cara kukus pulut kuning
Saya pernah beli Pulut Kuning dan Rendang yang dijual oleh Zarina Zainuddin. Saya kagum melihat kegigihan beliau berniaga pulut kuning demi menyara keluarga. Bila melihat Pulut Kuning yang dijual oleh Zarina Zainuddin, saya menjadi teringin untuk membuatnya. Maklum jika dibeli, harga satu bekas ialah RM15. Jadi lebih jimat jika dibuat sendiri.
Kebetulan pula, besan kami datang beraya. Jadi saya memberitahu Nana yang saya ingin memasak pulut kuning dan rendang ayam ketika kami merancang menu yang ingin disediakan. Menu lain lain, Nana dan Juita dengan dibantu oleh Boy yang menyediakan.
Boleh klik untuk melihat langkah demi langkah secara bergambar yang saya sediakan di SINI dan SINI. Saya belajar dari kakak ipar saya yang santan perlu masin, supaya bila bergaul dengan pulut, akan menjadi secukup rasa. Mesti masin pperak, kalau istilah orang Kelantan. Seolah masin yang terlebih masin atau sangat masin lah.
Pulut Kuning Mudah Sahaja Nak Buatnya...
Saya mengesyorkan anda mencuba menyediakan sendiri Pulut Kuning kerana kalau dulu dulu, pulut kuning disediakan oleh orang tua tua. Kita tak ambil peduli nak belajar, bila dah tak ada orang tua tua, kitalah yang kena menyediakan sendiri pulut kuning bagi mengekalkan makanan tradisi orang Melayu.
Pulut kuning hari ini dimakan dengan dicicah dengan Rendang Ayam. Entah kenapa rendang ayam saya hari ini rasa tersangat win. Mungkin rendang ayam paling sedap tahun 2017. Hahaha kerana saya belum lagi memasak rendang tahun ini.
Rendang ayam ini telah dibuat sedikit modifikasi. Tunggukan bila saya update blog untuk resepi dan juga video penyediaannnya. Jom layan resepi yang saya tulis semula di bawah ini dan layan video yang telah saya kongsikan dalam Instagram Azie Kitchen untuk video penyediaan dan juga youtube Azie Kitchen channel di SINI dan untuk video Pulut kuning di SINI. Bagi yang belum follow facebook Azie Kitchen, boleh klik link di SINI.
Cara Masak Pulut Kuning Ekspress, Tak Perlu Rendam. Kukus 20 Minit, Siap!
Basuh beras pulut dan tos airnya. Masukkan air kunyit hidup dan pewarna. Kacau kacau supaya warna rata. Lepas tu, baru masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1 - 2 jam, bergantung kepada jenis beras pulut.
Jika beras pulut susu, sekejap sahaja sudah memadai. Semasa direndam kacau beberapa kali supaya warna sekata. Boleh juga masuk sedikit minyak masa merendam pulut.
Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. Tuangkan santan yang telah digaulkan dengan garam sehingga santan semua meliputi pulut.Biarkan dalam 5 minit agar santan menyerapkan ke dalam pulut.
Pulut Kuning Recipe
Setelah itu, kacau dan arung pulut dan santan tadi selama 10-15 minit sehingga sebati dan nampak seolah-olah berminyak. Pastikan tiada pulut yang berketul. Jika rasa kurang santan, boleh tambah santan dan kacau lagi hingga sebati. Kacau ketika pulut dan santan masih panas. Jika telah sejuk, kurang menjadi dan pulut mungkin akan menjadi keras.
Ada juga yang memasukkan santan cair dahulu dan kukus kali kedua. Kemudian masukkan pati santan yang dicampur dengan garam dan digaul dengan pulut ketika panas. Pulut siap. Pulut panas akan memasakkan santan.
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.Sebenarnya sudah lama saya ingin cuba memasak sendiri Pulut Kuning, maklum dari kecil selalu sangat terdedah kepada pulut kuning terutama majlis bertunang, kahwin atau majlis di mana pembesar mengunjungi majlis keraian.
Resepi Pulut Kuning Kukus (sedap & Mudah Nak Buat)
Zaman dulu, kalau ada majlis seumpama itu, pulut kuning yang dibentuk menjadi pulut semangat, akan diletakkan seekor ayam percik di atasnya sebelum dipacak dengan bunga telur pahar di tengah tengahnya. Itu dah jarang terdapat sekarang ini.
Yang ada, hanya pulut semangat yang dipacak bunga telur sahaja. Itu pun sekarang, pulut kuning bunga pahar dah diubahsuai, kini pulut dimasukkan dalam plastik kecil kecil, diikat dan disusun pada batang pisang, kemudiannya telur dipacak di batang pisang sahaja.
Pulut ini saya masak dengan tunjuk ajar kakak ipar saya, Kak Harison yang kebetulan ada di rumah kami. Untuk pulut ini, saya cuma menyediakan telur dadar nipis yang digulung dan dihiris nipis. Telur dadar seperti ini memang sinonim dengan pulut kuning, jika di makan begitu sahaja di Kelantan. Masa itu, tak ada pun masakan rendang rendang seperti sekarang.
Resepi Pulut Kuning Cara Paling Senang
Yang paling saya suka juga, pulut kuning dicicah jer dengan gula pasir. Haa tu dia lah, cara saya makan pulut kuning masa kecil kecil dulu. Jom kita layan resepi pulut kuning kukus saya ....
Basuh beras pulut dan tos airnya. Masukkan air kunyit hidup dan pewarna. Kacau kacau supaya warna rata. Lepas tu, baru masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1 - 2 jam, bergantung kepada jenis beras pulut. Jika beras pulut susu, sekejap sahaja sudah memadai.
Panaskan pengukus. Tos beras pulut. Masukkan ke dalamperiuk pengukusyang telah dilapikkan daun pisang atau daun pandan.Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
Masak Pulut Kuning Cara Malas & Cepat. Tak Perlu Rendam Pulut, Santan Pun Beku Lagi
Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. Tuangkan santan yang telah digaulkan dengan garam.Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan dan kukus lagi.
Kukuskan lagi sekali sehingga naik wap. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan masukkan dalam mangkuk besar. Taburkan sedikit gula dankacau rata bagi menjadikan pulut bersinar cantik.
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
Post a Comment for "cara kukus pulut kuning"