cara buat cekodok bawang
Saya jarang buat planning untuk masak. Biasanya bila tiba waktu untuk memasak saya akan periksa apa-apa stok yang ada lepas tu terus decide menu on the spot.
Suatu pagi tiba-tiba teringatkan cucur bawang zaman kecik-kecik dulu. Kak Zah jiran sebelah rumah saya masa di kampung dulu rajin buat cucur bawang ni. Dia juga tidak pernah lokek untuk berkongsi makanan dengan saya. Kadang-kadang bawa bekal pi sekolah. Kami selalu berjalan kaki sama-sama untuk pergi dan balik sekolah sebab kami tak ada kenderaan. Sepanjang perjalanan sejauh 2km itu kami akan bercerita tentang cita-cita dan harapan masa depan. Masa tu kami masih di sekolah rendah. Kenyataannya selepas lebih 30 tahun harapan dan cita-cita kami terkubur mengikut takdir masing-masing.....
Cekodok Bawang />
Keluarga saya jarang masak cucur sebab nak berjimat cermat. Cucur bawang memerlukan minyak yang banyak untuk menggoreng. Dan minyak masak agak mahal pada masa tu. Jadi nenek saya akan buat catuan. Hanya pada masa-masa tertentu sahaja kami boleh menikmati cucur bawang ini. Biasanya nenek akan masak lempeng kelapa yang tak memerlukan minyak yang banyak. Minyak hanya untuk sapuan sahaja supaya lempeng itu tidak melekat pada kuali.
Resep Cara Membuat 28. Cucur Bawang
Nenek akan sediakan ikan goreng untuk saya dan ikan bakar atau ikan kukus cicah air asam untuk dirinya sendiri. Baru saya faham kenapa nenek membuat catuan. Nenek akan simpan stok minyak untuk menyediakan ikan goreng saya sebab saya saya tak tahan pedas kalau makan ikan bakar atau ikan kukus cicah air asam. Sebabnya air asam nenek memang pedas kaw-kaw hasil pokok cili api tanam sendiri. Rupa-rupanya kebiasaan nenek makan ikan bakar dan ikan kukus ini sebenarnya penyebab body nenek kekal langsing hingga akhir hayat. Nenek juga suka masak kuih-kuih bertemakan kukusan. Apam kukus, seri muka, kuih lapis, lepat ubi, lepat pisang, tepung talam dan pau inti kelapa. Jarang sangat nenek buat menu goreng-goreng. Biasanya nenek akan kukus atau bakar. Sungguh nenek seorang yang sangat rajin. Malangnya kerajinan itu nenek bawa bersamanya, tidak turun kepada saya.
Apa yang saya rajin? Entah lah. Saya cuma hendak memenuhi impian dan mengimbau kenangan makan cucur bawang simple tanpa apa-apa additive dan preservative.
Biarkan selama 30 minit sebelum digoreng dalam minyak yang banyak. tujuan membiarkan adunan tu ialah untuk membiarkan enzim-enzim dalam bawang tu keluar dan menyebatikan adunan supaya menjadi garing di luar dan lembut gebu di dalam selepas digoreng nanti. Juga untuk menjadikan cucur kekal lembut walaupun dah sejuk.

Resep Cekodok Bawang Enak Dan Mudah
Syawal tahun ini agak meriah dengan program open house dan kenduri di hujung minggu, macam dah back to normal selepas terkurung dek PKP sela...Meletakkan sesuatu tidak pada yang hak adalah satu kezaliman. Jadi kepada pemimpin dan ketua ketua, kena ingat jawatan dan pangkat datang bersama dengan tanggung jawab. Ia bermakna, kena tanggung dan kena jawab di akhirat kelak atas segala kezaliman yang dibuat. Cukup setakat itu perkongsian dari kuliah Ustaz Abu Salam. Hari ini saya belajar membuat cekodok ikan bilis daun bawang mengikut cara Mami. Mami adalah part time cleaneryang datang membersih rumah saya. Mami sejak dulu lagi datang mencuci dan membersih rumah adik ipar saya, Zatul di Rawang. Zatul lah yang memperkenalkan saya dengan Mami. Telah lama Mami tak datang, rasanya dah hampir 2 tahun juga. Agak susah untuk mendapatkan beliau kecuali hari hari cuti kerana beliau bekerja di klinik yang dibuka 24 jam.
Semasa dia datang bersama kawannya, Mami membawa satu plastik besar daun bawang. Dalam hati saya berkata apa nak dibuat dengan daun bawang sebanyak ini. Selama ini, saya hanya menggunakan daun bawang untuk ditabur atas sup dan lain lain lauk pauk sahaja. Sebelum balik, dia mengajar saya supaya menggoreng udang dengan menggunakan daun bawang yang dibawa. Di samping itu, juga untuk dibuat cekodok. Mendengarkan resepi cekodok dia yang agak berbeza dengan penggunaan bawang putih, saya terus mengajak Mami untuk menyediakan cekodok bersama sama. Haaa dapatlah tengok macam mana dia buat. Melihat sendiri lebih jelas berbanding dengan diajar resepi sahaja.

Hmm memang sedap cekodok ini. Sangat terbaik. Ianya dibuat leper leper bukan bulat bulat seperti yang biasa saya buat. Katanya secara bergurau kalau bulat itu, dah jadi begedil. Hehehe. Kesian juga mendengarkan Mami memberitahu yang dia selalu menyediakan cekodok kerana tepung gandum murah untuk dibuat makanan seharian. Kita rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberi. Kurangkan lah komplen tentang apa sahaja. Kerana apa sahaja yang berlaku adalah dengan izin Allah juga yang didatangkan sebagai ujian. Tidaklah kita dipanggil orang beriman, sehingga kita diuji. Lagi tinggi ketaqwaan kita, lagi tinggi juga ujian yang didatangkan.
Resepi Cucur Bawang Bilis Viral (rangup Dan Gebu)
Panaskan mentega dan goreng ikan bilis seketika. Angkat dan tumbuk bersama bawang putih sehingga lumat. Satukan dengan tepung gandum dan daun bawang. Masukkan garam dan gula.
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
Panaskan mentega dan goreng ikan bilis seketika. Angkat dan tumbuk bersama bawang putih sehingga lumat. Satukan dengan tepung gandum dan daun bawang. Masukkan garam dan gula.
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
Post a Comment for "cara buat cekodok bawang"