkata mereka kelihatan awet muda berbanding usia. Semoga Tun berdua diberikan kesihatan yang baik sentiasa.
Jom kita tengok resepi yang saya main campak campak jer tadi. Dah tak kira sukatan sangat dah pun. Yang penting bawang merah mesti banyak dan kuah mesti ada rasa manis sikit.
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu supaya cepat dan sekata masaknya. Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.
Resepi Ayam Percik Simple Dan Paling Sedap! Terbaik Macam Kat Pasar Malam!
Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.
Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah di serata permukaan ayam dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam.
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
Post a Comment for "cara buat ayam percik"