cara buat laksa sarawak
RESEPI LAKSA SARAWAK MUDAH DAN SEDAP GUNA PES HAJI MANAN | Memamg sejak diperkenalkan dengan pes Laksa Sarawak Haji Manan ni, entah dah berapa kali dah Sis memasaknya sendiri. Satu kepuasan bila dapat masak dan makan sepuasnya.
Pesnya pun tidaklah susah nak dapatkannya, ada di jual di Shopee atau jika bernasib baik, ada juga terjual di Mydin atau Pasaraya luar, tapi bila tau Shopee ada jual, Sis beli di Shopee aje. Tapi waktu nak membeli pun kena betul-betul lihat dan baca.
Sis beli dengan local seller dari Klang, tengok pada jualannya, memang ramai beli dan baca review pun agak bagus. Dalam 3/4 hari ikut waktu bekerja, barang dah sampai.
Resepi Laksa Sarawak Yang Ringkas Dan Lazat
Masak Laksa Sarawak ni tak susah mana punn, kalau korang rasa diri tu 'bodoh-bodoh' sikit , jangan risau, mesti pandai masak punya, janji pastikan ada pes Laksa Sarawak Haji Manan ni, mudah dan sedap.
Untuk family ramai dalam 8/10 orang atau lebih, korang boleh guna dua bungkus pes tu. Memang cukup makan punya. Untuk Sis yang 3 orang aje ni, pun Sis suka masak2 bungkus , sebab memang saja bikin lebih buat makan seharian, tak masak nasi dan juga untuk di bawa ke-esok harinya buat sarapan Sis hehehehe..
Bahan dan cara memasaknya pun semua ada di tulis dan di ajar di belakang bungkusan pes tu haaa.. sebab itu Sis kata, kalau rasa diri 'kurang pandai' masak, jangan risau, semuanya mudah ajee.. Meh Sis ajar step by step..
Begini Rupanya Resipi Laksa Sarawak Sedap, Semerbak Bau Satu Rumah!
Hehehee yaaa, dia ada sedikit bau yang tak tau le nak cakapbau apa ek, mungkin memang macamtu, tapi Sis pernah makan dulu masa di Sarawak (lama dulu), yang tu lagi kuat kot baunya dan sejak tu memang tau Laksa Sarawak memang ada bau seolah macam 'bau jamu'..
Tapi pes Laksa Sarawak Haji Manan ni, korang jangan risau, ada juga bau, tapi bau dia mengiurkan, melazatkan dan membuka selera.. janji rasa Laksa Sarawak tu ada oii.. tak payah nak pi Sarawak, beli pes dan masak aje sendiri hehehehe, puashati..
Call Me Sis Lin | Married | MoM of 3 | Housewife | Fulltime Blogger since 2008 . FAQ Kindly Email : linmdnoor[at]gmail[dot]comKalau sebut pasal laksa, muncul banyak variasi laksa mengikut negeri di Malaysia ni kan.Kalau di Sarawak mestilah terkenal dengan resepi laksa Sarawak nya .Di Kelantan pula terkenal dengan laksa putih dan laksa penang. Di Kedah laksa ikan sekor manakala di Johor pula laksa Johornya.
Mee Laksa Sarawak, Memang Puas Makan. Siap Ada Resipi Pes Laksa Sarawak.
Jadi mana satu hidangan laksa yang menjadi pilihan hati ? Kami ? Semua kami makan. Asalkan sedap sahaja.Heee. Hari itu sebelum pulang bercuti ke kg halaman, kami sempat buatkan laksa sarawak untuk keluarga.
Alhamdulillah habis licin hidangan laksanya.So alang-alang dah buat, terus kami snap gambar untuk senang diupdate masuk ke dalam laman web kami.Bagi mudahkan berkongsi resepi laksa sarawak ini untuk mereka yang tercari-cari cara membuatnya.
Untuk menambahkan lagi rasa, antara benda yang wajib ada adalah sambal udang kering.Tambahan sambal udang kering ke dalam laksa sarawak memang kombinasi rasa yang sesuai.
Resepi Laksa Sarawak Homemade Paling Sedap
#1: Rendam mihun ke dalam air sejuk.Ketepikan.Didihkan 2 liter air bersama halia dan serai yang diketuk.Bila mendidih, masukkan dada ayam dan rebus sampai masak.Masukkan udang di akhir 10 minit. Angkat dan toskan.Sementara itu, pecahkan telur dan kacau sebati.Gunakan non stick pan ya untuk mudah.Panaskan dan buatkan menjadi telur dadar.Bila masak, gulung dan hiris halus.Ketepikan.
#2: Isi dada ayam yang sejuk diracik halus.Ketepikan.Jom kita buat kuah laksa sarawak.Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan tadi.Masak hingga mendidih dan tambahkan santan.Kacau sebati serta kecilkan api.Perasakan dengan garam dan gula.Siap.
#3: Didihkan air dalam periuk lain untuk mencelur sayur sawi , fishcake.Baki air masukkan ke dalam mihun untuk melembutkannya.Hiris halus fishcake, daun ketumbar, cili merah.Taugeh tak perlu dicelur sebab kami suka rasanya yang rangup.
The Masterpiece: Resepi Laksa Sarawak Original
#1: Bakar terlebih dahulu bahan yang perlu dibakar supaya lebih sedap dan harum.Kisar bawang merah, bawang putih, belacan, udang kering sehingga halus.Masukkan sedikit air sahaja ya.
#2: Masukkan minyak ke dalam kuali dalam anggaran 1/2 cawan.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan barulah dimasukkan cili kisar.Tumis hingga pecah minyak barulah dimasukkan air asam jawa beserta garam dan gula.Masak hingga pecah minyak beberapa kali dan pekat.
Ok semua bahan dah siap, terus masukkan mihun kedalam mangkuk beserta isi dada ayam rebus, udang, fishcake, hirisan telur dadar goreng ( kami x guna sebab alahan pada telur ), sayur sawi, taugeh, hirisan cili merah beserta daun ketumbar.
Post a Comment for "cara buat laksa sarawak"