Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara rujuk dalam tempoh iddah

cara rujuk dalam tempoh iddah

Akak saya baru bercerai dengan suaminya di mahkamah. Boleh Ustaz jelaskan tempoh edah seorang isteri yang diceraikan dan apakah pantang larang dalam edah? Sebab ada kawan saya cakap akak saya tidak boleh keluar rumah selagi belum habis edah. Harap ustaz boleh jelaskan.

Edah, idah atau dalam bahasa Arabnya ‘iddah‘ bermaksud tempoh menunggu di mana ianya adalah tempoh masa yang akan dilalui oleh perempuan selepas perceraian atau kematian suami.

RujukDalam Tempoh Iddah />

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ ۚ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَنْ يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِنْ كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا ۚ وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Tempoh 'iddah Wanita Istihadah

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Tempoh ‘iddah wanita yang bercerai ialah tiga kali suci. Jika wanita tersebut ditalaq semasa dalam keadaan yang suci, tempoh ‘iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga. Jika ditalaq semasa dalam keadaan yang haid, ‘iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.

وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ ۚ وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا

Iddah Rujuk Dan Talak

Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), maka masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.

Wanita yang berada dalam tempoh ‘iddah mempunyai batasan hukum yang perlu dipatuhi sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara yang perlu dipatuhi ialah:

Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya) dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ) kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata

Nafkah Dan Zakat Isteri Yang Dalam 'iddah

Malah suaminya wajib membayar nafkah kepada isterinya selama dalam tempoh ‘iddah. Tujuan dan hikmahnya agar suami dan isteri dapat berfikir dan menilai semula tindakan mereka, seterusnya dapat mengelakkan penceraian yang mungkin berlaku.

Menurut pandangan Mazhab Syafie, suami tidak boleh tinggal sekali bersama isterinya dalam tempoh ‘iddah, kecuali mereka tinggal bersama mahram seperti ibu bapa atau adik-beradiknya.

Jika suami tetap berterusan tinggal bersama isterinya tanpa mahram, dibimbangi berlakunya berkara yang melanggar syarak, kerana hubungan suami isteri menjadi haram dan berdosa besar kerana gugurnya talak.

Iddah,

Pel. 15 Unit 2 Rujuk Penawar Bagi Talak

Tempoh ‘iddah bagi wanita yang bercerai atau kematian suami adalah tiga kali suci. Bagi yang menopause 3 bulan. Manakala wanita yang mengandung, adalah sehingga dia bersalin atau kandungannya gugur.

Boleh sepertimana firman Allah SWT dalam Surah At-Talaq, ayat 1. Tapi dalam Mazhab Syafie, suami tidak boleh tinggal sekali bersama isterinya dalam tempoh ‘iddah, kecuali ada mahram seperti ibu bapa atau adik-beradiknya.

Kongsikan dan sebarkan artikel yang bermanfaat ini kepada sahabat dan keluarga kita yang lain. Semoga sama-sama kita memperoleh manfaat dan pahala. Insya-Allah 🙂Assalamu’alaikum ustaz, jika pasangan suami isteri itu bercerai talak 1, kemudian suami itu menyentuh isterinya tersebut dengan syahwat, adakah perbuatan tersebut dikira sebagai ruju’ ? Terima kasih.

Kecoh Mawar Bersolek Dalam Tempoh Iddah, Peguam Syarie Perjelas Pantang Larang Iddah

Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Islam amat menggalakkan supaya dikekalkan hubungan perkahwinan di antara suami isteri. Meskipun begitu, kadangkala boleh berlaku perselisihan dan salah faham sesama pasangan dalam bentuk yang sukar untuk dipertahankan ikatan perkahwinan. Maka Islam memberikan jalan keluar untuk sekalian umatnya menerusi pensyariatan talak (cerai). Dalam masa yang sama, syariat Islam menjadikan asal bagi talak adalah merupakan talak raj’ie (yang boleh dirujuk semula) yang tidak memutuskan ikatan perkahwinan secara menyeluruh. Kerana itulah syarak memberikan hak kepada seorang suami untuk merujuk semula dengan isterinya selama dalam tempoh iddah.

Iddah

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, suka kami menjelaskan beberapa nas yang menunjukkan kepada pensyariatan ruju’. Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T :

Artikel Khas Untuk Tempoh Peridahan Bagi Wanita Selepas Penceraian Berlaku.

Maksudnya : Dan suami-suami mereka (orang perempuan) berhak meruju’ semula dengannya dalam tempoh masa (iddah) tersebut, sekiranya mereka (para suami) berkehendakkan kepada kebaikan.

Manakala nas daripada sunnah adalah berdasarkan perbuatan Nabi S.A.W yang meruju’ semula kepada isterinya Ummu al-Mu’minin Hafsah. Ini seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar Ibn al-Khattab R.A beliau berkata :

Persoalan yang utama dalam isu ini adalah, apakah kayu ukur yang diambil kira untuk seseorang suami itu merujuk semula kepada isterinya, maka kami menyatakan bahawa para ulama berbeza kepada beberapa pendapat yang utama dalam isu ini.

Jodoh Masih Panjang, Linda & Beego Bercerai 2 Minggu, Rujuk Semula Dalam Tempoh Iddah

Para ulama al-Syafi’eyyah berpendapat bahawa tidak sah perbuatan ruju’ serang lelaki melainkan hanya dengan perkataan. Sekiranya dengan perbuatan seperti seorang suami itu menyetubuhi isterinya dalam tempoh iddah, maka ia tidak dikira sebagai ruju’. Maka tidak sah meruju’ menerusi perbuatan yang melibatkan berpelukan, menyentuh, dan sebagainya selama mana seseorang itu mampu untuk mengucapkan lafaz rujuk.

-

Kata Imam Al-Nawawi : Tidak sah meruju’ melainkan dengan ucapan. Sekiranya seseorang itu menyetubuhinya maka hal tersebut tidak dianggap sebagai ruju’. Maka tidak sah (ruju’) dengan perbuatan sekiranya seseorang mampu untuk mengucapkan (lafaz ruju’). Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (7/266).

Maksudnya : Sekiranya seseorang lelaki itu menyetubuhi isterinya (dalam tempoh iddah raj’ie), menciumnya, atau menyentuhnya, maka yang demikian itu tidak berlaku padanya ruju’. Sama ada dia melakukannya dengan niat ruju’ atau pun tidak. Rujuk Al-Majmu’, Al-Nawawi (7/266).

Baru Cerai Dah Bersolek'

Manakala di sisi mazhab Hanbali, ada dua pendapat dalam isu ini. Pertama, ruju’ tidak berlaku melainkan dengan ucapan sahaja. Manakala pendapat yang kedua menyebutkan bahawa ruju’ itu terhasil dengan persetubuhan, sama ada dengan niat ruju’ atau pun tanpa niat. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (7/523).

Imam Ibn Qudamah menambah lagi : Sekiranya seorang lelaki itu mencium isterinya (dalam tempoh iddah), menyentuhnya dengan syahwat, menyelak kemaluan lalu melihatnya, maka pendapat yang dinaskan daripada Imam Ahmad adalah kesemuanya itu tidak dianggap sebagai ruju’. Manakala menurut Ibn Hamid : Ada dua pendapat dalam isu ini. Pertama : Ia dianggap sebagai ruju’, kerana perbuatan ini dianggap sebagai berseronok-seronok yang hanya diharuskan menerusi perkahwinan. Maka terhasil ruju’ dari perbuatan tersebut sama seperti persetubuhan. Manakala pendapat yang kedua menyatakan bahawa ia tidak dianggap sebagai ruju’. Ini kerana ia (perbuatan-perbuatan tersebut) adalah perkara yang tidak ada kaitan dengan ijab iddah dan juga mahar. Maka tidak terhasil ruju’ dari perbuatan tersebut. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (7/53).

Syeikh Dr. Muhammad Al-Zuhaili menyatakan : ‘’(Ruju’) adalah lafaz yang ringkas maka tidak sah ruju’ melainkan dengan perkataan. Hendaklah ia merupakan lafaz yang sarih dan ia tidak memerlukan kepada niat. Seperti ucapan ‘aku ruju’ kamu’, dan lain-lain’’.

Iddah

Garis Panduan Ber

Begitu juga beliau berkata : ‘’Dan haram istimta’ (bermesraan) dengan wanita yang ditalakkan dengan talak raj’ie menerusi persetubuhan, bersentuhan, dan melihat ke arahnya meskipun tanpa syahwat, ini kerana dia telah berpisah dengan suaminya..’’. Rujuk Al-Mu’tamad, Al-Zuhaili (4/185 - 190).

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa kami cenderung kepada pendapat mazhab Al-Syafi’e dalam isu ini. Dari sudut ruju’ antara pasangan yang bercerai tidak boleh berlaku dengan perbuatan semata-mata sekiranya seorang lelaki itu mampu untuk melafazkan ruju’. Bahkan ia hanya sah dengan ucapan ruju’ dari pihak suami sahaja. Kami juga menyatakan, dalam kes-kes sebegini hendaklah pasangan tersebut mendaftarkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Kemudian setelah mendapat perintah mahkamah, proses ruju’ boleh diteruskan selama masih dalam tempoh iddah. Proses-proses ini boleh dirujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan atau Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

Post a Comment for "cara rujuk dalam tempoh iddah"