cara lukis bintang bendera malaysia
Setiap kali terpandangkan Jalur Gemilang berkibaran di sana-sini, pasti timbul rasa debaran semangat menggerakkan kita berusaha sehabis baik. Lirik lagu Jalur Gemilang terngiang-ngiang di telinga seolah-olah bendera itu hidup lalu menyuntik semangat kewarganegaraan ke dalam roh kita. Ia membuatkan kita rasa seolah-olah boleh mencapai apa sahaja.
Namun, jika kita diberi tugasan melukis bendera Jalur Gemilang, semangat tadi luntur kehilangan warna. Semangat kita hilang bukan sebab kita tidak sayangkan bendera kita, tetapi kita tidak mahu mencacatkan bendera kesayangan kita. Kita tiada masalah melukis jalurnya, mahupun bulan sabitnya. Yang menjadi masalahnya ialah bintang 14 bucunya yang selalu membuat ramai rasa ingin menangis setiap kali melukisnya.
Bendera Malaysia />
Aku mengangguk tanda faham. Aku pun selalu memikirkan tentang bagaimana ingin melukis bintang 14 bucu yang cantik. Pemikiran aku membawa kepada poligon 14 sisi, iaitu tetradekagon. Jika kita mampu bina tetradekagon yang sekata, pasti bintang 14 bucu kita pun cantik!
Bintang Bendera Malaysia
Dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sewaktu tingkatan 4 dan 5, ada satu kaedah untuk melukis poligon 5 sisi sekata, pentagon, yang terterap dalam satu bulatan yang diberi. Aku dapati kaedah ini juga boleh digunakan untuk beberapa poligon lain. Maka, adakah kaedah ini boleh digunakan untuk semua poligon?
Ya, ia boleh dilakukan, tapi hanya penghampiran sahaja. Maknanya, apa sahaja poligon sekata boleh dilukis tetapi akan ada sekurang-kurangnya satu sisi yang pendek sedikit berbanding yang lain. Aku dapati kaedah ini tidak sesuai untuk tetradekagon kerana kecacatan yang ketara tetapi agak sekata untuk poligon 7 sisi, heptagon. Maka, menggunakan kaedah ini kita akan bina heptagon dahulu. Memandangkan 14 adalah 2 kali 7, maka mengubah heptagon kepada tetradekagon hanya memerlukan pembahagian dua setiap sisi.
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
National Day (malaysia) 3
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Polar Star (mu0061), Alexandra Renke Stencils
=Untuk melukis bintang 14 bucu jalur gemilang, aku gariskan 3 langkah: 1) Lukis Heptagon; 2) Ubah Heptagon menjadi Tetradekagon; 3) Sambungkan titik-titik tetradekagon untuk menjadikannya bintang. Dah sediakan pembaris dan jangka lukis? Mari kita lihat bagaimana melukisnya.
Katakan bulatan berpusat pada O dan berjejari OA telah disediakan. Kini kita ingin melukis sebuah heptagon yang terterap di dalam bulatan tersebut.
Kini, garis AB sudah dibahagikan menjadi 7 bahagian sekata. Garis AB boleh dibahagikan menjadi seberapa banyak bahagian yang diingini dengan sekata. Jika inginkan 10 bahagian, lakukan langkah 3 sehingga ada 10 senggat. Begitu juga dengan nilai pembahagian yang lain.
Kurt Vonnegut Memes And Images
Katakan sisi AB yang terterap dalam bulatan telah diberikan. Kita ingin membahagi sisi ini menjadi dua sisi sama panjang yang juga terterap dalam bulatan yang sama.
Kini kita sudah bahagikan sisi AB menjadi AG dan GB yang ketiga-tiga sisi tersebut terterap dalam bulatan yang sama. Ulangi langkah ini untuk kesemua sisi heptagon kita. Disebabkan setiap sisi sudah menjadi dua kali ganda lebih banyak, heptagon kita sudah menjadi tetradekagon.
Katakan suatu tetradekagon sekata sudah diberikan, lalu bagaimana kita ingin melukis bintang Jalur Gemilang daripadanya? Kita tidak boleh menyambung dua titik sesuka hati kerana bintang Jalur Gemilang mempunyai corak yang sangat khusus. Setelah merenung bintang itu buat masa yang lama, aku dapat kenal pasti corak pembinaannya.
Bastelstern 20cm 12 Drähte, 1,50 €
Ambil suatu titik, katakan A, lalu kenalpasti titik setentangnya. Titik setentang A ialah B. Jangan sambungkannya dengan B, tetapi sambungkan A kepada jiran-jiran B iaitu C dan D. Kini kita ada garis CA dan AD. Sebagai contoh tambahan, titik E bersetentang dengan titik F tetapi E disambungkan dengan jiran-jiran F iaitu G dan H. Ulang kaedah ini untuk setiap bucu tetradekagon. Lalu, kita sudah ada bintang Jalur Gemilang yang cantik dan sekata.
Akan tetapi, ia tidak betul-betul sama. Jika ditindih di atas Bintang Jalur Gemilang, kita boleh nampak ada bahagian yang tidak selari. Hal ini berlaku kerana poligon yang dibina itu tidak betul-betul sekata. Sebenarnya, ada kaedah melukis heptagon atau tetradekagon yang lebih sekata, tetapi kaedah ini mudah dan boleh digunakan untuk poligon-poligon lain. Walaubagaimanapun, kaedah ini cukup sekata untuk membina bintang Jalur Gemilang yang disayangi rakyat dengan cantik. Kalau kalian tahu kaedah melukis heptagon atau tetradekagon yang lain yang lebih tepat, dipersilakanlah menggunakan kaedah itu.
Menyambung pengajian sarjana muda Fizik di UKM (2017-2021). Minat menulis sejak tahun 2011 dan mula berkecimpung dalam penulisan akademik sejak tahun 2014. Berazam untuk menjadi pensyarah dan untuk terus menulis ilmu dalam Bahasa Melayu. Gagasan aku mudah sahaja: jika ingin diajarkan ilmu kepada sesuatu bangsa maka ajarkanlah dalam lidah bangsa tersebut.
Post a Comment for "cara lukis bintang bendera malaysia"