cara buat baja kompos
Ilmu membuat baja kompos ini dinamakan sebagai kaedah Pengkomposan Takakura yang direkacipta oleh Professor Koji Takakura daripada Negara Jepun. Dengan bantuan Bahagian Teknologi Penyelidikan, PPSPPA, ilmu ini telah disebarkan ke seluruh Malaysia terutamanya negeri Kedah. Kaedah membuat baja kompos ini adalah satu cara yang paling mudah bagi memastikan kurangnya janaan sisa makanan ke alam sekitar. Kempen guna semula sisa makanan dengan cara membuat baja juga merupakan salah satu matlamat PPSPPA dalam memastikan kebersihan alam sekitar terjamin.
2 Balang Kaca bertutup bersaiz 1 liter dan berisi air paip 3/4 penuh setiap satunya - Garam 3 sudu - Gula Merah 3 sudu - Sayur-sayuran ringkas seikat (sawi, kangkung, kailan atau lain-lain sayuran ringkas) - Kulit 3 buah-buahan ringkas (limau, epal merah, epal hijau atau lain-lain buah-buah ringkas) - Tempe ataupun Tapai selapis - Tauchu ataupun Yogurt 3 sudu - Sebuah Kotak bertutup - Plastik Sampah - Bakul bertutup - Karpet Needle Punch 2 Meter - Scoop - Tanah Hitam 2 kg - Sekam Padi atau Dedak 1 kg
Kompos Daripada Sisa Makanan Di Rumah - Cara Buat Baja Kompos />
1) Masukkan 3 sudu garam ke dalam 1 balang kaca. 2) Masukkan kulit 3 buah-buahan ringkas yang telah dipotong dadu ke dalam balang kaca. 3) Masukkan sayur-sayuran ringkas yang telah dipotong halus ke dalam balang kaca tersebut. 4) Gaulkan larutan tersebut dan tutupkan balang kaca. 5) Peramkan balang berisi cecair penapaian garam dalam bilik yang kurang pencahayaan dan bersuhu bilik selama 3 hingga 5 hari sehingga lapisan putih terbentuk di permukaan cecair.
Projek Baja Kompos
1) Masukkan 3 sudu gula merah ke dalam 1 balang kaca. 2) Masukkan 3 sudu tauchu/yogurt ke dalam balang kaca. 3) Masukkan selapis tempe/tapai yang telah dipotong dadu ke dalam balang kaca tersebut. 4) Gaulkan larutan tersebut dan tutupkan balang kaca. 5) Peramkan balang berisi cecair penapaian gula merah dalam bilik yang kurang pencahayaan dan bersuhu bilik selama 3 hingga 5 hari sehingga lapisan putih terbentuk di permukaan cecair.
1) Masukkan 2 kg tanah hitam dan 1 kg sekam padi/dedak ke dalam sebuah kotak yang dilapisi plastik sampah di bahagian dalamannya. 2) Masukkan cecair penapaian garam dan penapaian gula merah ke dalam kotak tersebut perlahan-lahan sehingga campuran boleh dikepal-kepal. 3) Gaulkan campuran Fungi Penapaian tersebut. 4) Tutupkan kotak berkenaan dan peramkan dalam bilik yang kurang pencahayaan dan bersuhu bilik selama 7 hari sehingga lapisan putih terbentuk di permukaan Fungi Penapaian. 5) Selepas 7 hari, asingkan fungi panapaian daripada kotak ke dalam bakul yang dilapisi karpet. 6) Compost Chang telahpun bersedia untuk menerima sisa makanan.
1) Masukkan sisa makanan yang kering dan bersih ke dalam bakul Compost Chang sebanyak 2 genggam pada setiap hari atau setiap 2 hari. 2) Gaulkan kandungan Compost Chang pada setiap hari. 3) Tutupkan bakul Compost Chang setiap kali tidak digunakan. 4) Ulang langkah 1 sehingga ia memenuhi bakul. Sekiranya proses penguraian berjalan dengan baik, ia mengambil masa 3 - 6 bulan untuk menjadi penuh jika diletakkan 500 g sisa makanan setiap hari. 5) Sisa makanan akan terurai dan berubah bentuk dalam masa 1- 2 hari. 6) Selepas penuh bakul, asingkan 3/4 daripada isi Compost Chang ke bekas lain dan peramkan sehingga 2 minggu sebelum dijadikan baja kompos. 1/4 lagi Compost Chang dijadikan fungi penapaian dalam bakul yang sama untuk membentuk baja kompos dengan mengulang langkah 1.“Hari ni tak ada orang angkat sampah ke. Tong dah penuh. Nanti lama-lama makin busuk. Silap haribulan berulat pulak… Kenapalah boleh banyak sangat sampah ni?”
Teknik Bokashi Kompos Ini Boleh Buat Sisa Makanan Jadi Baja
Sedarkah anda, sampah yang kita buang setiap hari sebenarnya boleh ditukarkan kepada benda berharga iaitu kompos. Kompos ni kalau dalam bahasa ringkasnya ialah baja.
Salah satu cara mengurangkan sampah-sarap kita setiap hari adalah dengan kaedah ‘composting’, seperti yang dikongsikan oleh salah seorang pembaca kami di media sosial.
Sebenarnya apa yang menarik dengan kaedah ‘bokashi composting’ yang dipraktikkan beliau ialah ia akan menyenangkan kerja sebab tak perlu hari-hari keluar buang sampah. Tambahan pula, tak ada bau busuk bila buka tong sampah. Dan yang paling
Evaluation Of Millicomposts From Different Vegetable Residues And Production Systems In The Lettuce Seedling Development
Walaupun hari ini kita letak kepala ikan, perut ikan, dan macam-macam sisa makanan, esok bila buka tong sampah cuma keluar bau buah-buahan saja!
Setiap hari, bila ada bahan makanan terbuang- contohnya kepala ikan, kulit ayam, kulit telur dan sebagainya, boleh simpan dan tapis supaya tak terlalu berair.
Tong sampah ni kedap udara. Jadi, serangga tak boleh masuk. Dalam tong sampah ni ada lubang-lubang kecil untuk mengeringkan sisa makanan yang lembap – supaya kompos yang dihasilkan nanti kering dan tak basah.
Cara Membuat Vermikompos (baja Tahi Cacing) Di Rumah
Di depannya ada pili kecil. Kita boleh buka dari semasa ke semasa untuk keluarkan air yang terkumpul. Air yang dikeluarkan ni pun kita boleh gunakan sebagai baja tau.
Kalau hari tu ada buang bahan yang tebal macam tulang atau biji mangga, letakkan lebih sikit Bokashi Powder tu untuk bantu proses penguraian.
Kami makin kecil. Seminggu 2 kali je buang sampah. Itu pun plastik kecil. Tak takut sampah keluar ulat sebab tak ada sisa makanan.
Serbuk Ini Dikatakan Mampu Memangkin Proses Pembuatan Baja Kompos
Menarik kan? Cubalah sendiri dan anda akan dapat merasakan impaknya pada rutin harian anda. Selain memudahkan, ia juga mesra alam. Rasanya dah tiba masanya rakyat Malaysia mengikut jejak langkah negara-negara seperti Jepun yang jauh terkedepan dalam bab-bab begini.
Awal-awal saja keluarkan duit lebih sikit untuk beli bokashi bin. Lepas tu anda cuma laburkan RM18 setiap bulan untuk membuat kompos daripada sisa makanan. Dapatlah juga baja
*Ada yang cakap, Bokashi Bin ni boleh DIY. Memang boleh, tapi memerlukan pemahaman tentang konsepnya. Pastikan tong yang di DIY cukup kemas dan rapat untuk dapatkan ‘anaerobic condition’ . Kalau tak, makanan dalam tong akan berulat dan busuk.
Cara Membuat Baja Kompos Hasil Buangan Sisa Kantin
Semoga dengan perkongsian ini, lebih ramai yang akan mulakan ‘composting’ di rumah. Sambil mengurangkan pembuangan sampah, dapat juga menyuburkan tanaman dan menjamin kebersihan dalam rumah.
*Perkongsian oleh seorang ibu yang cuba menjaga alam sekitar ini diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih maklumat, rujuk post asal beliau di SINI.
Post a Comment for "cara buat baja kompos"