cara main batu seremban
Tetiba teringat kembali zaman di usia kanak-kanak dulu. Kalau balik sekolah, ada je aktiviti yang difikir untuk dilakukan jika ada masa lapang. *berbeza dengan kanak-kanak zaman sekarangkan? . Antara salah satu benda yang MY ingat sangat popular pada zaman-zaman dulu ialah permainan batu seremban .
Satu permainan yang mana ianya tidak memerlukan modal yang besar untuk memilikinya. bagi MY sendiri, dengan mengutip batu-batu dari sungai atau jalan sudah mencukupi syarat bahan yang diperlukan dalam permainan Batu Seremban ini. Selain dari ketulan batu, guli kaca, biji getah, atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat juga boleh digunakan. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak tujuh biji/buah.
Untuk pengetahuan korang, Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Pada zaman dahulu permainan ini sangat popular dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara bersila atau bersimpuh bagi memudahkan permainan tersebut dimainkan.
Permainan Batu Seremban
MENENTUKAN GILIRAN | Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Buah Satu |Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.
Batu Seremban. 7 Biji. Tanpa Beg Uncang. No Pouch
Buah Dua | Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.
Buah Tiga | Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.
Buah Empat | Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.
Projek Menjahit: Cara Menjahit Batu Seremban
Buah Lima | Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.
Buah Enam | Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.
Buah Tujuh | Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.
Mana Mana Nadia: Jom Main Batu Seremban
MENIMBANG | Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang.
Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.
Membuat Batu Seremban Worksheet
MATI PERMAINAN | Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.
*amacam, menggamit memori tak? tipulah kalau korang yang lahir dalam tahu 90an ke bawah tu tak pernah main Batu Seremban ni kan. Tapi MY sangat respek bila mana ada yang berusaha untuk mengekalkan permainan tradisi ni dengan memodernkan barang-barang keperluannya kepada bentuk yang lebih mesra kanak-kanak dan lebih selamat.*rujuk gambar bawah ni .Menentukan GiliranSebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbangbuah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulusebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalahdengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buahyang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.Cara BermainDalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutanbuah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah denganmenggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang lebih atas dinamakan buah tujuh. Selepasmenguasai ketujuh-tujuh peringkat, pemain akan melalui satu peringkat yang
Buah SatuKesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buahdiambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan ke udara, dalam masayang sama sementara buah ibu masih berada di udara, sebiji lagi buah hendaklahdikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telahdisambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi.Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habisdilambung dan disambut.
Batu Seremban Worksheet
Buah DuaCara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutipmestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibudilakukan.Buah TigaBuah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutipsebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga bijibuah serentak.Buah EmpatPemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang samahendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.Buah LimaDiperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangantergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat bijibuah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.Buah EnamDitahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana duabiji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara makasebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di ataslantai, sehingga selesai.
Buah TujuhBuah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yangmasih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebijibuah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.KingPemain menabur kesemua buah di atas lantai. Kemudian pihak lawan akanmenentukan buah yang perlu dilambung oleh pemain. Pemain tersebut kemudianmelambung buah yang dipilih pihak lawan sambil mengutip keempat buah lain di ataslantai.MenimbangSetelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untukmendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertamasama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan bijibuah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan caramencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapatdisambutnya.Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang denganmemperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buahsatu dan seterusnya sehingga mati.
Post a Comment for "cara main batu seremban"