cara jual duit lama
Soalan yang selalu ditanya oleh bukan collector, Saya ada duit lama, dimana boleh jual? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu baca artikel ini, jangan komen di Facebook sebelum anda membacanya. Selain soalan mengenai harga duit lama, soalan ini adalah antara yang paling kerap di ajukan kepada kami.
Malangnya, kebanyakkan mereka yang bertanya itu mengharapkan jawapan di berikan di depan mata mereka dan kalau boleh, nak jual duit lama juga mengikut harga yang mereka harapkan.
Harga pasaran duit lama yang kami paparkan di blog ini hanyalah panduan untuk anda bukan tawaran kami untuk membeli duit lama anda.
Awas! Jangan Tertipu Dengan Old Money Collector!
Jika anda nak datang untuk spam blog & Facebook page kami dengan iklan jualan anda, kami akan ban anda dari komen blog dan Facebook page kami.
Anda duduk jer diam-diam, pembeli datang dan tunjuk barang kemas yang dia nak, anda beritahu harga, tawar sikit, lepas tu pembeli bayar macam tu?
Anda nak jual duit lama sekurang-kurangnya belajar; adakah duit lama yang anda nak jual itu dicari oleh pengumpul duit lama, berapa harga pasarannya, apakah grednya, adakah ianya syiling tulen atau palsu.
Sesiapa Nak Jual Duit Lama?
Nak tahu syiling yang dicari oleh pengumpul duit lama, anda perlu belajar berapa banyakkah syiling itu ditempa / dibuat ( mintage ) untuk tahun tersebut? Berapakah jumlah mintage untuk syiling Malaysia yang anda ada itu? Senarai mintage duit syiling tersebut penting untuk anda faham serba sedikit, adakah syiling yang anda ada itu dicari oleh collector.
Duit syiling pada pandangan mata kasar anda mungkin biasa sahaja atau mungkin anda berpandangan pembeli ni cari duit lama yang cantik berkilat, baru ada harga tinggi.
Syiling ada gred, gred duit syiling anda itu boleh jatuh jika anda tak pandai nak cuci duit lama, calar sedikit pun sudah boleh menjejaskan harga duit lama tersebut.
Mangsa Penipuan Beli Duit Syiling Lama
Bukan collector juga banyak kali salah faham, harga pasaran duit lama yang dikongsi didalam blog ni harga yang dibeli oleh penjual duit lama.
Guna la logik akal sikit, kalau dah anda nak jual pada penjual, takkan nak jual ikut harga pasaran. Bagaimana penjual tu nak untung?
Belajarlah juga, cara-cara untuk memegang dan menyimpan duit syiling anda. Syiling yang memang berharga mahal sekalipun, jika tidak kena cara menyimpannya, nilainya akan jatuh apabila gred syiling tersebut telah jatuh akibat dari cara menyimpan syiling yang kurang baik.Saya telah membuat infografik untuk post ini bagi memudahkan anda faham tentang cara-cara menjual duit lama anda. Anda boleh memuat turun infografik tersebut di laman Facebook saya; Infografik: Panduan Menjual Duit Lama.
Harga Duit Syiling
Anda dibenarkan untuk berkongsi infografik ini dengan syarat tidak mengubah sebarang rekabentuk dan maklumat yang saya sertakan. Jika boleh, tolong kongsikan link post/blog ini di post/entri yang anda buat.
Ramai yang bertanya macamana cara mudah nak jual duit lama. Ada di antara mereka yang bertanya itu mempunyai banyak duit syiling lama Malaysia yang ingin dijual kerana sudah lama menyimpannya atau baru sahaja dapat daripada saudara-mara dan rakan-rakan. Jika anda rajin mencari duit lama, ianya juga boleh menjadi satu bisnes yang menguntungkan. Jika anda tahu duit syiling lama yang manakah yang dicari oleh para pengumpul duit syiling lama. Saya akan menceritakan mengenai hal duit 'Rare yang dicari oleh kolektor kemudian. Untuk entri ini, saya akan kongsikan kepada anda cara mudah untuk menjual koleksi duit syiling lama anda.
Anda perlu cuba mencari harga duit lama tersebut terlebih dahulu sebelum anda ingin menjualnya. Jika tidak, anda mungkin akan meletakkan harga tidak masuk akal atau harga yang terlalu murah daripada harga pasaran. Anda boleh mencari harga syiling tersebut secara online. Saya ada menyenaraikan harga duit syiling lama di blog ini sebagai panduan kepada anda semua. Namun, anda perlu tunggu untuk sesetengah entri yang masih belum siap. Jika anda tidak dapat menunggu, sila cari dan beli buku daripada Steven Tan ataupun KN Boon sebagai rujukan anda. Jika anda betul-betul ingin serius didalam bisnes jual beli duit lama atau mengumpul duit lama, buku-buku tersebut adalah benda yang wajib anda beli terlebih dahulu sebelum mula membeli koleksi anda.
Bangga Simpan Wang Rm1 Ditandatangani Pm Pertama
Jika anda telah menemui harga yang sesuai, untuk jualan secara online, pastikan anda mengambil gambar yang jelas dan terang untuk kedua-dua belah muka syiling anda. Jangan sesekali gunakan gambar yang kabur didalam jual beli duit syiling anda kerana bagi kolektor permukaan duit syiling juga memainkan peranan untuk menentukan harganya. Anda pasti pernah mendengar berkenaan kondisi duit syiling Very Fine (VF) atau Uncirculated (UNC) bukan? Kolektor perlu mempastikan kondisi duit syiling tersebut sebelum membuat keputusan untuk membeli duit syiling anda. Jika anda tidak tahu menilai dan mengred duit syiling anda sekalipun, gambar syiling yang jelas akan membantu mereka membuat keputusan.
Pada ketika ini, ada pelbagai pilihan untuk menjual duit syiling lama secara online. Trend terbaru pada ketika ini adalah menjualnya di Facebook group. Rasanya hampir semua orang ada sekurang-kurangnya satu akaun Facebook bukan? Ada banyak kumpulan Facebook group yang agak aktif pada ketika ini, anda boleh membacanya disini; Facebook group yang wajib anda sertai. Sebaik-baiknya, baca dahulu peraturan di dalam group-group tersebut sebelum anda mula menjual koleksi anda. Kolektor baru perlu mendaftar dengan mereka terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mula menjual duit lama.
Satu lagi pilihan yang rasanya semua orang tahu ialah menjualnya di mudah.my. Jika anda mempunyai banyak duit syiling lama untuk dijual, saya sarankan anda untuk mendaftar sebagai ahli PRO Niaga, pendaftaran adalah percuma. Agak mudah untuk anda menjual banyak item berbanding menjualnya secara one off. Pastikan tajuk untuk duit syiling tersebut adalah betul sebelum anda menerbitkan iklan anda. Satu lagi perkara yang paling penting adalah pastikan anda tidak termasuk didalam golongan mereka yang menjual duit syiling pada harga yang tidak masuk akal, periksa dahulu harga terbaik untuk duit syiling anda sebelum anda menerbitkan iklan anda.
Masa Terbaik Beli Duit Lama
Mungkin kepada anda yang ingin serius menjalankan bisnes jual beli duit lama, eBay.com.my adalah satu pilihan yang terbaik. Ini kerana mereka mempunyai sistem rating kepada penjualnya. Apabila anda sudah mendapat rating yang tinggi, pembeli akan lebih mudah untuk mempercayai anda. Anda juga mungkin akan mendapat pembeli dari luar negara.
Anda perlu membina network/rangkaian rakan-rakan kolektor jika anda ingin menjual melalui rakan-rakan sahaja. Mungkin cara yang terbaik pada ketika ini adalah melalui Facebook dan juga forum selain secara offline. Di Facebook, anda boleh melihat rakan-rakan yang mempunyai hobi yang sama dengan anda dengan mudah. Di dalam forum, biasanya ada ruangan hobi, turut serta didalam ruangan itu dan pastikan anda aktif kerana rakan yang lain mudah mengenali anda jika anda aktif didalam forum. Untuk rangkaian offline pula, anda mungkin perlu bertanya kepada rakan-rakan tentang hobi mereka, mana tahu rakan satu opis anda adalah pengumpul duit lama. Namun, apabila anda menjual kepada rakan-rakan, harga jualan juga adalah harga rakan-rakan, harganya perlu murah sedikit untuk menarik rakan-rakan membelinya.
Pada ketika ini, hanya ada satu persatuan Numismatik yang aktif di Malaysia iaitu Malaysia Numismatic Society atau MNS. Anda boleh turut serta menjadi ahli mereka dan mungkin turut serta didalam jualan lelongan mereka yang di adakan setiap 3 bulan sekali. Jika anda ingin turut serta didalam lelongan mereka, sebaiknya anda hanya menjual syiling yang berkualiti tinggi jika anda ingin mendapat harga yang terbaik. Sebagai contoh, duit syiling 1 sen 1976 tembaga yang dijual melalui lelongan di MNS akan mendapat pembeli dengan mudah berbanding anda menjualnya sendiri. Perlu di ingat, anda akan dikenakan fee sebanyak 5% daripada harga jualan untuk setiap item anda.
Pelajari Ilmu Numinastik Elak Beli Duit Lama Palsu
Salah satu cara yang mudah dan cepat untuk menjual duit lama dalah dengan menjualnya dengan penjual duit lama berdekatan anda. Anda boleh melihat senarai penjual duit lama yang saya terbitkan di blog ini. namun, perlu di ingat, apabila anda menjual kepada mereka, anda hanya akan mendapat harga kurang daripada 50% daripada harga pasaran. Selain itu, tidak semua duit syiling diterima oleh mereka. Jika anda hanya mempunyai duit syiling luar negara, ada kemungkinan besar mereka tidak akan menerimanya. Begitu juga dengan syiling anda yang kotor atau kondisi yang teruk, jika ianya duit biasa, mereka juga tidak akan membelinya. Ini sebagai pilihan terakhir kepada mereka yang malas atau tidak tahu macamana untuk menjual dengan cara yang lain.
Saya harap anda faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Sebarang pertanyaan adalah dialu-alukan. Cuma pastikan anda tidak memberi komen untuk mengiklankan jualan duit syiling anda.
Saya telah membuat infografik untuk post ini bagi memudahkan anda faham tentang cara-cara menjual duit lama anda. Anda boleh memuat turun i...Seorang pembaca bertanya kepada saya melalui email dimana tempat untuk menukar duit syiling lama? Beliau mempunyai duit syiling lama Malaysia pelbagai denominasi di dalam kuantiti yang banyak. Pembaca tersebut ada mendengar bahawa duit lama mendapat nilai yang tinggi jika ditukar di tempat-tempat tertentu. Namun, beliau tidak pasti dimanakah beliau perlu menukar duit lama untuk mendapatkan harga yang tinggi dari nilai muka duit tersebut.
Scam Alert! Ini Rupanya Cara Old Money Collector Tipu Duit Korang
Ya. Bank menukar duit syiling lama anda tetapi pada nilai mukanya sahaja. Tidak ada lagi setakat ini saya mendengar Bank menukar duit lama berdasarkan harga pasaran duit lama. Saya telah menulis sebelum ini mengenai perkara ini didalam artikel; Tukar duit syiling lama di Bank.
Ya.., apa salahnya. Anda boleh menukar duit lama anda di BNM tetapi seperti apa yang telah saya tulis sebelum ini didalam artikel, where to change old ringgit, apa yang anda dapat dari Bank Negara hanyalah nilai muka syiling atau wang kertas anda. Itu pun jika ianya masih berkeadaan baik dan bukannya duit palsu.
Boleh, kalau kedai tu nak beli tapi kalau setakat duit syiling Malaysia yang tidak bernilai tinggi tu, tak perlulah tanya.
Post a Comment for "cara jual duit lama"