Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara rebus jantung pisang

cara rebus jantung pisang

Apabila nak merebus atau memasak jantung pisang, paling aku tak suka adalah jantung pisang yang di rebus itu hitam lebam dan berbirat. Jadi tak elok rupanya untuk di masak dan di hidangkan. Buruk rupanya masakan jadinya. Seronok rasanya apabila dapat tahu petua rebus jantung pisang di laman FB ini. Nanti bolehlah aku gunakan petua rebus jantung pisang ini apabila nak memasaknya.

Mula² kenalah ada jantung pisang, biasanya pakcik guna jantung pisang nipah, sebab saiz dia besar, kalau takde, jantung pisang hutan yang byk tumbuh kat tepi² jalan tu pun boleh, lagi sedap. Siapkan bekas besar, tuang air anggaran 2 liter, masukkan 2 sudu besar garam dan kacau hingga garam larut.

ResepRebus Jantung Pisang />

Kupas jantung pisang, buang kulit luar dia sampai jumpa bahagian yang cerah dan lembut. Belah 4 dan rendam dalam bekas berisi air garam tadi, balik²kan. Rendam 15 minit untuk keluarkan getah pada jantung pisang tadi.

Diah Didi's Kitchen: Gulai Jantung Pisang Bumbu Kacang

Sementara tu didihkan air, guna api besar, masukkan sedikit garam dan sekeping asam gelugor. Jantung pisang tadi ditoskan, bilas bawah air paip, dah masukkan ke dalam periuk, balik²kan dan rebus sampai empuk. In sha Allah jantung pisang tak lebam birat (macam dlm gambar tu). Toskan dan boleh lah nak makan cicah air asam ke, sambal belacan ke atau dibuat kerabu...

Aku salin @ copy saja terus 3 perenggan berkenaaan petua rebus jantung pisang dari pakcik ni. Lain kali senanglah aku nak memasak jantung pisang ini. Kalau tidak, stress aku di buatnya, apabila nak menggulai masak lemak cili api jantung pisang. Buruk sungguh warna jantung pisang dalam kuah masak lemak itu... haihh!

Itu sebabnya semenjak bertahun-tahun ini, jarang sekali merebus dan menggulai jantung pisang. Lepas ni nak suruh en. suami beli jantung pisang. Teringin nak masak lemak cili api jantung pisang dengan ikan masin. Mesti berseri jantung pisang dan sedap rasanya masak lemak cili api aku tu... hehe!

Resep

Resep Jantung Pisang Untuk Menu Masakan Rumahan, Sajian Sederhana Yang Empuk Dan Lezat

Terima kasih kepada pakcik pemberi petua ini iaitu Adnan Ibrahim @ Mat Gebu. Dia ni seorang blogger masakan yang tersohor tau. Aku selalu juga ke blognya mengendeng resepi-resepi canggih untuk mencari idea memasak tapi bukan meniru. Apatah lagi tidak mungkin aku nak menyalin terus gambar-gambar dan resepinya itu serta kredit kat diri sendiri pula... No... no... no... Tak kan ku buat begitu!

P/s: Gambar jantung pisang yang cerah mulus ni aku ambil dari FB dia, sebab belum sempat nak beli jantung pisang lagi. Harap tak jadi isu.. hehe!

Kalau

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com

Resep Sayur Gurih Jantung Pisang Yang Pedas Gurih Dan Murah Meriah

[PENAFIAN] dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Cara

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

[PENAFIAN] dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Cara

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Post a Comment for "cara rebus jantung pisang"