cara menghias folio seni
1. Pengumuman!! Kini blog ini sedang menjalani penambahbaikkan sistem dan kemaskini data serta menaiktaraf terutama di bahagian Menu (yang mana akan ditambah dengan Sub Menu). Oleh itu, diharap anda semua dapat menyokong hamba dan bersabar sekiranya berlaku ralat semasa mengunjungi laman ini.
2. Dengan sukacitanya, hamba akan meng'upload' segala fail berkaitan dan diletakkan di blog ini menerusi beberapa laman web simpanan fail iaitu Ziddu, Hotfile atau 4Shared.(P/s: Disebabkan Ziddu kini tidak lagi berada dibawah Linkbucks, maka pautan di bawah failnya akan mempunyai sedikit masalah. Jika berlaku, gunakan link alamat di atas bermula dengan http:// atau tekan link bertulis Pergi Terus Ke Laman Anda 3. Apabila anda menekan sebarang link (pautan) atau 'button' di dalam blog ini, anda akan dibawa ke sublink Linkbucks . Anda hanya perlu tekan Skip This Ad (atau nombor 'counting' dari 5 ke 0) pada sebelah atas kanan dan ia akan membawa anda terus ke laman yang dikehendaki. 4. Pelayan Linkwithin telah dikeluarkan atas sebab tertentu;jadi gunakan Menu yang tersedia di atas, atau klik di bahagian Label Buku Terjemahan, Video@Audio, Catatan Hamba Yang Ter'Hot' dan Senarai Catatan Hamba . 5. Jika anda melawat laman ini, dipersilakan menulis sebarang komen, cadangan atau pertanyaan menerusi Ulasan atau ChatBox. Anda juga digalakkan untuk Like FB yang tersedia juga menjadi ahli bagi blog ini. 6. Terdapat gangguan pada fail 4Shared (masalah copyright), jadi lagu-lagu itu tidak akan dapat didownload dalam masa ini. Harap rakan-rakan semua bersabar dan Insyaallah, hamba akan download dan update link bagi setiap lagu itu kembali; kerana kini hamba bekerja. Sekian, terima kasih.
Folio PSV: Seni Ragam Hias Tingkatan 2/2021 - Cara Menghias Folio Seni />
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan bloggers yang dikasihi dan dihormati. Syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana hamba diberi peluang untuk menulis di ruangan ini kembali setelah beberapa lama menyepikan diri. Alhamdulillah juga, hamba akhirnya menemui 'sejarah' hasil karya hamba yang tertanam di dasar fail yang telah lama disimpan. Ini adalah salinan gambar berkaitan dengan folio Pendidikan Seni Visual (PSV) STPM yang mana merupakan hasil untuk PSV Kertas 3 ketika itu. Ini sekaligus menggamit kenangan hamba terhadap sekolah yang mencatat sejarah kegemilangan tersendiri, iaitu SMK Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Baiklah, hamba akan membiarkan rakan-rakan semua meneliti kesemua gambar yang hamba sediakan.
Boleh Kasih Liat Tulisan Catatan Kuliahmu? Bagaimana Cara Agar Tulisan/catatan Kuliah Kita Rapi?
Untuk kertas 3 tersebut, hamba telah mengambil soalan yang menghendaki pelajar untuk membina sebuah rekabentuk landskap bagi sebuah taman permainan kanak-kanak yang bersesuaian dengan taska / tabika. Oleh itu, hamba telah mengambil inspirasi daripada haiwan akuatik untuk dijadikan sebagai sumber idea. Oleh itu, secara logiknya kita hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut:
Permasalahan - Adalah perkara yang berkaitan dengan topik / sesuatu yang kita sedang kaji / teliti. Tujuannya adalah supaya kita akan dapat mencari maklumat berkaitan dengan tajuk atau perkara yang ingin dikaji / diteliti / diadakan.
Kajian Perpustakaan - Kajian yang diperolehi daripada mana-mana bahan bacaan (buku, majalah, poster dan sebagainya; yang maknanya boleh dilihat dan dibaca) sama ada milikan sendiri atau diperolehi dari perpustakaan. Nota pelajaran juga boleh dijadikan bahan.
Inspirasi Kerajinan Tangan Dari Kertas Dan Rekomendasi Kertas Yang Cocok Dikreasikan (2023)
Kajian Lapangan - Kajian yang dibuat di kawasan / tempat di mana bahan yang hendak dikaji terletak. (Jika bahan yang hendak dikaji itu wujud)
Olahan motif / Idea - Apabila sudah ada sumber idea, sumber itu akan diolah (diubah, digubah, dijadikan rujukan) untuk dijadikan sebagai hasil untuk bahan yang hendak dihasilkan. Ia lebih kepada olahan rekabentuk dan fungsi bahan.
Kajian Reka Letak - Kajian yang dikhaskan untuk membolehkan pelajar menyusun atau mereka letak susunan objek atau peralatan yang hendak diletakkan pada hasil kerja. Kajian ini hanya ada pada hasil kerja yang melibatkan reka bentuk landskap, reka bentuk industri, reka bentuk dalaman dan reka bentuk grafik.
Contoh Kliping Yang Benar Disertai Cara Membuatnya
Kajian Warna / Teknik - Memudahkan pelajar untuk memilih warna yang sesuai untuk rekabentuk barangan yang dihasilkan supaya tampak lebih menyakinkan dan bermutu, serta bertepatan dengan tema yang dikehendaki.
Karya Sebenar - Hasil daripada perancangan yang telah dijalankan dalam bab-bab sebelum ini. Gambar ditangkap pada projek yang terhasil dan dirakam dalam setiap sudut, supaya dapat dilihat dengan jelas untuk memudahkan sesi pemarkahan serta jika berlaku perubahan pada karya (terutama ketika penyimpanan di stor).
Bahagian ini juga penting supaya pihak pemberi markah akan lebih faham dan tahu apakah bahan dan alatan yang digunakan oleh kita sepanjang proses.
Folio Kh Jahitan & Sulaman
Kajian Warna / Teknik - Memudahkan pelajar untuk memilih warna yang sesuai untuk rekabentuk barangan yang dihasilkan supaya tampak lebih menyakinkan dan bermutu, serta bertepatan dengan tema yang dikehendaki.
Karya Sebenar - Hasil daripada perancangan yang telah dijalankan dalam bab-bab sebelum ini. Gambar ditangkap pada projek yang terhasil dan dirakam dalam setiap sudut, supaya dapat dilihat dengan jelas untuk memudahkan sesi pemarkahan serta jika berlaku perubahan pada karya (terutama ketika penyimpanan di stor).
Bahagian ini juga penting supaya pihak pemberi markah akan lebih faham dan tahu apakah bahan dan alatan yang digunakan oleh kita sepanjang proses.
Post a Comment for "cara menghias folio seni"