cara buat gubahan hantaran
|10 Idea Gubahan Hantaran Yang Paling Trending Tahun Ini |Kahwin? Bila sebut je pasal kahwin, pasti kita dah terbayang pelamin yang cantik, hantaran yang lawa-lawa, dan paling penting majlis repsepsi yang simple dan elegan gitu. Kalau dulu sewaktu kecik-kecik aku rajin gila follow mak aku, arwah nenek ke majlis perkahwinan. Salah satu sebab aku pergi bukan sebab makan, tapi nak tengok pelamin dan pengantin termasuk bilik pengantin. Teruja ya ampun bila dapat masuk bilik pengantin. Sekarang bila musim coronaaa datang menyembah bumi, banyak pengantin cut cost so dorang lebih prefer penyediaan hantaran perkahwinan.
Hantaran perkahwinan merupakan pertukaran hadiah kepada bakal pasangan masing-masing sebagai permulaan hidup bersama. Mostly hadiah yang diberi adalah hadiah yang diminati dan sering digunapakai oleh pasangan masing-masing. Yang menjadi tumpuan orang ramai adalah cara menghiaskan hadiah tersebut dalam dulang hantaran, macam mana kita nak persembahkan barangan tersebut pada keluarga pasangan. Hari bahagia mesti nak rakan sesuatu yang cantik kan?
Ikut adat Melayu, barang hantaran adalah 1 kewajiban bagi setiap pengantin. Kebiasaan, pihak lelaki akan menghantar tepak sirih kepada perempuan, manakala sireh junjung pula balasan daripada pihak perempuan. Sirih junjung inilah yang menjadi keutamaan pada majlis perkahwinan sekitar tahun 90-an dan kebawah. Tapi kini, orang lebih prefer memberi barangan hantaran yang lain selain sirih junjung.
Jahit Jahitan: Tutorial Diy Gubahan Untuk Hiasan Hantaran Perkahwinan
Hantaran perlu diberi dalam nombor ganjil. Dan perempuan wajib membalas lebih daripada pihak lelaki. Dimana, sekiranya pengantin lelaki memberi 5 dulang hantaran, perempuan harus membalas 7 dulang hantaran. Ingat, hantaran wajib nombor ganjil!
Berikut adalah 10 Idea Gubahan Hantaran yang tengah trending pada tahun ini. Gubahan ini bukan sahaja sesuai untuk hantaran perkahwinan sahaja, kalau majlis pertunangan pun boleh buat juga! Ayuh tengok idea gubahan hantarannya.
Gubahan hantaran menggunakan gift box semakin popular digunakan oleh bakal pengantin. Ianya lebih praktikal dan mudah digayakan dengan pelbagai cara. Penggunaan gift box sebagai hantaran tidak memerlukan hiasan yang sarat, hanya perlu memastikan gift box yang kita gunakan sama size untuk setiap hantaran biar ia nampak sekata sahaja dengan hantaran lain.
Cara Penyediaan Dan Membuat Dulang Barang Hantaran Kahwin
Gift box ini korang boleh pilih sama ada nak yang terbuka ataupun ambil sekali dengan bahagian penutup. Kedua-dua boleh digunakan dan tampak menarik bila digayakan. Hiasan tambahan pada gift box adalah seperti bunga, reben, tali rustik, bunga tiruan pun boleh digunakan sebagai hiasan. Paling penting sekali, pemilihan warna kotak juga memainkan peranan penting, justeru pilihlah gift box hantaran yang bersesuaian dengan tema perkahwinan korang.
Buat pengantin yang suka akan gubahan hantaran yang simple-simple, gubahan hantaran menggunakan kayu pallet la yang paling sesuai. Gubahan hantaran menggunakan kayu pallet ini semakin menjadi pilihan orang ramai. Kerana ia ukiran kayu dia tampak menarik.
Hantaran seperti ini sesuai digayakan dengan tema majlis ala-ala rustik. Kalau korang guna kayu pallet ini janganlah buang lepas habis majlis, sebab kayu pallet ini juga sesuai dijadikan hiasan dalam rumah juga tau. Kayu pallet ini mudah didapati dan harganya juga berpatutan.
Gubahan Hantaran Pertunangan And Perkahwinan
Kebiasaannya pengantin akan bagi duit hantaran dalam bentuk cek/mock-up atas dulang hantaran. Now, korang boleh guna duit sebenar dan dilipat dalam pelbagai bentuk untuk menampakkan kreativiti.
Ikutkan, duit hantaran ini boleh digayakan dalam pelbagai bentuk selain menjadikannya bentuk bunga. Antara, bentuk korang boleh jadikan adalah seperti bentuk hati, kupu-kupu, kek, masjid dan banyak lagi.Korang boleh gubah dengan pelbagai jenis hiasan menggunakan duit hantaran. Kalau tak ada idea nak gubah duit hantaran menjadi bentuk menarik? Korang boleh godek google then type origami duit kertas nanti bersepah keluar.
Selain itu, bakal pengantin juga boleh menggunakan bakul sebagai hiasan hantaran. Penggunaan bakul lagi senang, Korang boleh buat sendiri dekat rumah, hanya perlu sediakan bakul yang sesuai untuk mengisi barang hantaran, jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Biar ia nampak teratur tersusun dalam bakul.
Koleksi Gubahan Hantaran Barangan 1
Korang hanya perlu letak-letak sahaja barangan dalam bakul then dah siap. Kalau nak lagi berseri boleh juga tambah reben, bungai di tepii bakul ataupun tangkai bakul. Mana-mana pun boleh. Anda perlu tahu barang apa nak letak dalam bakul tersebut, dan pemilihan size bakul juga sangat penting tau. So, kalau korang mencari bakul hantaran boleh dapatkan di sini:https://shp.ee/rmxdppv
Bagi bakal pengantin yang menggunakan tema garden, gubahan hantaran menggunakan bekas terrarium ini sesuai dengan tema korang! Korang boleh tambah dengan hiasan bunga segar/bunga tiruan dikeliling dulang hantaran supaya gubahan hantaran bekas terrarium korang naik seri! Orang lalu mesti toleh sampai 2x punya.
Ini salah satu hantaran yang aku paling suka, iaitu hidden hantaran. Hidden hantaran ini cukup popular di negara Indonesia, dan orang zaman dulu dah guna konsep ini lama dah. Now, tetiba trending balik dan ramai meminati gubahan hantaran sebegini.
Hidden Box' Dan 'clear Box', Hantaran Mudah, Murah Dan Eksklusif.
Ada yang balut hantaran menggunakan kain batik, ada yang balik guna kain tudung dan tidak ketinggalan ada yang balut dengan kain satin, kain lace yang simple tanpa corak pun ada. Kain yang digunakan adalah sama untuk kesemua gubahan hantaran. Ada juga yang letak kotak kosong dalamnya, dorang hanya gubah hantaran bagi lelawa sahaja. Untuk menampakkan serinya lagi, boleh juga selitkan dengan bunga ataupun kerongsang besar ditengah-tengah ikatan kain.
Selain itu, ada juga bakal pengantin yang banyak masa untuk menyediakan hantaran sendiri dengan D.I.Y hantaran menggunakan polisterin bantal. Polisterin bantal ini cukup popular dari zaman pakcik makcik aku kahwin sehinggalah ke hari ini.
Mudah sahaja gubahan hantaran guna polisterin versi bantal ini. Korang hanya perlu beli polisterin, kain pembalut mengikut warna tema majlis, gam uhu untuk lekatkan kain pada polisterin. Polisterin ini mudah je nak cari, ada di GM Klang, GM Chow Kit, nak senang cari di Shopee.
Idea Menarik Gubahan Dulang Hantaran Terkini
Polisterin ini dah tersedia dengan pelbagai bentuk untuk dijadikan tapak hantaran. Terdapat pelbagai size yang terdapat dipasaran untuk korang membuat pilihan. Yang cukup popular orang ambil size empat segi empat ataupun jenis bulat. Kalau korang nak nampakkan seri gubahan polisterin bantal ini bolehlah hiaskannya dengan bunga tiruan mengikut kreativiti korang.
Gubahan hantaran sirih junjung antara benda wajib dalam istiadat tradisional perkahwinan orang Melayu. Pendek cerita, tanpa hantaran sirih junjung ini maka tak lengkaplah sebuah majlis tersebut. Sirih junjung ini ibarat hantaran utama a.k.a kepala utama bagi kedua-dua belah pihak. Kebiasaannya, pihak perempuan yang bagi sirih junjung kepada pihak lelaki, mana lelaki akan membalas dengan tepak sirih.
Sirih junjung ini boleh digayakan dengan pelbagai bentuk, ada yang gayakan dengan membuat bentuk jambangan bunga, masjid dan lain-lain lagi. Aku ada nenek saudara yang mempunyai tangan ajaib dalam bab menghias hantaran ini. Nak naikkan seri hantaran sirih junjung ini boleh juga tambah dengan bunga-bunga fresh seperti bunga mawar, dahlia, kekwa, lily dan banyak lagi. Gubahan sirih junjung bukan sahaja cantik dipandang, malah wangi setaman baunya.
Senarai Barang Hantaran Bertunang Simple
Kalau rasa-rasa nak dapat hantaran versi kejutan, boleh juga guna style gubahan hantaran versi hamper. Biasa kita dapat hamper bila menjelang Hari Raya, tak kiralah raya Melayu, Cina, or India sekalipun pasti akan dapat hamper. Lagi-lagi bila kita ramai connection pasti ramai saling bertukar-tukar hamper.
Bestkan dapat hamper? Macam-macam ada dekat dalam. Gubahan hantaran versi hamper ini lagi senang, just letak sahaja barang-barang hantaran dalam bakul ataupun letak dalam dulang lalu dibalut seperti hamper.
Nak nampak kemas balut hamper menggunakan kain neylon yang lembut supaya ia senang membalut hantaran korang tu. Antara kelebihan kalau guna kain jenis neylon ini adalah kainnya nampak lebih flowy dan cantik bila dah dibalut nanti, barang hantaran pun jelas kelihatan lepas balut dengan kain neylon. Tinggal korang hanya perlu membuat pilihan bijak dalam pemilihan warna untuk menampakkan seri hantaran.
Gubahan Melipat Tuala
Buat bakal pengantin yang menggunakan tema English style, hantaran menggunakan sangkar burung inilah pilihan terbaik buat anda. Gubahan hantaran sangkar burung ini dapat menaikkan lagi seri tema risepsi majlis korang tau.
Pada mereka yang masih tiada idea untuk gubahan hantaran perkahwinan, semoga konsep idea di atas dapat membantu korang semua! Makesure, gubahan hantaran korang seiring dengan tema perkahwinan korang supaya tak nampak janggal nanti.Majlis perkahwinan merupakan detik yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Ia merupakan majlis penyatuan dua hati. Oleh kerana itu, segala persiapan perkahwinan dilakukan dengan sebaik mungkin supaya ianya akan menjadi ingatan buat mereka yang hadir.
Salah satu daripada persiapan yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut adalah gubahan hantaran. Gubahan hantaran diibaratkan sebagai hadiah kepada pasangan bagi menghargai ikatan yang bakal terjalin dan mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama pihak.
Contoh Hantaran Simple Untuk Kahwin, Tunang & Sebagainya
Justeru, kerana pentingnya gubahan hantaran, ramai yang mula mencari idea untuk gubahan hantaran mereka supaya ianya kelihatan menarik. Namun tidak perlu risau kerana terdapat banyak pilihan yang boleh dipilih sama-ada hantaran tradisional ataupun hantaran moden.
Mereka juga boleh memilih hantaran yang unik ataupun istimewa mengikut tahap kemampuan masing-masing. Hantaran yang murah ataupun mahal, semua itu ditentukan oleh pihak masing-masing.
Ada hantaran yang boleh dibuat sendiri dan ada hantaran yang perlu dibeli ataupun ditempah. Berikut merupakan 35 senarai bagi gubahan hantaran yang dapat dijadikan rujukan kepada mereka yang masih lagi mencari gubahan hantaran yang sesuai.
Ini Cerita Mama: Tip Pemilihan Gubahan Hantaran
Sirih junjung selalunya digubah secara moden atau klasik. Pada kebiasaannya, cara moden lebih menjadi pilihan kerana penggunaan bunga dan daun sirih plastik dapat bertahan lebih lama berbanding daun sirih dan bunga segar yang digunakan untuk mengubah sirih junjung klasik.
Bunga dan daun sirih plastik juga mudah didapati di kedai barangan pengantin, Mr DIY ataupun Eco yang menawarkan harga yang murah. Gubahan sirih junjung untuk pihak lelaki juga perlu lebih tinggi berbanding gubahan untuk pihak perempuan kerana ia melambangkan peranannya sebagai ketua keluarga.
Gula-gula, sumi dan lollipop sering menjadi pilihan kerana ianya sangat mudah didapati. Lollipop dan sumi dimasukkan kedalam bekas samaada kaca, kotak atau plastik yang boleh didapati di kedai Eco atau kedai barangan pengantin. Kemudian dihiasi bersama gubahan
Post a Comment for "cara buat gubahan hantaran"