cara buat tapai ubi kayu
Alhamdulillah, experimen kali pertamaku menjadi... tapai ubi yang sedap dan manis rasanya.. Ubi kayu ini adalah pemberian jiranku orang Sarawak.. katanya ubi ni tak sedap direbus sebab ubi dah tua. Kalau dibuat kuih boleh lah..
Pada mulanya, cuma nak makan boko ubi kayu..tapi terfikir pula, ada ragi apa kata cuba wat tapai... lagipun kalau beli tapai ubi kat sini, RM1.00 satu pek kecil, sekali ngap dah abis...Lalu, malam tu juga, terus telefon ummi, tanya macamana nak wat tapai ubi. boleh ke ubi yang dah tua dibuat tapai.. Ummi cakap, cuba dulu...tapi ada baiknya wat pengat atau kuih boko ubi...mana tau kot2 wat tapai tak menjadi... maklum, kerja tapai menapai ni banyak pantang larangnya..
Tapai Ubi Kayu - Cara Buat Tapai Ubi Kayu />
Tapi keinginan untuk mencuba membuak2 kat dadaku ini.. So malam tu juga kerja2 membuat tapai ini bermula.. Siap tabur ragi dah jam 12.00 mlm.. Fuh, nak tunggu ubi tu sejuk, ngantuk giler...Dan sebelum tabur ragi kat ubi rebus tu, saya baca selawat 3 kali. Ini petua atok saudara supaya tapai cepat menjadi dan manis rasanya. Esoknya, jam 12.00 mlm juga, dgn hati yang berdebar2...saya cuba buka bungkusan kain pembungkus tupperware yang saya guna untuk peram tapai.. bau macam manis.. alhamdulillah, dgn tak sabar2nya.... ambil seketul dan makan... manis!!! yahoo!!! tapaiku menjadi!!
Resep Tape Singkong/tapai Ubi Kayu, Homemade Oleh Amy Jeje (eva Febriani)
Ubi kayu dikupas kulit dan dibersihkan. Kena buang semua kulit, luar dan lapisan dalamnya. Potong2 ikut saiz yang dikehendaki. Kalau nak buat tapai, ubi tu kena cuci betul2. Kena kikis2 dengan pisau supaya hilang semua selaput ubi. Kemudian rendam ubi selama satu jam atau lebih. Didihkan air, masukkan ubi. Rebus sampai masak, tapi jgn sampai lembik macam nak makan ubi rebus. Cucuk dgn garpu dah lembut, bolehlah toskan airnya. Kemudian sejukkan. Kena tunggu ubi tu betul2 sejuk, baru ditabur ragi. Masukkan dalam bekas bertutup rapat. Bungkus dengan kain dan simpan ditempat gelap. Selepas dua atau tiga hari, dah menjadi la tapai ubi. Saya buat tapai ni satu hari setengah dah jadi..Ubi kayu merupakan antara makanan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat kita. Walaupun sudah berabad lamanya, namun ia tetap menjadi pilihan ramai orang.
Ubi ini merupakan tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae. Terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sering dijadikan sayuran dan ulaman. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
Selain enak direbus dan dimakan bersama dengan kelapa parut serta sambal bilis, ubi kayu ini juga sangat enak jika dibuat tapai. Bukan pulut sahaja boleh dibuat tapai, ubi ini juga turut boleh.
Resepi Tapai Ubi Kayu Cubaan Pertama Kali, Tak Sangka Banyak Pantang Larangnya
Sangat sedap apabila dibuat sedemikian rupa, lebih-lebih lagi jika digoreng selepas ianya selamat dijadikan tapai. Namun untuk dijadikan tapai, ada tekniknya yang tersendiri agar rasanya manis dan sedap.
Jadi jom kita ikuti perkongsian buat tapai ubi kayu dari Nor Aini Abd Rahman ini. Caranya sangat mudah dan kalau ikuti dengan betul pasti menjadi punya.
Tapi ada beberapa masalah mengenai ubi kayu ini sebab tak pandai nak tengok macam mana ubi kayu yang elok untuk dibeli. Jangan risau, jom kita ikuti petua di bawah ini pula.
Resipi Kek Tapai Ubi
Petuanya yang pertama adalah pastikan anda memilih ubi kayu yang mempunyai lapisan kulit dalam berwarna merah jambu berbanding ubi kayu yang mempunyai lapisan kulit dalam berwarna putih. Kebiasaannya ubi kayu yang mempunyai kulit dalam berwarna merah jambu empuk apabila direbus.
Petua yang kedua pilih, anda jangan sesekali memilih ubi yang mempunyai kesan luka atau berlubang kerana kemungkinan besar ubi kayu yang luka itu sudah masuk angin. Jadi pilihlah ubi kayu yang masih baru atau lembap (akibat daripada kesan tanah).
Sebab kalau ubi kayu yang sudah masuk angin dimasak, rasa ubi kayu tersebut akan keras (tidak empuk). Kalau di kampung, ubi kayu yang sudah masuk angin akan diberi makan kepada haiwan ternakan seperti ayam dan itik.
Resipi Tapai Ubi Kayu, Ikut Cara Ni 'confirm' Manis & Tak Masam
Walau bagaimanapun, keempukan ubi kayu juga bergantung kepada jenis tanah yang digunakan. Tanah gambut adalah tanah terbaik untuk menanam ubi kayu. – (Jamal & Zaleha, 2008)

Post a Comment for "cara buat tapai ubi kayu"