cara memujuk lelaki yang ego
Cuba anda ingat bilakah kali terakhir suami atau teman lelaki anda merajuk? Sekiranya anda adalah lelaki, bila agaknya kali terakhir anda merajuk? Siapa yang lebih kerap merajuk? Adalah lelaki atau perempuan? Sila simpan jawapan di dalam hati anda kerana ruangan ‘Percintaan’ kali ini akan mengupas 10 cara yang dirasakan tepat untuk memujuk lelaki yang merajuk.
Lelaki, walau nampak ‘macho’, sebenarnya sensitif dan ego. Marah tidak tentu pasal. Namun ada rahsia memujuk lelaki yang merajuk. Buat para wanita yang bergelar isteri, boleh aplikasikan pada suami sendiri. Mari kita cuba!

Untuk memujuk lelaki yang sedang merajuk, perkara pertama yang anda perlu kenalpasti adalah punca atau sebab lelaki itu merajuk. Sekiranya anda tahu puncanya, maka ia lebih mudah untuk anda memujuk golongan lelaki kerana anda hanya perlu mengaku kesilapan atau kesalahan anda walaupun terang-terangan bukan salah anda serta menyokong tindakan ‘merajuk’nya itu.
Tips Untuk Memujuk Lelaki
Ingat! lelaki mempunyai satu sikap tegar iaitu ego. Jangan ditambah atau dicabar egonya ketika lelaki merajuk. Puji mereka demi meneruskan perhubungan awam yang baik selanjutnya.
Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang jawapan terlintas di kepala anda, mulakan dengan mencari petunjuk atau ‘hint’. Mulakan dengan meneka. Kumpulkan tekaan-tekaan anda itu sebagai persediaan untuk berhadapan dengan lelaki tersebut. Mula meminta maaf kerana mengganggu urusannya dan mula meneka. Lelaki suka sekiranya ada orang mengambil berat terhadap mereka sekiranya mereka bermasalah kerana mereka suka memendam. Mereka rasa tidak ‘cool’ kalau bermasalah walaupun tanpa mereka sedari, mereka akan perlahan-lahan membongkarkan rahsia masalah mereka kepada kita secara perlahan-lahan.
Kenapa lelaki mudah tertarik bila berurusan dengan wanita? Selain daripada tarikan fizikal, ada juga lelaki yang tertarik dengan tutur kata dan bicara seorang wanita kerana lemah lembut dan sopan. Dengar erti kata lain, seorang lelaki memang suka bercakap kasar atau ganas, tetapi mereka sebenarnya tertarik dengan percakapan dan susun atur lisan atau komunikasi yang lemah lembut dan sopan santun Sekiranya anda tidak percaya, cuba suruh seorang lelaki bercakap sopan dan lemah lembut kepada seorang lelaki lain dan lihat responnya.
Cara Pujuk Perempuan Merajuk
Jadi, anda boleh ajak mereka berbual atau berbicara dengan nada yang sopan dan lemah lembut serta menenangkan. Persoalannya, adakah ton nada anda apabila bercakap mencapai piawaian yang dimaksudkan? Uji sekarang.
Jenaka adalah salah satu bentuk hiburan yang boleh diterima setiap individu. Namun, hiburan perlu diketengahkan atau dilakukan pada masa dan tempat yang sesuai.
Sama ada anda perasan atau tidak, anda boleh menggunakan jenaka dan komedi ketika ingin memujuk soerang lelaki. Cuba mendekati lelaki yang sedang merajuk dan mula melakukan jenaka yang tidak perlu keterlaluan dan komedi atau berseloroh yang ringan.
Cara Memikat Hati Lelaki
Untuk menjaga hati ada yang berusaha untuk berjenaka serta menjaga air muka ‘cool’ atau ‘macho’ mereka, mereka akan cuba memberi maklumbalas dengan mula mengukir sedikit senyuman. Itu petanda perangkap sudah menjadi.
Anda mungkin tidak tahu atau tidak pandai memulakan langkah apabila lelaki sedang merajuk. Cara paling mudah dan ringkas adalah membelikan makanan atau minuman yang rutin dan berikan kepada lelaki tersebut.
Contohnya, ketika waktu makan tengah hari, anda biasa pergi menjamu selera makan tengah hari anda bersama lelaki tersebut dengan nasi bercampur lauk. Cuba, bungkuskan satu pek polisteri berisi nasi dan lauk yang mungkin biasa dimakan olehnya atau sebarang lauk. Ingat, bukan isinya yang penting tapi sebab untuk menegurnya yang penting.
Cara Berbaik Dengan Bekas Kekasih
Walaupun seorang lelaki itu sedang merajuk, tetapi hari kecil mereka masih sukar untuk menolak aktiviti kebiasaan atau tabiat mereka. Contohnya, ajak lelaki yang merajuk ini ke luar pejabat untuk merokok. Pasti semua masalah bakal dikongsi dan dilepaskan.
Kadang-kadang, ego seorang lelaki itu tersangat tebal ataupun mereka lebih suka pendam dan tidak mahu diluahkan kepada orang lain kerana itu adalah prinsip hidup mereka.
Sekiranya situasi seperti ini berlaku, anda perlu malayani lelaki yang merajuk tersebut seperti keadaan yang sepatutnya atau kebiasannya. Lama-kelamaan, mereka akan melepaskannya atau melupakannya dengan sendiri.
Wahai Isteri! 6 Cara 'power' Ini Anda Kena Buat, Kalau Nak Pujuk Pasangan Merajuk
Lelaki seperti ini biasanya jenis ‘hangat -hangat tahi ayam’ iaitu emosi mereka sekejap sahaja boleh menjadi ‘panas’ dan sepantas kilat mudah menjadi ‘sejuk’.

Setiap manusia pasti ada kelemahan. Begitu juga dengan lelaki, Umpan sifat rajuk mereka dengan kelemahan mereka. Contohnya, kawan atau teman yang paling rapat dengannya. Anda juga boleh memanipulasi orang yang mereka paling sayang seperti teman wanita, tunang atau isteri. Ada yang boleh menyuruh ibubapa atau adik-beradiknya. Kadang-kadang, mereka tidak seharusnya perlu berdepan atau bersemuka dengannya, taktik ini boleh digunakan menggunakan panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas sahaja. Ada yang lebih moden dengan menggunakan lamam sosial atau sembang seperti ‘Facebook’, ‘Twitter’ dan lain-lain lagi.
Sekiranya anda kreatif dalam menangani situasi ini, anda boleh melakukan sesautu yang di luar kebiasaan seperti menyanyi, mereka kad ucapan sendiri, menulis puisi maaf dan sebagainya.
Suami Isteri Anak: Ya Aku Lelaki Memang Ego !
Sekiranya semua yang anda telah lakukan seperti di atas tidak menjadi dan anda sudah penat melayan karenah lelaki merajuk, maka sudah tiba masanya untuk anda melakukan tindakan yang drastik atau perlakukan atau tindakbalas keterbalikan psikologi (reverse psikologi).
Anda juga ada hak untuk merajuk manja. Lagipun, jika difikirkan sejenak apa rasionalnya seorang lelaki merajuk? Jawapannya, sudah pasti ingin menarik perhatian dan ingin pasangan atau orang sekeliling memanjakannya. Oleh itu, sekiranya rajukannya itu memberi kesan yang berbeza dan tidak dijangka oleh si lelaki tersebut, pasti dia akan berpaling kembali memperbetulkan keadaan. Bak kata anak-anak muda zaman sekarang ‘Macam comel je, macam comel je’.
Related Items:cara memujuk, cara memujuk kekasih, cara memujuk lelaki, cara memujuk lelaki merajuk, cara memujuk lelaki yang sedang marah, cara memujuk suami, cara memujuk teman lelaki, cara nak pujuk lelaki, cara nak pujuk lelaki merajuk, cara pujuk lelaki, cara pujuk lelaki merajuk, cara untuk memujuk lelaki, kenapa kawan lelaki suka merajuk, kenapa lelaki cepat merajuk, kenapa lelaki kuat merajuk, kenapa lelaki merajuk, kenapa lelaki merajuk laman, kenapa lelaki mudah merajuk, kenapa lelaki suka merajuk, kenapa lelaki tidak suka perempuan merajuk, lelaki merajuk, pujuk lelaki, tips memujuk lelakiDalam hubungan bercinta pasti ada pasang surutnya. Situasi dimana wanita merajuk apabila berlaku perselisihan faham sudah menjadi kebiasaan. Tapi bagaimana pula kalau si lelaki yang merajuk?
Cara Mudah Pujuk Lelaki
Walaupun lelaki ni bersifat keras hati dan gagah dari luaran, tapi anda jangan sangka mereka tiada perasaan. Kadang-kadang sifat merajuk mereka mengalahkan wanita.
Kebiasaannya apabila seorang lelaki itu merajuk, mereka memilih untuk mendiamkan diri atau malas untuk bercakap dengan anda. Walaupun anda cuba hubunginya berkali-kali, namun tidak diendahkan mereka, berkemungkinan mereka silentkan bunyi telefon untuk panggilan daripada anda.

Ataupun hanya biarkan bluetick pada mesej whatsapp anda. Mereka membaca tanpa membalas sepatah ayat pun. Bila di ajak berbual, mereka sekadar menjawab dengan isyarat angguk atau geleng kepala dengan memek muka yang menunjukkan si dia tidak minat untuk berbual.
Cara Pujuk Perempuan
Apabila si lelaki masih dalam keadaan marah dan ego, jangan paksa atau beri tekanan kepada mereka. Sebaliknya, berikan mereka masa dan ruang untuk tenangkan fikiran.
Ini seharusnya dilakukan pada awal kejadian tapi disebabkan ego, sudah tentu ucapan maaf tu agak lambat diucapkan. Mungkin anda boleh cuba dengan sekadar taip di dalam mesej atau whatsapp sahaja atau anda boleh cuba untuk hubunginya dan berbual macam biasa dan mengambil hatinya dengan mesej yang romantis.
Kalau cara ini masih tidak berjaya, anda cubalah meminta maaf sambil mengeluarkan air mata dan hingus. Pasti dicop dramatik bukan. Walaupun ianya agak kelakar, tapi inilah yang dapat melembutkan hati si lelaki. Mereka pasti berlembut hati melihat air mata insan tersayang bernama wanita.
Pujuk Isteri Dengan Mesej Lucu, Confirm Hati Yang Mendidih Tak Jadi Marah!
Ya, benar kata orang, untuk pikat hati seorang lelaki atau suami, jagalah perutnya. Maksudnya jaga makan minumnya dengan manu kegemarannya. Bila perut sudah kenyang dengan makanan dari insan tersayang, pastinya hati terasa senang.
Tambahan pula makanan tersebut dimasak dengan penuh kasih sayang. Usaha anda ini akan membuatkan rasa marah dan ego si dia berkurangan apabila melihat kesungguhan anda tersebut. Pasti hatinya di jentik terharu.
Membuat kejutan memerlukan perancangan awal dengan teliti. Anda boleh merancang untuk beri kejutan seperti belikan kek, atau makanan kesukaannya beserta hadiah yang bermakna. Namun begitu, haruslah mengikut keperluan bajet anda. Biar tidak terlalu mahal, yang penting nilai pemberian tersebut.

Bf Merajuk? Ini 7 Cara Simple Untuk Pujuk & Hiburkan Hatinya!
Cara ini sememangnya paling manis dalam perhubungan. Kerana dua perkara ini dapat membuatkan si dia tersenyum kembali. Siapa saja yang menolak jika dicium atau dipeluk kekasih hati?
Namun begitu, hal ini khas kepada pasangan yang sudah bernikah sahaja. Yang belum halal tu jangan nakal-nakal ya. Tapi anda boleh cuba dengan berikan ciuman di dalam mesej saja. Emoji kiss kan ada, kira okay lah tu kan.
Hal ini penting kerana melibatkan soal hati. Sewaktu perbincangan, harus ada kejujuran. Elakkan perbalahan, cuba muhasabah diri dan saling berterus terang tentang masalah masing-masing dan mengakui kesilapan diri. Sentiasa beringat untuk menasihati dengan berhemah.
Cara Memujuk Lelaki Merajuk Yang Sensitif. Marah & Ego?
Kalau dah semua cara di atas tidak berjaya, cubalah merajuk sama. Jangan hantar mesej atau panggilan. Pilih cara untuk berdiam diri sehingga si lelaki yang mulakan. Namun, dalam hubungan suami isteri, merajuk tak digalakkan lama-lama, seeloknya sebelum tidur sudah meminta maaf dan di maafkan manakala yang masih bujang, boleh merajuk tetapi jika terlalu lama, takut-takut si dia berasa bosan dan tawar hati.
Jadi sebagai wanita, tolong ambil perhatian tentang perkara tersebut. Tak boleh dibuat main kerana jika melarat, anda yang terlepas si dia, dan tak dapat berpanjangan hubungan yang terjalin sama ada baru atau sudah lama.Kehidupan berpasangan sememangnya tidak akan sunyi tanpa masalah. Tidak hanya wanita, ada kalanya kaum lelaki juga boleh merajuk sekiranya hati mereka terluka. Justeru beberapa cara pujuk lelaki atau suami ini mungkin dapat membantu anda.
Ketika konflik melanda, rata-ratanya akan memilih untuk menjauhkan diri dan saling buat tidak tahu hingga boleh menyebabkan ia berpanjangan. Namun jika berpunca daripada kesalahan anda, ambil lah semula hatinya dengan beberapa cara pujuk lelaki yang berkesan ini.
Mulanya Merajuk, Gadis Ini Cair Selepas Bf Gigih Buat Kejutan... 'pop Up Window' Mengusik Jiwa
Tapi sebenarnya, hati lelaki ini ada sensitifnya juga. Sebelum kita lihat 15 cara pujuk lelaki, apa kata anda lihat dulu 3 cara memujuk suami

Post a Comment for "cara memujuk lelaki yang ego"