Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara sukat air beras

cara sukat air beras

Apa saja cara yang di gunakan untuk memasak seperiuk nasi, asalkan nasi masak dengan elok itu sudah memadai. Aku adalah sejenis yang masih menggunakan cara lama masak nasi sukat beras dan air guna jari. Boleh saja guna cawan atau sukatan yang ada tertera pada periuk itu tapi masak nasi sukat beras dan air guna cari inilah yamg paling senang dan praktikal pada aku.

Seperti gambar yang di tunjukkan di atas, hanya celupkan jari dalam air beras yang telah di basuh untuk menyukat. Mudah sangat cara ini sebab jari sentiasa di tangan. Tapi penyukat entah hilang kemana. Nak nasi yang lebih lembut, lebihkan air, Nak yang lebih keras sikit kurangkan airnya. Biasanya nasi yang lebih keras sikit, sesuai untuk di buat nasi goreng... gitu!!

GajetDapur:Sukat Air Untuk Masak Nasi - Cara Sukat Air Beras />

Kalau hendak menggunakan bekas atau cawan yang menyukat beras itu juga, nanti basah pula. Kalau terlupa mengelap kembali penyukat selepas menggunakannya untuk menyukat air, terus di masukkan kedalam tong beras, basah dan berlapuklah beras di dalam tong. Bukankah tak bagus jadinya... huh!

Cara Masak Nasi Yang Betul, Ikut Tip Ini, Elak Nasi Lembik & Jelantah!

Itu sebabnya lebih baik menggunakan jari. Kalau menggunakan periuk elektrik yang sudah di tandakan sukatan itu, kadang-kadang tak berapa nampak garisan yang di tunjukkan. Cara menggunakan jari juga yang paling praktikal. Tapi bergantunglah kepada situasi dan kehendak masing-masing. Tak gituuu...!

Aku ada sedikit cara yang aku guna sekiranya untuk menyukat beras apabila memasak nasi lemak, nasi ayam, nasi beryani, nasi arab atau apa juga nasi berperisa yang lain. Cara aku, aku ukur dulu untuk memasak nasi macam biasa. Selepas itu aku toskan air yang bersama beras itu dalam sebuah jag besar. Tandakan ukuran air itu.

Keluarkan air dari jag tapi jangan buang dan ketepikan beras yang telah terpisah dari airnya.Masukkan santan sekiranya untuk membuat nasi lemak separas ukuran yang di tandakan tadi. Sekiranya tak cukup jumlah santan dari ukuran, masukkan air beras kembali sehingga separas ukuran. Lebihan air beras, bolehlah di buang. Selepas itu bolehlah di masak seperti biasa.

Zamani

Cara Masak Bubur Bayi Dan Nasi Dengan Mudah

Begitu jugalah sekiranya cara aku apabila nak membuat nasi ayam dan lain-lain nasi itu. Iaitu kuah sup yang di gunakan di ukur dalam jag yang di tandakan. Bukankah senang cara ini. Takkan nak ukur dengan jari air sup ayam yang panas itu. Setakat aku buat macam ini, masakan nasi aku gerenti menjadi... Alhamdulillah!

Setiap orang berbeza cara dan pandangannya, Ini hanya cara aku dan apa yang aku lakukan. jadi jangan di pertikaikan cara dia lebih bagus tau cara kita tak bagus. Nikmatilah kepelbagaiaan dengan jiwa yang lapang. Apa salahnya mempelajari perkara yang lain untuk pengetahuan diri sendiri. Itu saja... heheh!

Cara

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com

Jangan Buang Air Beras Yang Dibasuh, Ada Cara Boleh Kita Manfaatkan Pada Rambut

[PENAFIAN] dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Panduan

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

[PENAFIAN] dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Panduan

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Post a Comment for "cara sukat air beras"