cara masak mee bandung
PES MEE BANDUNG MAK PON PALING MUDAH DI MASAK DAN SEDAP! | Haii korang, salam hujung minggu dan kabare?. Macam lama sangat Sis ko menghilang dan tak membebel kat sini ek. Yee wakkk Sis sangat sibuk dalam seminggu ni. Padat dengan jadual jemputan media. Sampai nak duduk update blog pun tak nyempat!.
Tak sempat bukan sebab sibuk sangat, tapi sebab letih. Ada event tu dari pagi membawa ke malam, bila dah sampai rumah, nak bukak laptop pun jadi malas. Memang betul tak larat. Padahal banyak kerja nak update. Maaflah ya. Harap faham.
Masak Kuah Mee Bandung Paling Cepat Tapi Sedap - Cara Masak Mee Bandung />
Now curi masa update kejap sementara menunggu Suami meeting ni di Paka. Sehari ke sehari nak update cite Mee Bandung ni, tapi sibuk beno, harini baru sempat nak menaipnya. Yaa sibuk sampai tak sempat nak blogwalking bagai. Nasib baik juga, pageviews blog maintain aje dalam seminggu ni, alhamdulilah.
Kuliner Mee Bandung Di Malaysia, Tampilannya Seperti Rendang Kuah
Pes Mee Bandung Mak Pon memang kegemaran Sis dari sejak mula mencubanya, bila pindah ke Pasir Gudang terus tak tau nak beli dan cari di mana, kalau dulu masa duduk Bukit Indah, kawan setaman tu ada jual, tapi bila ternampak Kak Seri ada tayang dan katanya kawannya yang jual, so apalagi, Sis pun kirimlah 2 bungkus.
Salah satu sebab yang Sis suka pes Mee Bandung Mak Pon ni sebab, dia tak perlu di tumis. Keduanya pes dia dah siap sedia garam, gula, dan bahan perisa, korang kalau masak, tak payah tambah apa-apa dah. Cuma sediakan bahannya aje.
Senang ke tak senang? Kalau musim raya ni, benda nilah paling tidak mesti nak ada jadi stok di rumah Sis dulu, nak masak tak sampai 15minit, dah siap, janji bahan-bahan ramuan makannya dah siap sedia. Tinggal tuang dalam mangkuk dan makan jer.
Mi Bandung Muar, Pes Homemade Dengan Kuah Sedap Meletup
Bahan yang Sis gunakan pun simple aje, tak meriah mana pun, ada tu pun ikutkan bukan untuk ramuan Mee Bandung tapi Sis buat ikut suka anak tekak hahahaha. Contohnya dalam kuah Mee Bandung tu, Sis letak kerang, sebab geramkan kerang di kedai tu fresh gilerr..so Sis rebus, kopek dan masuk dalam kuah Mee Bandung tu hehehe.
Bahan-bahan lain seperti dalam gambar tu laa. Ayam racik tu Sis gantikan dengan daging sebab anak Sis, Kakak mana makan daging, so kenalah buat ayam.
Sememangnya senang aje masaknya. Korang beli pes Me Bandung Mak Pon ni, kemudian letak air dalam periuk, masukkan pesnya, dan tunggu hingga mendidih. Tak kisahlah korang nak didihkan air dulu ke atau masuk sekali sampai mendidih, dua-dua pun kaedah yang sama.
Resepi Mee Bandung Ringkas Dan Cepat
Kalau korang guna daging, air rebusan daging tu boleh jadikan stok kuahnya tu. Bila dah mendidih, pecahkan telur, kemudian perlahankan api, biarkan sekejap. Korang bolehlah rasa ikut tekak memasing, kalau Sis memang takde tambah bahan perasa apa dah, cukup semuanya! Cuma kuahnya agak pedas aje sedikit. Tapi masih okay lagi.
Kalau dah masaknya seperiuk, dan siapa lagi peneman makan Sis kalau bukan Sunah hehehe. Kebetulan dia datang dan bermalam di rumah, makanya Sis masak aje Mee Bandung ni, barulah meriah nak makan, anak-anak pun semua ada, so memang gembiralah Sis sebab masak-masak, ada yang makan hehehe..
So korang kalau nak cuba Mee Bandung paling senang dan sedap, carilah Mee Bandung Mak Pon, pasti puashati!!. Kak Seri, kita nak kirim 5 pek ya!!
Resepi Mee Bandung Patut Korang Cuba Resepi
Call Me Sis Lin | Married | MoM of 3 | Housewife | Fulltime Blogger since 2008 . FAQ Kindly Email : linmdnoor[at]gmail[dot]comSebut sahaja resepi mee bandung, terus terbayang keenakan mee dalam kuah sedikti pekat beserta kemanisan udang dan juga telur goyang yang kuningnya separuh mencair.Memang sangat membuka selera kan.
Antara mee bandung yang popular seringkali menjadi tumpuan orang antaranya ialah mee bandung muar.Saya pernah sekali pergi ke sana dan makan.Kuahnya tidak lah terlalu pekat dan tidak terlalu cair serta dihidangkan di dalam pinggan kaca. Jika anda berkesempatan pergi ke Muar, boleh la mencubanya.
Hari ini kami akan beri dua versi resepi mee bandung yang sangat sedap .Satu versi untuk dimakan seorang dan satu lagi versi untuk dimasak untuk hidangan keluarga.
Resipi Mee Bandung
Antara tips untuk jadikan resepi mee bandung bertambah sedap adalah, anda boleh pekatkan kuah menggunakan ubi keledek oren yang telah direbus dan blend.Masukkan dalam kuah.Memang sedap aromanya.Kalau tiada ubi keledek, bancuh sedikit tepung jagung.
Untuk buat telur goyang, pastikan kuah mee bandung telah mendidih baru masukkan telur yang dipecahkan terlebih dahulu dalam mangkuk.Cukup 2-3 minit dan boleh la diangkat. Sebab itu telur dimasukkan last sekali dalam proses masak mee ini.
#1: Tumis bahan kisar hingga wangi, baru masukkan cili kering kisar dan kacau hingga terbit minyak sedikit.Tambahkan air rebusan daging bersama sos cili, sos tiram dan bancuhan tepung jagung tadi atau ubi keledek.Buka api besar dan biarkan mendidih.
Wanita Ini Kongsi Resepi Rahsia 'mee Bandung' Yang Sedap, Makin Makan Makin Nak Tambah Lagi
#2: Masukkan lauk pilihan dan biarkan masak.Barulah masukkan mee yang sudah dibasuh bersama sayur dan juga telur.Sesuaiakan rasa dan biarkan masak 2-3 minit. Siap. Hidangkan dan tabur daun bawang sedikit bersama bawang goreng.Makan bersama hirisan cili potong atau jeruk.Terbaik rasa pekat mee bandung ni.
Versi 2 ini pula sesuai untuk anda buat untuk dimakan bersama seluruh ahli keluarga. Cuma kuah dan mee diasingkan.Nak makan baru campur.Jadi anda basuh dan tos kan mee kuning serta celurkan sekejap dalam air panas dalam 1-2 minit.Angkat dan toskan.
#1: Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.Guna kuali ya untuk senang dan lagi sedap.Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.Baru masukkan kacang tanah, sos cili, tomato sos, sos tiram.Kacau sebati.
Mee Bandung Paste
#2: Masukkan tulang lembu yang direbus empuk bersama air rebusan tulang sekali tadi dan biarkan kuah mendidih baru masukkan lauk pilihan lain. Tambah fish ball, fish cake, sayur pilihan.Sesuaikan rasa.
#3: Pecahkan telur dan biarkan 1 minit sebelum dikacau. Siap tutup api. Nak makan masukkan mee dalam mangkok , tambahkan kuah , bawang goreng dan daun bawang.
Post a Comment for "cara masak mee bandung"