Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara masak ayam masak lemak

cara masak ayam masak lemak

Semasa bersembang dengan Syed rakan sekerja di pejabat, dia bercerita yang semasa dulu dulu, dia suka menemani Bondanya memasak di dapur sambil beliau menghisap rokok. Sehinggalah berkahwin, beliau memasak sendiri dek selalu memerhatikan Bondanya menyediakan masakan.

Bila dia bercerita cara bondanya memasak masak lemak cili padi ayam menyebabkan saya menelan nelan air liur. Dari penceritaan akan teknik memasak, saya boleh bayangkan keenakannya.

Saya pulak pantang mendengar cerita resepi dan teknik yang menarik, pasti tidak mahu melepaskan peluang. Saya tanya satu persatu tips hingga jelas. Siap tanya melalui mesej lagi. Ya lah semua orang pandai memasak masak lemak cili api ni tapi tak semua orang tahu teknik untuk menghasilkan masakan yang enak terutama mereka yang bukan berasal dari Nogori. Hahaha seperti saya.

Cara Ringkas Masak Gulai Nangka Muda & Ayam Masak Lemak Cili Api

Kalau bab masakan, saya tidak pernah jemu untuk belajar hatta untuk masakan simple seperti sambal tumis sekali pun. Sebetulnya memasak resepi yang sama, belum tentu menghasilkan masakan yang sama. Ini yang dikatakan orang orang tua dahulu, sebagai air tangan. Maknanya teknik dan kreativiti.

Tak pernah pernah lagi saya terasa tak sabar untuk balik memasak. Sampai jer di KD, terus ke kedai runcit mencari bahan bahan yang diperlukan.Serius memang sangat sedap masak lemak cara yang diajar oleh Syed kali ini. Terasa sangat keenakannya berbeza dengan memasak masak lemak cara biasa. Hahaha.Wajib cuba tau.

Menurut Syed lagi, Bonda beliau menggunakan 3 jenis cili iaitu cili padi kampung warna hijau, cili merah Pakistan dan cili kering. Cili kering dikatakan akan menyebabkan lemak cili padi lebih berlemak. Kata Syed lagi, kalau guna ayam tua lagi sedap. Cuma masa ayam direbus dengan santan cair lebih lama sehingga ianya empuk. Macam mana nak tahu ianya telah empuk ialah dengan dicucuk sedikit dengan pisau. Ini petua untuk makluman adik adik yang baru belajar memasak lah.

Telur Masak Lemak Cili Padi Or Egg In Coconut Cream With Birds Eye Chili In English, Is A Spicy Rich Yellow Coconut Gravy That Is Cooked With Chilli P Stock Photo

Lagi satu, jika ingin memasukkan serai, hanya diketuk ketuk dan dimasukkan seketika sahaja setelah kuah mendidih dan kemudiannya diceduk keluar. Kata beliau, jangan dibiarkan serai berenang renang dalam periuk.

Jom kita layan resepi yang saya salin di bawah ini. Haa jangan pulak ada yang nak komen, masak lemak cili padi nogori, tak guna bawang. Itu pun saya tahu tapi tekak masing masing kan, kalau nak letak sebiji dua bawang, bukan masak lemak bertukar jadi masak kari. Kalau nak ikut resepi ini, memang masukkan seulas bawang merah.

Bila nampak kuah pekat dan terbit minyak cantik, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan. Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya.

Ayam Masak Lemak Cili Padi Sama Rebung

Post a Comment for "cara masak ayam masak lemak"