Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara hilangkan hitam celah peha

cara hilangkan hitam celah peha

Wanita memang mementingkan penampilan diri, lebih-lebih lagi dari segi luaran. Namun semuanya tidak bermakna jika anda tidak menjaga kecantikan dalaman terutamanya di celah-celah pelipat, ketiak dan celah paha yang mudah menjadi hitam jika tidak dijaga dengan betul.

Celah paha misalnya, mudah menjadi hitam akibat geselan paha sewaktu berjalan terutamanya pada wanita yang berbadan besar dan gempal.Mereka ini juga selalunya mencari petua untuk kuruskan peha dan punggung.

-Hitam Celah Peha />

Namun, setelah meletakkan bedak atau losyen, rasa lega hanya untuk sementara waktu sahaja kerana tanpa disedari, anda menambah kerengsaan kulit dan sel-sel kulit mati berkumpul di celah paha. Dari situ, pembiakan bakteria terjadi menyebabkan kulit menjadi semakin gatal, kasar dan kemerah-merahan sehingga bertukar menjadi hitam.

Cara Hilangkan Kehitaman Di Celah Kelangkang

Bagi wanita yang sudah berkahwin, celah paha hitam menyebabkan anda kurang berkeyakinan dan malu apabila bersama suami. Meskipun ada suami yang tidak kisah, tidak bermakna anda harus selesa dengan keadaan itu malah tidak terlambat untuk anda memutihkan kembali celah paha yang berubah warnanya dengan mengguna:

Campurkan perahan limau nipis dengan sedikit kapur hingga menjadi pes. Sapu pada celah paha dan gosok perlahan-lahan selama 15 minit, kemudian bilas. Lakukan 3 kali seminggu sampai kesan hitam hilang.

Jika kulit sensitif, limau nipis boleh memeritkan. Anda boleh gantikan dengan lemon ataupun timun. Lalukan kulit lemon serta timun pada celah paha selama 20 minit dan bilas sehingga bersih. Bukan sahaja memutihkan kulit malah mengatasi lebihan minyak pada paha.

Nak

Anda Pernah Alami Kegatalan Celah Kangkang... Apa Puncanya?

Bagi yang ingin guna cara tradisional, boleh gunakan tawas untuk mengatasi masalah ini. Campurkan tawas dalam air dan dengan mengguna span, gosok celah paha.

Parut kunyit dan perahkan jusnya. Sapukan pada celah paha dan biarkan ia kering, baru dibilas sehingga bersih. Boleh juga digunakan serbuk kunyit. Masukkan 2 sudu serbuk dalam air dan sapu pada paha.

-

Picit sedikit ubat gigi pada jari dan sapu pada celah paha. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Tetapi awas, jika terasa sakit ataupun kulit bertukar merah kerana sensitif dengan bahan dalam ubat gigi, tukar guna bahan lain.

Baking Soda Mampu Menghilangkan Kesan Hitam Di Celahan Peha Dan Ketiak

Related Items:petua cerahkan celah peha, petua hilangkan gelap celah peha, petua hilangkan hitam celah kelangkang, petua hilangkan hitam celah peha, petua hilangkan hitam di celah peha, petua kecikkan peha, petua kecilkan peha, petua kecilkan peha dan punggung, petua kempiskan peha, petua kuruskan peha, petua mengecilkan paha, petua putihkan celah paha, petua putihkan celah peha

-

Related Items:petua cerahkan celah peha, petua hilangkan gelap celah peha, petua hilangkan hitam celah kelangkang, petua hilangkan hitam celah peha, petua hilangkan hitam di celah peha, petua kecikkan peha, petua kecilkan peha, petua kecilkan peha dan punggung, petua kempiskan peha, petua kuruskan peha, petua mengecilkan paha, petua putihkan celah paha, petua putihkan celah peha

-

Post a Comment for "cara hilangkan hitam celah peha"