cara buat kuih semperit
Assalamualaikum semua . Tercari-cari resepi biskut semperit dahlia yang rangup dan tidak mengecewakan anda ? Apa kata di bulan Ramadan yang mulia ini anda cuba buat hasil perkongsian resepi dari Puan Azmira Abdul Majeed , seorang baker yang memang marvellous. Tengok pada hasilnya pun tahu boleh dibuat biskut raya untuk tahun 2016 ni kan. Jika anda tiada masa untuk buat biskut semperit dahlia ini , boleh la tempah dengannya di link fb di bawah ya. Salah satu biskut yang menjadi pilihan ramai untuk disajikan pada tetamu yang datang mengunjungi di hari lebaran nanti Sila ikuti betul-betul bahan untuk buat biskut semperit dahlia untuk hasil yang serupa ya . Jadi anda dah sedia untuk membuat biskut raya ? Jom kita tengok apa-apa bahannya.
160 gram tepung redrose. Apakah tepung red rose n mana nak dapatkan ? Di kedai bakeri . ( gambar seperti di bawah )
Jadi semua bahan biskut semperit sudah pun ada , kita tengok pula langkah – langkah membuat biskut semperit dahlia ini pula. Untuk acuan , anda boleh gunakan nozzle acuan pecah 15 seperti di atas atau pun pecah 13 atau pecah berapa pun . Ya , ditekan dengan jari bagi menjawab persoalan anda . hee
Resepi Kuih Semperit Asli Lembut Dan Rangup
Pertama , dengan kelajuan sederhana , putarkan campuran butter , gula icing dan juga esen vanilla . Tak perlu putar sehingga kembang , cukuplah sehingga semua sebati ya. Mudahnya langkah buat biskut semperit dahlia ni kan.
Kedua , dah tak perlu guna pemutar dah . Letak tepi . Masukkan tepung kastard , tepung jagung , tepung red rose tadi dan uli menggunakan tangan anda sehingga mmembentuk doh biskut . Uli sampai sebati tau.
Ketiga , tak perlu dibiarkan doh mengembang , bukan buat roti ni. Tahukah anda , doh lau dibiarkan lama , akan buatkan biskut semperit dahlia anda bantat atau masuk angin. Jadi sila berhati-hati di part ni.
Biskut Semperit Dahlia Nak Elok Bentuk Kelopaknya, Ada Tips Kena Tahu. Barulah Nampak Cantik Terletak!
Keempat , masukkan adunan dalam nozzle pecah 15 tadi dan apa lagi , tekan la dengan jari ke atas dulang pembakar . Hiaskan dengan manik atau apa-apa yang dirasakan cantik pada mata anda .
Kelima, untuk langkah buat biskut semperit ni , panaskan oven sekejap pada suhu 200’C api atas bawah sekitar 5 minit dan turunkan pada suhu 170’C , masukkan dulang pembakar dan bakar biskut semperit dahlia untuk tempoh 25-30 minit . Kenapa tak tetap masa ? Sebab oven berlainan jenama akan sedikit sebanyak mempengaruhi masa pembakaran. Tuan oven je yang kenal perangai oven dia kan.
Dah siap , apa lagi, sejukkan seketika dan susun cantik-cantik dalam bekas biskut dan malam lepas berbuka puasa , boleh la makan sebalang dua untuk percubaan katanya . hee.
Post a Comment for "cara buat kuih semperit"