cara buat kuih bom
Resepi Kuih Bom Inti Kelapa, Indah Kejadian Sedap Dimakan | Berdekah jugak ya tajuk entri kuih bom inti kelapa ni. Tahun lepas aku share tentang kuih bom ikan, hari ni pula aku nak share kuih bom inti kelapa. Kuih ni favourite mak aku. Mak paling suka makan kuih ni, aku ni belajarlah 10 kali dengan mak, mesti rasa tak sama. Kejadiannya pula baling ke dinding, dinding pun pecah. Apatah lagi rasa, kelaut perginya. Sebab tu makanan favourite mak, aku surrender awal awal sebab tak nak buat.
Zaman sekarang ni, orang nak mudah je. Beli dan balik rumah makan. Simple je, tak perlu nak kerah tenaga untuk buat kuih. Tapi tulah, sekali kena pada yang tak sedap, mula nak merungut. Apa salahnya sesekali buat kuih. Kuih ni, korang boleh je makan di waktu pagi ataupun di waktu petang. Waktu lockdown ni lah, nak wujudkan lagi kemesraan dengan keluarga. Boleh ajar anak anak dara atau anak anak bujang buat kuih.
Jangan manjang duduk main tik tok je. Aku harap dengan perkongsian resepi ni akan bagi manfaat kepada korang semua, amin. Selamat mencuba.
My Ugly Sesame Balls–sesame Balls Or Jian Dui Or Kuih Bom (煎堆,芝麻球)
Dalam satu bekas, campurkan tepung pulut dan tepung gandum, gula dan garam. Gaulkan bersama, masukkan kentang yang sudah dilenyek, kemudian curah air sedikit demi sedikit sehingga tak melekat di tangan. Adunan ini jangan terlalu kerasa dan terlalu lembik. Macam nak buat kuih onde-onde (kuih buah melaka).
#1 Bulat-bulatkan doh sebesar kuih melaka atau nak besar sikit pun boleh. Leperkan di atas tapak tangan, kemudian letak inti kelapa, tutup balik dan bultkan semula. Buat sampai habis adunan.
#2 Kemudian, sebelum disalut dengan bijan, basahkan sikit tapak tangan dengan air. Ambil doh tadi bagi lembap sikit agar memudahkan untuk bijan melekat dengan elok. Kepal-kepalkan sikit doh yang bersalut bijan bagi tujuan kekemasan. Rehatkan doh dalam 1/2 jam.
Resepi Kuih Bom (kuih Bijan Berinti Kacang Kegemaran Ramai)
#3 Panaskan minyak dlm periuk /kuali. Minyak tu kalau boleh biarlah banyak macam nak goreng cucur pisang tu. Panaskan minyak, kalau dah panas. Nak tau minyak tu panas atau tidak, cuba letakkan sikit aje (secoet) adunan, kalau adunan tu terapung makanya minyak tu dah panas. Tutup api/alihkan sebelah yang takde api. Biar sekejap dalam 2 minit, masukkan doh-doh tersebut dlm minyak tadi. Jangan dekat-dekat kan ye sebab ia melekat nanti. Dalam 2 minit kemudian baru bukak api dapur/letak kat api. Buka api perlahan ye..
#4 Goreng dalam 3 minit api perlahan kacau-kacau la kuih tersebut, kemudian guna api kuat sikit goreng lagi supaya permukaan kuih bom agak2 kuning dan boleh di angkat. Kalau lama sangat nanti keras plak kuih ni.
CUBA RESEPI MENARIK LAIN Resepi Daging Masak Merah Ala Thai KanKunKap, Jom Cuba!Dah Cuba Homemade Prosperity Burger Ala McDonalds? Ini Resepinya! 11 Pes Homemade Yang Memudahkan Ibu Moden Memasak Setiap Hari. Resepi Sizzling Yee Mee Tanpa Hot Plate Yang Menggetarkan Lidah Anda.Himpunan 9 Resepi Nasi Goreng Yang Sedap, Mudah dan Cepat Dibuat.Jangan Buang Ketupat Raya, Jom Buat Lontong Goreng Yang Lazat.Resepi Tart Nenas Gebu Gebas Sukatan Cawan Yang MudahMemang Macam Di Indonesia, Ini Resepi Nasi Ayam Penyet Anda Patut Try!Begini Cara Nak Buat Sate Ayam Legend Untuk Hari Raya Nanti!
Cara Buat Kuih Bom • Resepi Bonda
Dah tahu cara pembuatan kuih bom inti kelapa? Susah ke senang? Lepas ni, bolehlah minum petang dengan kiuh bom inti kelapa yang akan meletop di dalam mulut korang tu. Cukup bahan dan tahu cara nak buat, in syaa Allah menjadi. Dah tak perlu nak membeli, semuanya kita buat dengan air tangan sendiri.
Mula menulis sejak 2010 dan blog ini mengisahkan resepi masakan dan tempat menarik. Juga seorang ghostwriter, media influencer dan seorang ibu. Sebarang kerjasama: sufiamukhriz@gmail.comResepi kuih bom ini memang menjadi pilihan para pembaca laman web kami.Manakan tidak, kuih ini antara yang popular dan mudah didapati di gerai menjual kuih.
Tapi seperti biasa la, bila beli ada sesetengah pembuat kuih ini yang memikirkan keuntungan dan tidak pada kesedapan kuih itu sendiri.Kuih bom yang dijual hanya mengandungi inti yang sedikit serta liat lain macam.
Dari Dapur Ct ::: Kuih Bom
Pertama, untuk elakkan kuih bom pecah ketika menggoreng, selepas siap digelek dalam bijan, jangan terus digoreng.Masukkan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku selama sejam atau boleh diletakkan di luar dan ditutup kain basah selama sejam-dua jam.Baru digoreng dalam minyak yang banyak yang bolehkan kuih terendam pada api sederhana.
Nak lagi cantik buat pagi dan digoreng pada waktu petang.Selain itu, tambahkan juga tepung gandum dalam tepung pulut untuk bantu doh kuih bom menjadi kenyal dan tidak pecah.
Satu lagi tips berguna dalam resepi kuih bom ialah selepas doh siap digentel dan dimasukkan inti, spray air sebelum gelek dalam bijan.Cara ini jadikan bijan lebih melekat dan elakkan daripada tertanggal ketika menggoreng.
Kuih Bom Keledek
#1: Rebus kacang hijau dengan air yang banyak sehingga kembang dan air hampir kering. Kecilkan api . Apabila hampir kering , masukkan kelapa parut, gula melaka dan gula sebatikan . Kemanisan bergantung pada pilihan anda.
#2: masukkan tepung gandum dan kacau sebati . Tutup api dan sejukkan . Selepas itu , bulatkan inti kecil – kecil .
#1: Satukan gandum, tepung pulut dan garam.Tambah air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh dan tepung tidak lekat di tangan. Ambil sedikit doh tadi dan masukkan inti.Gentel bulat .Kalau nak cantik sama saiz boleh timbang doh.
Resepi Kuih Bijan
#2: Masukkan bijan dalam bekas besar lain. Sebelum gelekkan doh di dalam bekas, spray dulu air kepada bahagian luar doh.Baru gelekkan melawan pusingan jam.
#3: Rehatkan doh kuih bom seperti tips di atas dan barulah digoreng dengan api sederhana dan minyak yang banyak supaya kuih terendam.
Memang menjadi cara ini dan anda boleh cuba resepi kuih bom sendiri dirumah dengan kepelbagaian inti seperti inti kelapa, inti kacang merah ya.
Post a Comment for "cara buat kuih bom"