cara masak ayam black paper
Kalau anda sering masak kepada anak-anak, boleh cuba resepi ayam blackpepper ini untuk pelbagaikan menu masakan supaya anak-anak dan anda sendiri tak bosan makan di rumah.
Jangan risau, menu ini mudah untuk disediakan dan boleh guna bahan-bahan yang ringkas sahaja.Untuk resepi ini, daging ayam digunakan. Kalau anda nak buat guna daging blackpepper, sotong blackpepper, hati lembu blackpper pun boleh guna cara ini juga.
Masak Blackpaper Cendawan - Cara Masak Ayam Black Paper />
Cuma pastikan daging dah empuk digoreng, hati lembu direbus dan digoreng terlebih dahulu serta sotong direbus sekejap. Barulah dapat kuah blackpper yang pekat dan sedap.
Resep Ayam Lada Hitam Yang Pedas Menggoda, Yuk Coba!
Untuk dapatkan ayam goreng yang juicy, pastikan anda perap ayam dengan sedikit garam dan bawang putih tumbuk sekitar 15 minit. Barulah digoreng separuh masak terlebih dahulu.
Nak sedap lagi, gunakan lada hitam berbiji bukan serbuk. Tumbuk sendiri. Lagi sedap beraroma kan.Sayuran yang sedap dicampur dengan menu blackpepper ini ialah lada benggala, kacang panjang, hirisan bawang besar dan juga hirisan cili. Boleh pilih yang mana ada stok dalam peti.
Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin di atas resepi ayam blacpepper ini. Boleh la kita bertukar menu dari ayam kicap biasa kan. Nampak sedap dan menyelerakan.
Resepi Ayam Black Pepper } — Enak Dan Mudah
#1: Bersihkan ayam dan gaul bersama sedikit garam kunyit dan juga sos seafood. Kalau tiada sos ini, anda boleh tumbuk bawang putih dan gaul bersama. Perap sekitar 15 minit dan barulah digoreng hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
Gunakan minyak yang menggoreng ayam tadi sedikit dan tumis bahan tumbuk yang terdiri daripada bawang putih, lada hitam dan halia.Cukup dengan tumbuk kasar. Tumis hingga naik bau.
#2: Tambahkan 1 sudu makan sos seafood dan juga 2 sudu makan kicap manis. Kalau rasa nak lebih sikit, masukkan lebih.Tambah juga sedikit air.Biar mendidih.
Ayam Masak Black Pepper
Masukkan ayam goreng tadi bersama semua jenis sayur. Kacau rata dan tutup seketika untuk biarkan sos blackpepper masuk kedalam isi ayam. Sekitar 5 minit.
Buka tudung periuk dan perasakan sedikit ikut selera. Masak hingga air nampak kering dan dah siap dah menu ayam goreng blackpepper anda. Selamat mencuba.
Masukkan ayam goreng tadi bersama semua jenis sayur. Kacau rata dan tutup seketika untuk biarkan sos blackpepper masuk kedalam isi ayam. Sekitar 5 minit.
Buka tudung periuk dan perasakan sedikit ikut selera. Masak hingga air nampak kering dan dah siap dah menu ayam goreng blackpepper anda. Selamat mencuba.
Post a Comment for "cara masak ayam black paper"