resepi kuih cara berlauk azie kitchen
Telah lama saya menyalin resepi ini dari blog Kak Jeeyang memang terkenal dengan perkongsian resepi turun temurun keluarga beliau. Pada saya, Kak Jee mengambil langkah yang bijak dengan berkongsi resepi keluarga kerana dari ianya diamalkan di kalangan keluarga sendiri, lebih baik dikongsi dengan orang ramai supaya mereka yang telah tiada juga akan mendapat manafaatnya. Terima kasih Kak Jee atas perkongsian resepi ini.
Hari ini, saya bercuti untuk menghabiskan cuti tahunan. Saya tidak merancang untuk ke mana mana, hanya balik kampung sekejap pada hujung minggu untuk majlis tahlil arwah Bonda. Selepas itu, saya akan kembali bertugas sebelum menyambung semula cuti sehingga tahun baru. Masa bergerak pantas, dalam masa dua minggu lagi, tahun 2015 akan datang dan meninggalkan tahun 2014. Usia saya juga berkurangan selama 1 tahun. Azam saya di tahun 2015 ialah untuk menghabiskan sisa sisa hidup dengan memperbanyakkan amalan soleh terutamanya bab berkaitan solat, sedekah dan Al Quran. Maklumlah mati tidak kita ketahui. Beramal hanya di dunia, bila dah mati, tiada lagi perlu beramal. Lagi pulak Allah telah mengurniakan banyak nikmat untuk saya sepanjang hidup ini. Hari ini saya sangat gembira kerana Nellisa telah mendapat tawaran pekerjaan di sebuah badan berkanun yang ternama. Saya sangat gembira kerana doa saya telah dimakbulkan Allah SWT. Nikmat apalagi yang hendak saya dustakan?
Resepi Kuih Cara Berlauk Azie Kitchen />
Jom layan resepi mudah ini. Kuih ini adalah ala ala kuih Cara Berlauk cuma bezanya Kuih Cara dibakar dalam acuan kuih cara atau kuih bahulu. Kuih Bakar Berdaging pula dibakar dalam acuan Bahulu Kemboja. Oleh kerana saya hanya ada 2 set sahaja kuih acuan Bahulu Kemboja, jadi saya tuangkan bakinya ke dalam loyang besar dan dibakar sehingga masak. Jika dimasak dalam acuan bahulu, rasanya 1 adunan boleh dapat 6 biji kuih bakar berdaging...
Resepi Kuih Cara Berlauk Cheese • Resepi Bonda
Panaskan 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah kari dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.
Pukul telur hingga kembang, masukkan susu dan air dan kacau sampai rata. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus. Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging tadi dah ada perisa.
Panaskan oven pada suhu 160C. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Kalau guna acuan kecil, rasanya boleh dapat 6 kuih bakar.
Resepi Kuih Cara Berlauk Sedap
Letakkan acuan kuih bakar di atas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi/marjerin dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan.
Biar kira kira 1 minit, pastu sudukan 1 sudu kecil lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan lahan. Mulakan di bahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan cili merah. Bila nampak garing pada bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 C menggunakan api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Saya guna api atas bawah.
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.Bila sebut sahaja resepi kuih cara berlauk, terbayang dalam mata kuih bewarna kuning yang rasa lemak-lemak santan dengan inti daging serta potongan lada dan daun sup di atasnya kan.Tambah-tambah bila kuih nak masak, aroma dia lain macam buat tekak rasa lapar.
Kuih Tok Aji Serban @kuih Pulut Sekaya
Bentuk kuih cara berlauk ni kebiasaan orang buat adalah dua.Satu bentuk besar yang mana menggunakan acuan kuih bakar lima lekuk bunga dan satu lagi kuih cara yang berbentuk biasa. Kalau dulu, acuan tembaga yang berkualiti menjadi pilihan untuk kuih ini.Sekarang susah nak cari tembaga yang berkualiti dan ramai yang beli acuan besi tebal sahaja.
Tips untuk elakkan dasar kuih cara berlauk ini daripada melekat adalah ketika hendak bakar, oleskan dengan minyak menggunakan berus pada permukaan acuan.Baru senang nak keluarkan kuihnya.
Untuk inti kuih cara berlauk, paling sedap dan senang adalah menggunakan daging kisar.Boleh juga daging ayam atau tuna tapi pilihan kami bila buatnya adalah daging kisar.Anda boleh pilih jenama Ramly yang banyak dijual di pasaraya seperti Tesco, Giant.
Kuih Bakar Berdaging Yang Sangat Sedap
Terima kasih kepada Puan Reen Khan di atas resepi kuih cara berlauk untuk anda buat sebagai hidangan minum petang atau sumber pendapatan sampingan.
#1: Bersih daging kisar dan cincang halus.Potong dadu bawang holland tadi. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga layu.Masukkan rempah daging yang dikacau dengan sedikit air.Baru masukkan dalam kuali.Tumis hingga rempah kari masak dan berbau wangi.
#2: Jika anda guna adunan kecil biasa, panaskan atas api dapur, oleskan sedikit minyak dan masukkan adunan sehingga 3/4 penuh.Biarkan masak sedikit pada permukaan atas baru letak inti, daun sup serta potongan cili.Jangan terus masukkan waktu baru letak adunan nanti tenggelam.
Resepi Kuih Cara Berlauk Sambal Bilis Crispy Miza
#1: Panaskan oven pada suhu 180’C sekitar 10 minit.Biarkan.Letakkan acuan kuih bakar di atas dapur, oles dengan minyak sehingga panas. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan.
#2: Biar kira kira 5-8 minit, sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan lahan. Mulakan di bahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Akhir sekali, taburkan daun bawang, daun sup dan cili merah.
Bila nampak garing pada bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180’C selama 20 minit atau sehingga garing yang anda suka.Guna api atas bawah.
Post a Comment for "resepi kuih cara berlauk azie kitchen"