cara buat biskut coklat chip sukatan cawan
Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi! | Hari ini dah puasa ke 10. Mesti ibu-ibu di luar sana tengah pening fikirkan biskut apa nak dibuat ketika hari raya. Ye tahu kita tak dapat beraya di kampung disebabkan oleh PKP, tapi janganlah sampai mood raya pun berkurung je dalam hati. Sambutlah hari raya Aidilfitri walaupun bersederhana, in syaa Allah moga Aidilfitri kita itu nanti diberkati oleh Allah SWT.
Pernah tak “Bila lalu je sebelah kedai jual biskut chocolate chip Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.” Alamak! Bikin terliur je bulan puasa ni.Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.
Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.250 gram Butter ,1 1/4 cawan brown sugar, 1 sudu kecil esen vanila dan1 biji telur.Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Resepi Biskut Famous Amos Chocolate Chip
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B iaitu 2 1/2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung jagung, 1 sudu kecil baking powder ,1 sudu kecil soda bikarbonat, 6 sudu besar minyak dan2 cawan cip coklat. Cip coklat ni korang masukkan akhir sekali.Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni daku saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.
Resepi Biskut Coklat Sukatan Cawan Yang Mudah & Sangat Sedap, Laku Keras!
Bila dah masak, beginilah hasilnya. Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.Mudah rupanya nak buat biskut chocolate chip ala Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!
Daku ucapkan ribuan terima kasih kepada tuan punya resepi yang sudi kongsi resepibiskut chocolate chip ala Famous Amos. Jangan pula dah ada resepi, korang malas untuk mencuba dan membuatnya. Raya nak dekat ni, jom ler kita buat biskut raya. Kalau ramai suka, mana tahu boleh jana pendapatan pula kan?
Mula menulis sejak 2010 dan blog ini mengisahkan resepi masakan dan tempat menarik. Juga seorang ghostwriter, media influencer dan seorang ibu. Sebarang kerjasama: sufiamukhriz@gmail.com
Post a Comment for "cara buat biskut coklat chip sukatan cawan"