cara terminate asb loan
Kerana pulangan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang adakalanya rendah, ada segelintir pelabur yang membuat pelaburan melalui kaedah pinjaman bertindak untuk terminate ASB loan mereka.
Bagi mereka, kadar keuntungan atau dividen yang diperolehi daripada melabur di ASB dan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank untuk pinjaman yang dilakukan semakin tidak berbaloi.
Terminate-ASB-Loan.png?strip=all alt=Cara Terminate ASB Loan Maybank, RHB, CIMB Online - Cara Terminate Asb Loan />
Pelaburan sebegini sememangnya berisiko kerana anda perlu membuat pinjaman terlebih dahulu untuk membuat pelaburan dalam ASB dimana kadar keuntungan yang diperoleh berubah-ubah dan tidak terjamin – boleh terjadi kadar keuntungan dan kadar faedah pinjaman adalah sama sahaja.
Berapa Wang Asb Yang Dapat Selepas Terminate Loan Asb
Sekiranya anda merasakan bentuk pelaburan sebegini tidak lagi menepati rancangan pelaburan anda, anda boleh sahaja terminate ASB loan dengan banyak yang dibuat pinjaman.
Untuk hal terminate ASB loan sebegini, anda perlu ke kaunter CIMB berdekatan tempat tinggal anda kerana ianya tidak boleh dilakukan melalui aplikasi CIMB atau secara dalam talian.
Kebiasaannya pegawai bank yang bertugas akan bertanyakan sebab anda ingin menamatkan pinjaman ini, anda akan diminta untuk mengisi borang pembatalan pinjaman ASB yang diberikan.
Cara Tutup Pinjaman Asb
Untuk hal terminate ASB loan dengan Maybank, prosesnya juga hampir sama di mana anda perlu hadirkan diri ke kaunter cawangan Maybank berdekatan dengan anda.
Prosesnya akan mengambil masa beberapa bulan tetapi anda disarankan untuk setiap menghubungi pihak bank daripada semasa ke semasa untuk pastikan tiada sebarang masalah untuk permohonan anda.
Untuk hal terminate ASB loan dengan RHB Bank, prosesnya juga hampir sama di mana anda perlu hadirkan diri ke kaunter cawangan RHB Bank berdekatan dengan anda.
Kiraan Wang Yang Anda Dapat Selepas Tamatkan Loan Asb
Sekiranya pinjaman belum memasukki tempoh 36 bulan, anda akan dikenakan denda oleh pihak bank dan oleh itu tidak digalakkan untuk membatalkan loan ASB anda.
Proses pembatalan ini biasanya mengambil masa 2 bulan dan anda boleh hubungi pihak bank daripada semasa ke semasa untuk memastikan tiada sebarang masalah dalam permohonan pembatalan loan anda.
Secara umumnya, proses membatalkan loan anda dengan mana-mana bank lebih kurang sama iaitu anda perlu melakukannya di kaunter kerana proses sebegini tidak boleh dilakukan secara dalam talian.
Asb Financing I
Walau bagaimanapun, tempoh proses pembatalan mungkin berbeza bagi setiap bank dan untuk maklumat lanjut, boleh bertanyakan lebih terperinci dengan pegawai bank yang anda temui di kaunter bank.
Manakala caj pembayaran lewat sebanyak 1% setahun ke atas amaun tertunggak yang dikira secara harian akan dikenakan jika peminjam gagal untuk membayar ansuran bulanan pada 5hb setiap bulan.
Soalan : Betul ke ASB Financing ni ada tempoh matang 3 atau 5 tahun ? Maksudnya dalam tempoh tu saya tidak boleh terminate, jika tidak akan dikenakan penalti. Betul ke ?
Amonline Frequently Asked Questions
Dahulu memang ada klausa Lock In Period 2-3 tahun untuk ASB Loan/Financing. Namun bukan lagi sekarang. Sekarang hampir kesemua asbf dari pelbagai bank tiada lagi Lock In Period. Maksudnya boleh terminate anytime walaupun asbf tersebut baru setahun sahaja.
Shortfall ialah baki loan asb (asbf) lebih tinggi dari Nilai Sijil ASB. Bila baki loan lebih tinggi, semestinya memerlukan wang lebihan untuk settle kan loan tersebut.
Jika anda tidak settlekan baki loan tertunggak (shortfall) tu, nama anda mungkin dalam pemerhatian bank (SAA) dan akan menyusahkan anda untuk apply loan lain di kemudian hari.
First Time Buat Asb Loan? Ini 9 Tips Supaya Tak Rugi
Jika ambil takaful, bermaksud anda meminjam 208k ASBF. 200k untuk Sijil ASB, dan 8K untuk takaful. 8K tersebut bank telah keluarkan duit untuk membayar kepada pihak syarikat takaful.
Anda memerlukan tempoh 2-3 tahun untuk menjadikan 208k kepada bawah 200k. Sebab tu lah jika anda terminate dalam tempoh setahun je, anda kena shortfall !
Yang ni biasanya berlaku kalau ambil takaful tempoh panjang dan terminate terlalu awal. Contohnya bila buat ASBF RM100, 000 + takaful 30 tahun. Total loan jadi lebih kurang RM103, 000. Lebihan RM3, 000 tu sebenarnya untuk bayaran takaful. Ramai yang tak sedar pun ASBF mereka ada takaful. So boleh cek balik offer letter. Kalau ada lebihan tu maknanya ada lah takaful.
Cara Kira Cash Value Bila Cancel Asb Loan
So baki loan akan berkurang dari RM103, 000 sedikit demi sedikit apabila bayaran bulanan dibuat. Biasanya ambil masa sekitar 2-3 tahun untuk baki loan kurang daripada RM100, 000. Kalau terminate awal, contohnya ketika baki loan lebih kurang RM102, 000 akan ada shortfall. Maksudnya nilai sijil tak dapat nak cover baki hutang sebab nilai sijil hanya RM100, 000. Jadi berlaku shortfall RM2, 000.
Itu yang biasanya orang guna bahasa mudah sebagai denda atau penalti. Sebenarnya itu bukan penalti. Itu adalah baki hutang kita. Islamic Financing tak ada denda kalau terminate awal. Kalau rajin bacalah syarat-syarat dalam borang permohonan. Benda ni kadang-kadang ada juga banker yang tak faham dan salah cerita kepada pelanggan.
So macam mana nak elak shortfall? Kita sebenarnya boleh ambil takaful minimum 5 tahun. Untuk sijil RM100, 000 nilai bayaran takaful untuk 5 tahun hanya lebih kurang RM620 sahaja. Jadi total loan sekitar RM100, 620. Dalam masa 6 bulan baki loan akan kurang daripada RM100, 000. So takda masalah kalau nak terminate awal.
Cara Kira Asb Loan Selepas Terminate
Katakan paling teruk lepas 2 bulan terpaksa terminate, baki loan masa tu lebih kurang RM100, 330. Jadi lebih kurang RM330 je shortfall. So bukan masalah yang besar. Sebab tu saya tak pernah suggest pelanggan saya untuk ambil takaful sampai tempoh yang panjang. Memang kadang-kadang kita plan nak simpan lama, tapi ada masanya kita perlu terminate awal untuk memenuhi keperluan lain.Projek pembiayaan Amanah Saham Bumiputera oleh Maybank, CIMB dan juga RHB bank adalah usaha dari kerajaan untuk memberi peluang kepada golongan melayu dan bumiputera supaya boleh melabur di dalam tabung ASB dengan mudah tanpa perlu bersaing dengan kaum lain yang lebih kuat dari segi kewangan. Namun walau adalah kemudahan pinjaman wang dari bank untuk dilaburkan ke dalam ASB dengan mudah, masih ramai juga yang mahu tutup asb loan mereka? Saya sendiri salah seorang daripadanya. Kenapa?
Ke semua tabung di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menguruskan pelaburan jenis berisiko rendah tetapi mampu memberikan pulangan dividen yang lebih tinggi dari pelaburan yang biasa. Dan ASB adalah salah satu tabung tersebut. Tahukah anda sebenarnya ramai sahaja yang mahu tutup akaun pembiayaan ASB ini walau cuma baru beberapa bulan mereka membuat pinjaman ASB. Malah ramai yang mahu terminate asb loan selepas dapat dividen asb pada setiap hujung tahun. Kenapa? Faktor utama bagi saya adalah kerana ketiadaan kekuatan kewangan. Itu sahaja punca utamanya.
Orang yang ada kekuatan kewangan, anda agen ASB ker, agen insurans ker, agen takaful ker atau mahu ajak melabur di mana mana, mereka pasti akan sertainya dengan mudah tanpa banyak cakap. Cumanya kadang kala ada dari kita yang ada kesedaran untuk melabur dan menyimpan duit tetapi kekuatan kewangan semasa anda tidak mengizinkan. Kalau sudah ada anak pula, lagi banyak wang hendak guna. Akhir sekali kena cari alternatif lain untuk tambah duit selain menyimpan di ASB. Saya masih menyimpan wang di asb secara sendiri. Cuma saya mahu tutup sahaja komitmen loan asb yang ada. Itu sahaja.
Sayangwang 💰💰: Pinjaman Asb
Saya telah ke CIMB bank dan menyatakan hasrat saya iaitu mahu tutup asb loan. Saya tahu ramai yang cari cara untuk terminate asb loan secara online bukan? Kerana tidak mahu berasa malu atau kena tanya banyak benda dengan pihak bank. Jangan risau, saya pun berfikir seperti itu. Tetapi selepas saya menyatakan hasrat saya, mereka terus uruskan proses untuk terminate loan asb saya tanpa bertanya sebab pun. Dan proses tersebut rasanya tidak lebih dari 15 minit pun dan siap.
Selepas anda isi borang untuk tutup loan asb anda, itu tidak bermaksud yang proses tersebut telah selesai 100%. Pihak bank akan semak hutang bayaran bulanan loan asb terkini anda yang masih ada tertunggak. Katakan yang anda mahu tutup asb loan anda pada bulan Mac, jadi pihak bank akan semak samada pada bulan Mac atau sebelum itu ada bayaran tertunggak atau tidak. Dan proses untuk terminate asb loan akan ambil masa selama 1 bulan dan hanya selepas 1 bulan barulah wang lebihan akan dipulangkan kepada anda semula selepas bayaran tertunggak ditolak siap siap jika ada. Jelas ya!
Ada orang tanya, selepas terminate loan asb, berapa duit yang kita akan dapat semula. Sebenarnya saya pernah menulis tentang perkara ini di dalam posting sebelum ini di sini – [ cara batal asb loan ]. Anda baca dan fahamkan cara kiraan berapa wang yang anda dapat semula jika tutup asb loan. Cara kiraannya mudah sahaja. Hanya perlu gunakan aplikasi apps smartphone sahaja. Harap anda tonton di bawah ini ya. Maaf ini video dari artikel lama tetapi masih relevan dan terpakai.
Asb Loan Financing: Secrets In 2023 To Make A Low Risk 100k In 5 Years
Kalau anda lihat kedua dua gambar di atas. Saya isi borang untuk tutup asb loan pada 1/8/2022. Tetapi duit dari lebihan ASB masuk ke akaun bank saya pada 11/8/2022. Ini bermaksud proses untuk stop cancel pembiayaan ASB saya dengan pihak CIMB hanya mengambil masa selama 1 minggu lebih sahaja. Memang cepat. Seperti yang saya katakan tadi, proses akan menjadi lancar kalau anda tidak ada apa apa tunggakkan pada bayaran loan ASB anda. Jelas ya.
Selepas 1 minggu lebih saya membuat pembatalan asb loan di CIMB bank, wang lebihan dari pelaburan pembiayaan asb telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya. Dan bila saya check akaun online banking CIMB saya, alhamdulillah saya telah menerima wang tersebut. Berapa banyak saya dapat selepas terminate tutup asb loan? Ikut sahaja cara kira seperti video di atas ini. Sama sahaja. Berapa yang saya kira dan berapa yang saya dapat lebih kurang sama sahaja. BYE!!!.
Blog Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya
Post a Comment for "cara terminate asb loan"