cara kira cgpa uitm
GPA dan CGPA merupakan dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai perwatakan yang sama. Ianya mempunyai kaitan dan pertalian antara satu sama lain yang tak dapat dipisahkan. GPA danCGPA merupakan kayu pengukur yang digunakan oleh institusi pengajian tinggi untuk menilai tahap pencapaian pelajar-pelajar mereka.
GPA ialah (Grade Point Average) ataupun dalam bahasa Malaysia bermaksud Purata Nilai Gred manakala CGPA ialah (Cumulative Grade Point Average) iaitu Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul. Di bawah ini saya akan menjelaskan apa itu GPA dan CGPA.
Selalunya jika anda masih belajar dalam sem. 1 atau 2 apabila keluar result exam kawan-kawan akan tanya GPA anda. 'Ehh GPA kau berapa eek?' Ianya merujuk kepada keputusan pointer semester semasa anda. Tetapi sebaliknya setelah anda tamat belajar, orang akan tanya pula pencapaian CGPA anda. Terutama ketika hendak ditemuduga untuk memohon sesuatu jawatan. Ketahuilah melalui pointer CGPA anda penemuduga sudah dapat menilai tahap pencapaian anda dalam pengajian. Baik atau sekadar cukup makan sahaja. Cuba anda bayangkan, siapa agaknya penemuduga akan pilih berdasarkan CGPA tadi?
Rupanya Senang Je Nak Dapat 4.0 Flat, Baca Rahsia Penerima 2 Kali Anugerah Dekan Ini
GPA merupakan markah dan gred anda untuk setiap semester. Ianya dikira bermula dari markah bagi setiap subjek yang diambil untuk sesuatu semester. Markah dari setiap subjek ini akan didarap dan dibahagi dengan jumlah kredit yang diambil. Selalunya setiap subjek akan mempunya 2 ataupun 3 kredit. So markah anda kebiasaanya akan dikira seperti dibawah ini. Tetapi terlebih dahulu anda kena faham apa itu ‘pointer’ dan aper itu ‘jam kerdit’. Sebagai pelajar universiti anda kenalah faham dan ambil berat tentang benda ini. Kerana ianya melibatkan gred anda bila tamat nanti.
‘Pointer’ akan dikira mengikut pencapaian anda bagi setiap subjek yang diambil dalan semester semasa. Kalau bagus pencapaian anda boleh dapat A, kalau serdehana mungkin anda dapat B atau pun C.
Manakala ‘jam kredit ’ pula adalah pemberat bagi sesuatu subjek. Ianya juga dikira sebagai jam pertemuan dangan lecture. Lagi berat subjek tersebut lagi tinggi jam kredit nya. Lihat contoh credit hours seperti di bawah nie dan Sila rujuk jadual diatas untuk pengiraan.
Cara Kira Gpa & Cgpa Uitm 2023 (gred Markah)
‘CGPA’ pula merupakan markah keseluruhan bagi semua semester yang telah dilalui. Jumlah pointer dari semester satu dan akan di campurkan semua semester sehingga sem. akhir. Anda boleh membaiki CGPA anda dengan meningkatkan grade GPA anda pada setiap semester. GPA ini amat berkait rapat terus dengan CGPA. Jiak setiap sem. Jika markah GPA anda rendah secara tidak lansung CGPA akan turut rendah juga. So yang penting jaga GPA anda pada setiap sem. Dapatkan markah yang terbaik untuk setiap subjek dengan mengunakan formula ‘A + T x Fe’ (Assignment+Test x Final exam) yang abang nyatakan dalam siaran yang lepas.
So dibawah ini adalah contoh GPA dan CGPA setiap sem. Untuk current semester jumlah pointer GPA adalah 3.44 . Manakala 'Semester in total' pula adalah jumlah CGPA anda iaitu 3.50. Pengiraannya sama dengan menggunakan formula di atas, cuma perbezaan ialah GPA sem. 1 akan dicampur dengan sem. seterusnya dan dibahagi dengan jumlah kredit yang telah diambil.
Kesimpulannya angka-angka ini amat penting untuk masa depan adik-adik . Dengan pointer GPA dan CGPA yang baik adik-adik akan mempunyai kelebihan dan peluang untuk memilih jawatan yang sesuai untuk anda.
Post a Comment for "cara kira cgpa uitm"