Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara hilangkan batuk ibu mengandung

cara hilangkan batuk ibu mengandung

Akhir-akhir ini memang musim batuk dan selesema – Ramai yang mula sakit tekak, batuk, demam dan selsema, termasuklah anak-anak dan ibu hamil.

Mungkin ada antara kita yang mengalami simptom ringan akan membeli ubat batuk biasa di farmasi. Bagi yang sakit tekak pula, telan gula-gula lozenge untuk melegakan rasa perit.

Mengandung-Prospan-Selamat.jpg?strip=all alt=Bahaya Ibu Mengandung Makan Ubat Batuk - Cara Hilangkan Batuk Ibu Mengandung />

Ramai patients saya, ibu hamil yang dah terjangkit virus wabak ni hantaq kat saya wasap, boleh kaa ambil ubat batuk PROSPAN dan boleh kaa telan lozenge DIFFLAM. Depa kata, depa dah pi beli dah dan dah telan dah, baru laa teringat nak tanya saya.

Obat Batuk Untuk Ibu Hamil Dari Yang Alami Sampai Medis!

Pengeluar kedua-dua ubat batuk dan lozenge ni, dah buat kenyataan, belum ada kajian perubatan yang membuktikan ia selamat di ambil oleh ibu hamil atau ibu yang menyusukan bayi. Jadi depa sendiri dah bagi nasihat janganlah ambil.

Kalau dah tertelan, toksah bimbang, sebab tiada juga bukti ia memudaratkan sebab tiada kajian. Jadi, toksah laa ambil lagi dan pi bagi kat orang lain yang tidak hamil dan tidak menyusukan bayi.

Untuk pengetahuan anda semua, kedua-dua ini bukan pun boleh menyembuhkan jangkitan virus. Ia hanya boleh melegakan symptom batuk dan sakit tekak. Ia tidak mencepatkan kesembuhan. Tak payah ambil pun takpa.

Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Ayah Boleh Cuba Trik Ini

Sekiranya anda batuk sebab ada jangkitan bakteria, antibiotik boleh digunakan untuk membantu badan anda melawan bakteria. Tetapi jika anda batuk sebab ada jangkitan virus, tak guna ambil antibiotik sebab ia tak boleh lawan virus.

Pengecualiannya ialah jika jangkitan virus itu telah melemahkan badan anda dan menyebabkan anda dapat pula jangkitan bakteria. Inilah dinamakan viral infection with superimposed bacterial infection. Doktor yang memeriksa anda akan memberi nasihat untuk pesakit yang tiada superimposed bacterial infection tak payah lah ambil antibiotik.

Hari ini saya nak bagi satu petua natural remedy tanpa ubat untuk melegakan batuk dan sakit tekak untuk ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi, dan juga kepada followers lain yang mahukan kaedah natural remedy.

Redakan Batuk Dan Gatal Kerongkong, Tak Payah Ambil Ubat, Ibu Hamil Boleh Cuba Resipi Ni!

Ambil satu sudu madu bersama dua atau tiga sudu perahan lemon dan kacau ke dalam satu gelas air suam dan minum. Sangat melegakan! Inilah caranya Pak Mart dan saya selalu buat jika dapat batuk selsema. Memang best.

Tetapi, perlu ingat satu saja larangan, jangan bagi madu kepada bayi sebelum usia 1 tahun, sebab sudah ada kajian yang menunjukkan di dalam 10% madu, terdapat spora botulinum yang boleh memudaratkan bayi.Batuk adalah tindak balas badan untuk membersihkan tekak dan saluran pernafasan jika benda asing, mikrob, perengsa, cecair atau lendir tersekat. Walau bagaimanapun, jika masalah batuk kian serius dan berterusan, ia boleh menjadi tanda keadaan perubatan yang lebih rumit dan memerlukan ubat batuk untuk merawat.

Malah wanita mengandung lebih terdedah untuk mengalami jangkitan virus pernafasan seperti batuk terutamanya ketika musim sejuk tetapi bolehkah pengambilan ubat batuk untuk ibu mengandung?

Obat Batuk Alami Untuk Ibu Hamil

Pelbagai punca yang menyebabkan batuk seperti penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza, jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis), alahan, asma, tabiat merokok dan penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD).

Batuk juga terjadi disebabkan terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja, asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD), rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome), dan tekanan.

Meskipun ibu merasa penat kerana batuk, batuk ketika hamil tidak memudaratkan bayi kerana ia bukan simptom berbahaya, bahkan bayi dalam kandungan juga tidak merasakannya.

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Lozenges Untuk Menghilangkan Batuk Ketika Hamil

Batuk yang kuat dan berulang tidak menyebabkan pengecutan rahim atau plasenta berubah tempat, tetapi ia menimbulkan ketidakselesaan dan sakit pada otot perut.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada dijangkiti selsema atau batuk semasa hamil dan merawatnya sebaik sahaja anda mendapatnya kerana beberapa punca batuk boleh membahayakan bayi, contohnya penyakit seperti asma, bronkitis atau radang paru-paru.

Sesetengah teh, remedi di rumah dan produk over-the-counter (OTC) boleh membantu ibu mengawal gejala batuk namun ada sesetengah kes boleh menyebabkan bahaya dan berisiko kepada bayi.

Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Mengandung Elakkan Stress!

Jadi bakal ibu disarankan berjumpa doktor atau mendapatkan pandangan ahli farmasi terlebih dahulu apabila mengalami batuk berterusan atau wujud gejala penyakit pernafasan, supaya rawatan dan ubat batuk untuk ibu mengandung yang selamat diambil dapat diberikan.

Ubat ini boleh melegakan simptom hidung berair dan gatal tekak. Antihistamin generasi pertama seperti chlorpheniramine dan cetirizine boleh diambil dalam dos yang ditetapkan bagi wanita hamil.

-

Ubat batuk expectorant bertindak dengan meningkatkan kelembapan dalam saluran pernafasan dan memulihkan penyingkiran kahak secara semula jadi. Dengan pengambilan dos standard, ubat ini secara amnya dianggap selamat untuk digunakan semasa kehamilan.

My Wealthy: Batuk Ketika Hamil

Jenis ubat batuk kategori ini adalah untuk batuk berkahak. Batuk yang bermula jauh dari dalam paru-paru kerana mukus (kahak) yang tebal. Ubat batuk cair kahak ini akan memutuskan jaringan mukus agar menjadi lebih longgar dan mudah untuk keluar apabila batuk.

Mungkin perlu diambil jika mengalami batuk disertai kahak berwarna kuning atau kehijauan, berdehit, demam berterusan dan sakit badan. Pengambilan antibiotik perlu mendapat preskripsi doktor agar ia bersesuaian dengan keadaan diri anda.

Banyak antibiotik dilarang ambil semasa kehamilan kerana risiko kecacatan kelahiran tinggi. Jika tidak pasti mengenai ubat batuk sesuai untuk ibu mengandung, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

Jenis Ubat Batuk Boleh Beli Di Farmasi Tanpa Preskripsi Doktor, Elak Batuk Anak Lebih Teruk

Breacol ialah ubat batuk yang mudah dijumpai dekat farmasi, tidak memerlukan preskripsi doktor untuk beli ubat ini. Bahan aktif dalam Breacol ialah guaifenesin yang akan cairkan kahak supaya senang untuk dikeluarkan.

Post-nasal drip berlaku apabila hingus melalui belakang tekak membuatkan tekak menjadi gatal. Antihistamine ini berkesan untuk membasmi gatal, merah, and bengkak. Ammonium chloride pula membantu kahak kurang melekit dan senang dikeluarkan dari tekak.

Mucolix ialah ubat batuk berbentuk sirap dengan kandungan bromhexine yang membantu mencairkan dan memudahkan pengeluaran kahak tebal dalam saluran pernafasan. Selamat digunakan ketika hamil, tiada bukti yang mengaitkan bromhexine dengan kecatatan bayi atau risiko lain.

Petua Hilangkan Batuk

Lozenges merupakan sediaan berbentuk gula-gula yang mengandungi ubat berperisa manis yang berfungsi untuk memberi kelegaan dan keselesaan ke atas iritasi rongga tekak. Tiada laporan menyatakan lozenges tidak sesuai digunakan semasa mengandung atau semasa menyusukan bayi.

Himalaya Koflet Lozenges bermanfaat dalam kedua-dua jenis batuk produktif dan juga berfungsi sebagai ubat batuk kering. Tindakan antitussive periferal lozenge Koflet mengurangkan kerengsaan mukosa bronkial manakala kandungan anti-radang Koflet lozenge mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan atas, terutamanya di pharynx dan laring.

Rawat

Ubat batuk Robitussin boleh memberi kelegaan batuk serta melegakan simptom akibat demam atau alahan pernafasan dengan menyediakan cecair penahan batuk yang mudah dan cepat diambil.

Ubat Batuk Terbaik: 5 Jenama Ini Selamat Untuk Ibu Hamil

Memberikan kelegaan yang menenangkan dalam rasa berry yang enak, ubat batuk untuk digunakan pada waktu malam ini dirumus untuk mengawal impuls anda bagi membantu anda tidur daripada gangguan batuk.

Selain daripada mengambil ubat batuk, batuk juga boleh dihilangkan dengan sumber semula jadi. Kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan pun memang dah ada dalam dapur anda.

Tak perlu dinafikan lagi bahawa madu asli mempunyai banyak khasiatnya termasuklah melegakan batuk. Madu boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan semula jadi lain seperti perahan limau nipis dan jus lemon.

Petua Hilangkan Batuk Dan Gatal Tekak Dengan Cepat, Sila Tutup Mulut!

Kombinasi madu asli, perahan jus lemon dan air suam menghasilkan ramuan mujarab untuk mengurangkan batuk. Madu mampu menenangkan manakala jus lemon boleh membantu daripada berlakunya kesesakan pada rongga.

Salah satu cara semula jadi yang paling mudah adalah meminum air kosong dengan banyak. Batuk yang berlarutan mampu menyebabkan sakit tekak. Jadi, amat penting untuk anda mengekalkan kelembapan tekak dengan meminum air masak. Air masak juga mampu mencairkan kahak dan mengelakkan dehidrasi yang boleh mengundang penyakit lain.

Campurkan pudina segar untuk bantu menghilangkan gatal pada kerongkong. Nak membuat teh halia yang menyelerakan untuk diminum sangatlah mudah. Anda hanya perlu rendam halia dan beberapa helai daun pudina dalam segelas air panas.

Persoalan Yang Mak Mengandung Selalu Tanya

Nak buat air asam jawa pun sangat senang. Anda hanya perlu campurkan dua sudu asam jawa dengan air suam dan kacau hingga sebati. Jangan lupa tapiskan air asam jawa untuk buang biji dan seratnya.

Bawang putih bukan hanya untuk menaikkan rasa dalam masakan tetapi boleh juga menghilangkan batuk. Bawang putih sebenarnya salah satu petua tradisional yang berkesan dan amat mudah. Caranya ialah membakar satu labu bawang putih di atas dapur gas selama 15 minit.

-

Jangan buang kulitnya dan pastikan ianya tidak terbakar sehingga hangit atau rentung. Selepas 15 minit, buangkan kulitnya dan makan begitu sahaja. Kalau tak berselera makan bawang putih, jangan risau sebab ada cara alternatif yang anda boleh lakukan.

Susu Untuk Ibu Mengandung

Tumbukkan bawang putih yang dah dibakar tadi dan gaul bersama minyak zaitun atau minyak kelapa dara. Kemudian, sapukan ramuan ini pada leher sekerap mungkin.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ubat Batuk Untuk Ibu Mengandung? Ini 8 Pilihan Sesuai

Baca juga: Anak Batuk Tak Henti? Ini 7 Jenis Batuk Yang Bahaya Pada Anak-Anak! Baca juga: Anak Kerap Batuk & Lambat Sembuh, Doktor Saran Ibu Beri Minum Air Kembang Semangkuk Baca juga: Cara Hilangkan Batuk Bayi Dengan Cepat & Berkesan, Hanya Guna Bahan Dari Dapur!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

Cara Hilangkan Sembelit Ketika Hamil Yang Berkesan

Post a Comment for "cara hilangkan batuk ibu mengandung"