cara masak bubur bayi 6 bulan
Alhamdulillah anak kedua Nur, Nurain Raihah dah 6 bulan. Selamat setengah tahun anak ibu. Moga membesar dengan baik, sihat dan ceria. Sekejap je rasa dah 6 bulan. 6 bulan mendatang genap setahun pula.
Bila anak dah 6 bulan, benda paling excited sebagai seorang ibu mestilah nak prepare perjalanan makanan pejal si anak. Pelik pulak sebut makanan pejal. Omputih panggil solid food. Mana-mana jela yang penting Nur memang sangat excited bila Raihah dah start makan.
Bubur Nasi Kosong With EVOO - Cara Masak Bubur Bayi 6 Bulan />
Makanan pertama yang Nur kasi Raihah ialah bubur kosong. Seperti yang disarankan orang ramai dan juga nurse di klinik kesihatan, seeloknya makanan pertama anak berilah dia makan bubur kosong.
Resipi Bubur Nasi Kosong With Evoo
Mengikut kefahaman Nur, nasi merupakan makanan ruji kita orang Malaysia. So perkenalkan anak dengan makanan ruji kita. Lagi pun, seeloknya juga perkenalkan anak dengan makanan yang tawar. Bubur kosong kan tawar tak ada rasa apa-apa. So menu ni lah yang paling sesuai sebagai permulaan solid food journey anak kita.
Ada yang kata juga jangan perkenalkan anak dengan puree buah-buahan kerana dikhuatiri anak akan menjadi picky eater sebab kita perkenalkan dia dengan rasa manis terlebih dahulu. Wallahua'lam Nur tak pasti bab tu. Anak sulung Nur si Nurain Mardhiyah pun Nur guna method yang sama iaitu bagi bubur kosong dulu. Alhamdulillah bab makan anak Nur tiada masalah.
Ini adalah kaedah yang Nur gunakan untuk menyediakan bubur kosong untuk Raihah. Mudah je. Step yang Nur tunjukkan di bawah ni sekali dengan step nak buat stok beras untuk bubur baby tau. So lezgo!
Resep Makanan Bayi 6 Bulan Untuk Kecerdasan Otak Dan Bikin Gemuk
3. Masak atas kuali tanpa minyak atau sangai orang panggil. Sampai beras tu kering seperti asal. Lepas 2 3 minit sangai, beras akan melekat tau. Haa sangai lagi sampai betul-betul kering. Jangan pelik bila dia melekat. Nanti lama-lama tak melekat dah. Api sederhana aje guna.
7. Bila nak buat bubur baby, Nur anggarkan 1 sudu besar untuk sekali makan. So kalau ibu nak buat untuk 1 hari makan, boleh masak 3 sudu.
8. Sukatan air Nur tak sure. Haha maaf sebab Nur letak air dengan ketinggin 1 ruas jari. Pastu bila dah kering airnya, Nur tambah lagi sampai Nur yakin bubur tu dah betul-betul kembang.
Resepi Puri (makanan Bayi) 6 12 Bulan Sangat Mudah Dan Berkhasiat!
9. Masak bubur macam biasa. Kalau tak yakin, ibu boleh colet sikit untuk rasa texture bubur tu dah cukup kembang ke belum.
11. Dah siap blend, Nur akan tapis bubur tu untuk dapatkan texture yang betul-betul halus untuk Raihah selamat makan. Hehe first time makan kan. So bagi lah yang betul-betul halus.
12. Nur letak 2 titis minyak zaitun (extra virgin olive oil) sebagai sumber lemak untuk Raihah. Klinik kesihatan pun sarankan buat macam ni.
Resepi Makanan Bayi 6 Bulan Hingga 8 Bulan
Nur gunakan konsep 4DR (4 Day Rule) untuk Raihah. So selama 4 hari tu, Nur bagi makanan yang sama sahaja. Kenapa 4 hari? 4 hari adalah tempoh yang paling ideal untuk mengesan sebarang reaksi ganjil anak terhadap sesuatu makanan. Reaksi ganjil tu termasuklah texture najis, ruam dan hal lain yang pelik.
Tapi bab 4 Day Rule ni Nur tak sure memang pakar pemakanan kanak-kanak yang sarankan atau siapa. Tapi Nur amalkan konsep ni dari Mardhiyah lagi. So Nur teruskan juga konsep 4DR ni dekat Raihah.
Sebab kalau sesuatu makanan/menu yang kita bagi dekat anak tu adalah menu yang bercampur, misal kata bubur campur bayam dan ayam. Tiba-tiba anak alah. Ruam 1 badan. Ibu dapat detect tak mana satu yang anak alah? Beras ke? Sayur bayam ke? Ayam ke? Haaa so make sense juga kan konsep 4DR ni untuk kita amalkan.
Idea Resepi Makanan Bayi 6 & 7 Bulan. Mudah & Berkhasiat
Nur bagi Raihah makan 1 hari 3 kali iaitu pagi, tengah hari dan lewat petang. Alhamdulillah, Raihah tak ada masalah nak makan. Nampak gaya dia macam ibu dia. Peminat tegar makanan. Hahaha tapi tak usahlah gemok macam ibu. Tak sihat.
Lepas bagi bubur kosong untuk 4 hari, Nur cuba bagi makan puree betik pula. Tapi malangnya Raihah alah dengam betik. Dia sembelit. So Nur tukar makan puree keledek. Eh pun sama sembelit. Mula risau dah.
Pastu terus bagi dia puree buah naga untuk lawaskan proses pembuangan dia tu. Alhamdulillah no more drama air mata & meragam dari Raihah sebab tak sembelit dah.
Anak Dah Genap Enam Bulan. Ikut Cara Penyediaan Bubur Bayi Yang Cepat Dan Mudah. Buat Hari Hari Pun Boleh.
Lepastu Nur intro pula puree labu. Alhamdulillah Raihah suka dan tak ada masalah dengan labu. Najis okay. Ruam pun tak ada. Bila semua okay, sekarang ni Nur baru intro Raihah makan puree brokoli pula.
So far menu yang Raihah pass adalah bubur kosong dan puree labu sahaja. Harap sangat dengan brokoli ni Raihah tak ada masalah sebab lepas ni Nur nak intro Raihah dengan ayam pula.
Nur tak sabar nak bagi Raihah makan bubur lengkap ada sayur & protein. Sekarang ni baru berani campur bubur kosong dengan puree labu sahaja. Eeeee tak sabarnyaaaaaa!!!
Tahap Kenalkan Tekstur Mpasi Bayi Usia 6 Hingga 12 Bulan
Itu sahajalah bebelan dari Nur untuk resepi bubur kosong untuk bayi 6 bulan. In shaa Allah ada rezeki Nur payung resepi yang lain pula.
Post a Comment for "cara masak bubur bayi 6 bulan"