Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara membuat kad hari raya

cara membuat kad hari raya

Hari ini entri tutorial kraf kertas. Kita buat kad raya ye. Hihihi walaupun baru masuk hari ke-4 berpuasa, kena up tutorial awal-awal. Bagi sesiapa yang berminat nak buat kad raya DIY, adalah ruang masa untuk kalian. Tidaklah nanti tergopoh-gapah nak sediakan barang, ..nak siapkan kad, ... nak kejar tarikh akhir Pos Malaysia lagi.

Kad raya DIY kali ini kita akan gunakan template di bawah dan bahan-bahan mudah. Save imej 'Salam Lebaran' di bawah, cetak di atas kad/kertas keras mengikut saiz pilihan. Hendak besar, cetak besar. Kalau suka yang kecil, cetaklah kecil.

Untuk kad ini, base card saya guna page border organiser lama. Saya potong kotak bahulu yang berwarna pelangi menjadi satu jalur yang sesuai dengan saiz kad. Saya gunakan border punch pada kertas berwarna kuning dan buat lining di tepi jalur kertas tersebut. Seterusnya, saya gunakan hiasan bunga berwarna ungu dan secured the positon using a yellow button brad. Akhir sekali, tampal sentimen 'Salam Lebaran' menggunakan dimensional tape.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Masih dengan page border dan kotak baulu, saya gunakan gel pen berwarna kuning untuk lukis faux stitch dan rama-rama felt berwarna biru.

Base card berwarna hijau. Saya gunakan kertas bercorak berjalur dengan tema warna yang sama. Tampalkan jalur kertas kuning (yang sisinya dikoyakkan untuk hasilkan efek yang comel) di belakang kertas berjalur. Sebelum tampal kertas jalur pada base card, lilitkan benang hijau dan kuning dan simpul jadi reben. Gunakan dimensional tape untuk tampal kertas berjalur yang kita dah hias tadi ke atas base card. Akhir sekali, tampal sentimen 'Salam Lebaran' juga menggunakan dimensional tape.

Antara yang paling mudah. Hanya tampalkan kertas bercorak dan satu jalur kertas kuning (to complement the stripes) di atas base card, diikuti dengan sentimen 'Salam Lebaran'. Siappppp!

Terima Kad Hari Raya Pertama

Kad di atas, saya gunakan kertas coklat bercorak retro yang digabungkan dengan kad wood design. Cuma kali ini ditambah dengan butang dan baker's twine.

Kad terakhir ini pula hanya guna washi tapes. Potong-potong, tampal dan jangan lupa sentimen 'Salam Lebaran'. Oh, untuk dapatkan idea kad menggunakan washi tapes, boleh intai di sini.

Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakanhashtag#famftowercraftsdi Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)

Aktiviti Boleh Dilakukan Dengan Anak Anak Bertema Aidilfitri

Post a Comment for "cara membuat kad hari raya"