Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara ke pulau perhentian

cara ke pulau perhentian

Pulau Perhentian merupakan satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand.

Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Pulau ini terletak di Daerah Besut. Jom baca tips dan cara-cara bagaimana nak pergi ke Pulau Perhentian.

Pulau

1. Kepada yang luar dari Terengganu, kalau naik flight make sure korang turun di Kota Bharu sebab perjalanan dari airport Kota Bharu lebih dekat berbanding dari airport Kuala Terengganu.

Panduan Bercuti Ke Pulau Perhentian

Lagi satu airport Kuala Terengganu tiada bas murah lalu, Nak tak nak korang kena naik teksi airport ke Stesen bas Kuala Terengganu ataupun naik teksi terus ke Kuala Besut. Kalau korang banyak duit boleh lah buat macam ni.

2. Kalau korang naik bas dari negeri lain, berhenti di stesen bas Kuala besut sebab dekat dengan jeti. Kalau tak ada jangan turun Kota Bharu pulak, turun di Jertih, Besut.

Nanti naik teksi atau bas ke Kuala Besut. Naik teksi lah senang sikit. RM20 satu teksi. Kalau korang 4 orang, boleh la RM5 seorang.

Pulau Perhentian Kecil Trip

3. Jangan lupa benda penting, beli roti dengan kaya atau apa apa untuk sarapan. Kalau korang dah dalam pakej ada sarapan tak apa lah.

Tapi aku sarankan bawa sebab nak alas perut kalau kalau lapar. Lagipun roti ni boleh bagi makan ikan time snorkelling, baru lah ikan berduyung duyung datang dekat korang.

4. Paling penting dan terpenting, beli air mineral botol besar siap siap. Bajet la dalam 3 hari korang kena minum berapa botol, beli banyak banyak tak apa. Hari tu aku beli 3 botol kongsi dengan kawan aku pun macam tak cukup.

Itinerari Percutian 3h2m Ke Pulau Perhentian Bersama Anak, Siap Ada Private Pool!

Sebab sana panas dan lepas mandi air masin mesti nak air kosong kan. Penat punggah sikit tak apa, jangan penat bayar kat pulau nanti.

Aku sarankan beli jauh dari jeti sebab air minuman botol besar RM2, padahal sebotol RM 1.50 ja kan. Kalau beli dekat pulau, air minuman sebotol besar RM4. Hah, kau rase?

5. Bawak syampu, sunblock. Losyen siap siap. Sebab kat sana barang sangat lah mahal. Sunblock RM50, syampu pantene botol paling kecil RM12. Kau rase? Nak ke beli. Syampu tu sepatutnya harga dalam RM6 kan?

Liburan Ke Pulau Perhentian? Pilih Besar Atau Kecil?

Tapi aku makan ja kat sana. Memang mahal, tapi boleh lah kalau kongsi kongsi dengan kawan. Nasihat aku kalau nak jimat, bawak air mineral yang korang beli kat darat tu ke kedai makan.

Sebab teh o ais kat pulau RM4 dan air paling murah pun teh o ais lah. Dah boleh jimat RM4 kat situ. Makan paling murah RM 8, nasi goreng.

8. Hang yang islam jangan nak gatal pi beach party lepas pukul 12am. Kalau sebelum pukul 12 boleh la sebab ada fire show. Lepas tengok fire show, balik lah. Tak payah nak menggatal kat sana.

Tips Bercuti Ke Pulau Perhentian Dengan Harga Murah

Kalau kita tak mabuk pun, nanti orang lain yang mabuk, kita terjebak sama. Orang kampung situ jangan nak ikut sangat kalau diorang ajak karaoke ke ajak p beach party ka. Mampuih hang kalau ikut depa.

Jom

9. Kalau nak hiking ke windmill, bawa lah kasut, tapi okay ja kalau pakai slipper, aku pakai slipper lawa lawa sampai je ke puncak. Bawa air time hiking sebab korang konfem akan dahaga tahap maksima nanti. Sebab tinggi juga bukit tu dan agak memenatkan.

10. Powerbank macam biasa paling penting. Cas penuh penuh. Hari tu aku pergi dah cas dari rumah, sampai sana rupanya terlupa bawak. Merana beb.

Percutian Ke Pulau Perhentian, Pulau Cantik Gila!

11. Kalau stay dekat Long Beach dan nak makan murah sikit, boleh makan kedai nama kak yah (sebelah turtle bay dive/sebelah kanan camp site).

Situ makan murah tapi bukak sampai pukul 5 petang sahaja. Tapi masa aku pi pun tak sempat nak try dekat kedai kak yah ni, aku makan dekat Awatif Café ja. Kalau kedai bahagian atas sikit dari turtle bay tu agak mahal la. Better lagi Awatif Café.

12. Nak naik kincir angin dalam pukul 5 – 5:30 cun dah. Naik ikut kawasan campsite 15-20 minit hiking. Turun pukul 7 sebab kalau lambat takut gelap, kat situ tak ada lampu.

Malam Di Ombak Dives Resort Pulau Perhentian

13. Kalau dari beach lain, boleh sewa bot teksi untuk hantar ke long beach ataw terus ke kincir angina tu. Tapi aku tengok ramai yang lalu ikut campsite aku. Mungkin pakcik bot memang hantar untuk ke long beach then kena hiking sendiri.

14. Kalau stay Long Beach boleh tengok sunrise. Jadi kena rajin bangun pagi, lepas solat subuh tak yah tidur dah. Boleh join mat salleh jogging di gigi air. Kalau nak tengok sunset boleh pergi dekat sha-rila beach. Kalau stay long beach boleh lalu ikut belakang, ada jalan untuk ke sha-rila beach. Walking distance 20 minit.

-

16. Barang berharga tolong bawak sekali kalau nak pergi mana mana. Kecuali korang tinggal di resort. Kunci lah pintu kemas kemas untuk keselamatan barang. Kalau bawak camera ke handphone, letak dalam seal bag dan dalam beg. Masa snorkelling boleh je tinggal atas bot. insya-Allah selamat. Seal bag tujuan dia tak nak bagi barang masuk air kalau hujan ka, beg terjatuh ka.

Tips Dan Panduan Percutian Pulau Perhentian Terengganu

Viral 2 weeks ago Netizen Geli Hati Tengok Cubaan Murid Perempuan Menculik Kucing di Sekolah Gagal, Siap Nak Seludup Dalam Beg! Bagi kita yang pencinta kucing, tak kira kanak-kanak mahupun dewasa, pasti ‘pantang’ bila melihat si bulus comel melintas di hadapan...

Viral 2 weeks ago Burger Malaysia Versi Ramadan, Roti Liat Dicalit Sos, Inti Ikan Bilis Hangit! Sayur Langsung Tak Nampak Bayang Viral 2 weeks ago ‘Iftar gone wrong’! Pelajar Berbuka di Luar Kecoh Gara2 Hujan Buat Ramai Terhibur “Dah macam usop wilcha yang jerit tu”

Viral 2 weeks ago Cacat Sejak Lahir, Netizen ‘Emosi’ Tengok Lelaki Kaki Terlipat Ke Belakang Tetap Berguling Ke Masjid “Abang ni lah yang akan lari berdesup masa titian sirat” Viral 2 weeks ago Pakcik Grab Bongkok ‘Pulun’ Pusing Satu KL Cari Rezeki, Rehat Cuma Waktu Solat Saja “Kesian pada masa yang sama cemburu…” Viral 2 weeks ago “Bertahun menunggu pihak sepatutnya” Pemuda Hanya Ambil Masa 4 Jam Baiki Titi Usang di Pedalaman, Enggan Kanak2 Menangis Ke Tadika Sebab Takut Viral 2 weeks ago “Adakah kami baru kena scam di Malaysia?”- Pelancong UK Terkejut Trim Rambut Di Bukit Bintang Harga RM120 Termasuk Cukai Viral 2 weeks ago Bermesra Dengan Rakyat Di Bazar Ramadhan Tunku Azizah Order Air Balang Asam Boi Viral 2 weeks ago Ganti Kod QR Tabung Masjid Kepada QR Akaun Peribadi, Tindakan Pemuda Ini Undang Kemarahan NetizenJauh dah kita plan kan. Nak pergi mana, dengan siapa, bajet berapa. Tapi ada satu saja masalah lagi. Bagaimana nak ke sana? Bagi mereka yang ingin ke Pulau Perhentian, tentunya artikel ini sesuai untuk anda. Jom saya tunjukkan, cara ke Pulau Perhentian dengan ringkas dan mudah untuk difahami.

Trip Ke Pulau Perhentian Terengganu Bersama Perhentian Mj

Pulau Perhentian merupakan sebuah pulau yang memang tidak asing lagi bagi warga Malaysia mahupun pengunjung dari luar negara. Pulau yang indah dikelilingi dengan pasir pantai yang berkilau dan air laut yang jernih tentunya mampu membuatkan siapa yang berkunjung merasa nyaman dan tenang.

Jika anda mampu untuk menaiki kapal terbang, anda boleh pilih untuk turun di Lapangan Terbang Kota Bharu, Kelantan atau Lapangan Terbang Kuala Terengganu, Terengganu. Dari lapangan terbang tersebut, anda perlu untuk naik teksi untuk ke Jeti Kuala Besut, Terengganu.

Sekiranya anda dalam bajet, anda boleh turun di Lapangan Terbang Kota Bharu, Kelantan dan boleh mengambil bas di Bandar Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Besut, Terengganu dan minta pemandu bas hantarkan ke Jeti Kuala Besut, Terengganu.

Cara

Ini Cara Cara Mudah Dan Tip Untuk Anda Bercuti Ke Pulau Perhentian

Naik di Lapangan terbang pilihan anda – turun di Lapangan Terbang Kota Bharu, Kelantan – ambil bas di Bandar Kota Bharu, Kelantan – berhenti di Jeti Kuala Besut, Terengganu.

Sekiranya anda mengambil bas pula, anda perlu untuk turun ke Stesen Bas Kuala Terengganu, Terengganu. Seterusnya anda berjalan kaki saja ke Jeti Kuala Besut, Terengganu kerana perjalanan hanya mengambil masa dalam 15-20 minit berjalan. Mudah bukan.

Anda disarankan untuk mengambil bas pada malam sekiranya anda bukan dari Terengganu kerana sekiranya anda dari Selangor, perjalanan mengambil masa 8 jam. Jika anda mengambil bas malam, tentunya anda sampai sekitar awal pagi di Kuala Besut, Terengganu.

Pulau Perhentian Kecil

Sekiranya anda mengambil bas pagi dan sampai sekitar petang, kemungkinan tiket feri habis dan anda perlu bermalam di jeti untuk menunggu esok hari. Dah membazir masa anda sehari.

Sesudah sampai di Jeti Kuala Besut, Terengganu, kerja anda sudah mudah. Tak perlu pening kepala lagi. Anda boleh beli tiket bot ke Pulau Perhentian dan tunggu saja.Okay, siapa dekat sini ada plan untuk pergi ke Pulau Perhentian? Iday nak kongsikan tips untuk pertama kali ke Pulau Perhentian. Iday harap tips ini berguna kepada mereka yang merancang untuk ke Pulau Perhentian terutama yang pertama kali datang ke Pulau Perhentian.

Sorry, iday tak jumpa map yang sesuai. Tapi yang ni pon boleh. Okay dari map ni korang boleh tengok ada area Fisherman, Long Beach, Coral Bay. Setiap chalet dekat Pulau Perhentian ada kelebihan masing-masing.

Cara Ke Pulau Pangkor Dari Kuala Lumpur

Contohnya kalau korang jenis lepak malam, nak tengok pertunjukan api , korang boleh stay dekat area Long Beach. Kalau korang nak tengok sunset boleh stay dekat area Coral Bay, kalau nak duduk kawasan kampung and makan murah boleh stay dekat Fisherman Village and boleh tengok masjid baru dekat Pulau Perhentian ni

-

Kalau nak stay dekat Fisherman Village, korang boleh stay dekat Sealife Inn. Before ni iday stay sana and serius harga makanan jauh berbeza lagi murah dengan area Long Beach, maybe sebab kawasan kampung ikut harga orang sana.

Iday rasa ramai yang buat silap kan, pergi booking flight ke Lapangan Terbang dekat Terengganu.

Trip Ke Pulau Perhentian

Post a Comment for "cara ke pulau perhentian"