Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara jaga bunga ros

cara jaga bunga ros

Huhu.... berangan nak menanam pokok bunga ros la plak.. hehe. Sebenarnya sebelum ni aku dah pernah tanam pokok bunga ni dulu.... bertahun2 dulu masa tinggal kat rumah lama. Aku beli sampai 5 pasu pokok bunga ros kat sungai buluh... pilih yang banyak kudup bunga yang belum mekar. Biar nanti mekar kat rumah la...

Letak bersusun di halaman rumah, gigih la menyusun bata nak hias laman tu. Esok paginya excited nak tengok bunga ros kembang tapi pokok bunga dah kudung semua, di makan dek arnab jiran yang terlepas dari kandang. Frust gila masa tu... Dek geram, aku dengan jiran depan rumah tangkap arnab2 tu hantar jauh2 dari rumah kitorang.

Bunga-ros-1024x774.jpg?strip=all alt=Cara Menanam Dan Menjaga Bunga Ros Agar Subur Dan Cantik - Cara Jaga Bunga Ros />

Bila tuan si arnab sibuk mencari arnab2 dia, kitorang buat tak tau jela... Sapa suruh biarkan arnab2 tu berkeliaran kat rumah orang.... Sampai habis pokok2 bunga rumah orang dikerjakannya.... Ha.. baru dia tauuu... Dua minggu lepas tu beli 2 pasu pokok bunga ros lagi... Pokok bunga ros yang makan dek arnab tu dah tak dapat diselamatkan...mati...isk3. Kali ni letak tempat tinggi. Tak mau berulang lagi...

Cara Menanam Bunga Mawar Dengan Mudah Dan Cepat

Mesti ramai di kalangan wanita yang suka dengan bunga ros. Bagaimana dengan penjagaan pokok bunga ros? Jika tidak kena cara, agak sukar juga untuk tanam pokok bunga ros. Jom kongsi beberapa tips mudah untuk penjagaan pokok bunga ros.

Pokok bunga ros perlukan tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar), air, matahari dan sumber nutrien baja.

Jangan lupa, pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang tetapi jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.Hanya siram sekadar membasahkan tanah.

Cara Menanam Mawar Rambat (climbing Rose)

Berikan baja pokok dan bunga untuk menambahkan nutrien pokok. Amalkan air basuhan beras dan ikan sesekali letakkan kulit pisang pada pangkal pokok ros kerana pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros.

Pokok bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh terus diletakkan di bawah sinar matahari tetapi pendedahan secara berjadual sehingga pokok boleh sesuaikan diri dengan iklim barunya.

Bagi menggalakkan pengeluaran bunga, pokok ros yang telah habis berbunga perlu dicantas. Cubitan pada tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boleh meningkatkan pengeluaran bunga yang banyak.

Cara Merawat Bunga Mawar Agar Sehat Dan Rimbun, Beri Pupuk Npk Mutiara 16 16 16

Buang daun-daun pokok bunga ros yang terkena penyakit. Pokok bunga ros selalunya akan diserang black spot. Jadi untuk mengawal masalah ini, anda boleh gunakan formula organik campuran cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit.

Tips

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com

[PENAFIAN] dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Cara Merawat Mawar Agar Cepat Berbunga

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.Pagi-pagi di bulan Ramadhan ni jom cuci mata tengok gambar pokok-pokok ros yang saya jaga /bela semenjak bulan Mac tahun ni . Pada awalnya saya memang agak sangsi untuk bela pokok ros ni sebab dari info yang selalu saya dengar kononnya pokok ros ni susah nak dijaga dan pokok yang sangat manja tapi disebabkan tarikkan yang terlalu kuat bila melihat foto di facebook kawan-kawan yang bela pokok ros ni dan semua pokok ros mereka tumbuh subur dan berbunga lebat . Saya join group pencinta pokok ros di fb dan banyak timba ilmu dari rakan-rakan senior yang dah bertahun bela pokok ros ni . Saya pun beli beberapa anak pokok dari nursery di Sg.Buloh . Pada mula memang banyak cabaran yang saya tempuhi nak bela pokok ros ni tapi saya banyak bertanya dan belajar dari rakan-rakan senior tentang cara terbaik untuk membela pokok ros serta cara menangani massalah pokok ros seperti cara nak elak pokok ros kena penyakit atau macam mana nak rawat pokok ros yang sakit atau nak bagi pokok ros subur serta berbunga lebat .

Semakin lama semakin banyak ilmu yang saya belajar dari kawan-kawan sehobi yang tak pernah lokek berkongsi ilmu . Saya pun banyak membaca teori tentang pokok ros dan selepas betul-betul faham apa yang dibaca saya cuba praktikkan pada pokok-pokok ros yang saya bela . Alhamdulilah kini semua pokok ros saya hidup subur . Perkara yang dulunya sukar kini menjadi semakin mudah , saya banyak belajar dari pengalaman dan dari 5 pasu pokok ros sekarang ni saya dah ada hampir 60 pasu pelbagai jenis pokok bunga ros sama ada jenis ros kampung tempatan atau pokok ros yang dibawa masuk dari luar negara .

RESEPI

Pokok-pokok ros di taman saya , menjaga atau membela pokok ros memang memberi ketenangan serta kegembiraan kepada diri saya . Rupa , bentuk serta bau ros sentiasa memikat hati saya dan saya sangat sayang semua pokok-pokok ros saya ni . Setiap pagi seawal pukul 6 pagi saya dah mula keluar ke laman rumah saya ni untuk membelek semua pokok ros saya ni . Rutin setiap pagi saya ialah siram pokok , periksa pokok ros untuk buang bunga yang layu , daun-daun buruk atau mencantas dahan yang tak produktif .

Cara Merawat Bunga Mawar Hanya Berikan Satu Sendok Bubuk Ini Jadi Kebal Hama Dan Berbunga Lebat

Ros ni warnanya macam merah lebam dan nama ros ni Memphis Magic , bunga ros ni tak ada bau tapi kelopaknya macam baldu dan kalau kembang tahan lama..

Ni ros David Austin dan nama ros ni Queen of Sweden , ros ni memang sangat cantik kelopaknya berlapis-lapis serta sangat wangi , lalu tepi ros ni saja dah boleh bau keharumannya...

Pokok ros ni kecil saja jenis renek dan saya tanam dalam pasu bertangkai yang saya sangkut pada pagar rumah . Nama pokok ros ni ialah Pink Fairy , masa baru kembang warna soft pink bila dah over bloom bertukar menjadi putih..

-

Tips Cantikkan Halaman Rumah With Pokok Rose 🌹

Lagi satu ros kegemaran saya , nama pokok ros ni ialah Claire Martin dan dari jenis pokok ros memanjat . Batang pokok ros ni akan meninggi dan perlukan sokongan seperti tiang atau para kerana batang pokok ros ni jenis senang melentur jadi batang-batang ros ni perlu diikat pada para/tiang trellis . Bunga ros ni jenis berjambak-jambak dan tiada bau tapi sangat cantik dan bentuk rupa bunga ros ni seakan-akan bunga sakura .

Nama pokok ros ni Whiteline dan agak mudah nak dijaga . Pokok ros ni adalah di antara pokok ros yang mula-mula sekali saya beli dan jaga sampai sekarang . Cepat membesar dan sekarang ni pokok ros ni dah setinggi 4 kaki dan besar , selalu berbunga dan kelopak bunganya tebal tapi tiada bau .

Nama pokok ros ni pula white koster dan pokok ros ni di bawa masuk dari Thailand , pokoknya jenis ros mini rendah saja tapi rajin berbunga , tiada bau tapi bunganya sangat cantik..

Cara Merawat Bunga Mawar: Mudah Dan Cepat Berbunga

Ros ni pula di panggil Red Chilli disebabkan warnanya yang sangat garang dan merah . Senang dijaga tapi tiada bau . Saya cukup tertarik dengan warna dan rupa ros ni yang cantik..

Tip

Ni adalah dari jenis ros kampung yang teramat wangi dan sangat cantik , nama ros ni ialah Damask dan antara ros favorite saya ni . Selalunya kudupnya keluar berjambak-jambak dan kelopaknya berlapis-lapis cuma tak tahan lama bila kembang kelopaknya cepat gugur huhuhuh...

Nama ros ni ialah Summer Scalet , ros ni ada bau sikit dan sangat senang nak dijaga dan selalu berbunga . Ada bermacam-macam jenis lagi pokok ros dalam koleksi saya dan insyallah di lain n3 saya akan kongsi lagi gambar-gambar ros saya ya..

Cara Menanam Dan Merawat Bunga Mawar Rambat (climbing Rose)

Post a Comment for "cara jaga bunga ros"