cara masak nasi impit
Alangkah sedapnya sekiranya di pagi hari raya kita dapat makan ketupat sambil dicicah rendang dan kuah kacang. Dengan membayangkannya pun saja dah buat kecur liur! Tapi tak semua orang pandai menganyam ketupat. Ia memerlukan skil dan teknik yang betul untuk menghasilkan sarung ketupat yang kemas. Ataupun, korang dah kesuntukan masa untuk menganyam ketupat. Jadi alternatif mudah yang ada ialah dengan memasak nasi impit atau ketupat segera saja.
Sebenarnya, kalau nak diikutkan, rasa nasi impit dan ketupat ni sama saja. Malah, masak nasi impit lagi senang sebab korang boleh saja beli nasi impit instant di kedai. Tinggal nak rebuskannya saja.
Masak Nasi Impit Tanpa Rebus Guna Plastik. Lebih Sedap & Selamat! - Cara Masak Nasi Impit />
Cuma satu masalah yang timbul adalah, nasi impit ni cepat berair dan basi. Sebab tu lah korang kena ikut beberapa tips dan petua di bawah ni, agar nasi impit yang dimasak boleh tahan lebih lama! Jadi tipsnya adalah:
Jom Masak: Ketupat Nasi Aka Nasi Impit
Beras yang bersih adalah beras yang dapat tahan lebih lama. Oleh itu, lepas saja korang dah beli nasi impit instant , bolehlah basuh dengan air paip terlebih dahulu. Setiap paket tu ada lubang-lubang kecil jadi air boleh masuk ke dalam dan beras dapat dibersihkan. Basuh 2-3 kali, sehingga air yang keluar daripada paket nasi impit adalah air yang jernih.
Untuk memastikan nasi impit masak sepenuhnya, korang kenalah gunakan air yang mencukupi untuk merebusnya. Kalau boleh, isikan air ke dalam periuk sehingga nasi impit betul-betul tenggelam, dan barulah tutup periuk dan hidupkan api. Elakkan daripada memasukkan terlalu banyak nasi impit ke dalam periuk. Kalau boleh beri ruang kepada nasi impit untuk berkembang setelah ia masak.
Antara salah satu petua untuk memastikan nasi impit tahan lebih lama adalah dengan memasukkan secubit garam ke dalam air rebusan. Jangan masukkan terlalu banyak pula, takut nasi impit jadi masin nanti. Kalau nak nasi impit lebih wangi, boleh masukkan dua helai daun pandan yang diikat ke dalam air rebusan.
Petua Nasi Impit @ Ketupat Kekal Sedap Dan Tahan Lama
Satu lagi petua lama untuk memastikan nasi impit tahan lebih lama adalah dengan memasukkan dua keping asam gelugur ataupun asam keping. Kalau tak ada, korang boleh gantikan dengan limau kasturi. Caranya, perahkan dua biji limau kasturi dan masukkan dengan kulitnya sekali ke dalam air rebusan.
Semasa nak merebus nasi impit, gunakan api sederhana dan rebuskannya dengan lebih lama. Korang boleh rujuk kepada masa yang ditetapkan pada paketnya dan rebus lebih 5-6 minit daripada masa yang ditetapkan. Ini untuk memastikan agar nasi impit betul-betul masak dan tak lembik.

Setelah nasi impit siap direbus, toskan betul-betul agar semua air dapat dibuang. Biarkan ia sejuk sehingga suhu bilik sebelum dipotong. Kalau nak pastikan ia betul-betul kering, boleh juga lapkan dengan tisu ataupun tuala bersih yang kering. Barulah nasi impit tak cepat berair dan basi.
Resepi Kehidupanku: Nasi Impit
Antara salah satu sebab nasi impit cepat basi adalah kerana kita selalu memegangnya. Bakteria dan kuman daripada tangan kita akan berpindah kepada nasi impit membuatkannya cepat basi. Oleh itu, potong nasi impit bila nak makan saja. Elakkan daripada memegang nasi impit dalam keadaan tangan yang basah.
Seperti makanan lain, nasi impit juga boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. Jika ia disimpan di dalam peti sejuk, nasi impit boleh bertahan sehingga 3-5 hari! Masukkan nasi impit ke dalam bekas kedap udara dan kalau nak makan, kukus semula nasi impit tersebut agar ia kembali panas dan gebu.

Selepas mengikuti tips-tips di atas, korang dah tak perlu risau lagi membazir nasi impit yang belum dimakan sebab cepat basi. Lepas 5 hari pun masih boleh nikmatinya lagi.Sebenarnya tak susah kalau tahu cara buat nasi impit sendiri. Kami tertarik dengan perkongsian super jimat daripada Puan Mastura Mohd Pilus melalui salah satu post Facebook beliau:
Resipi Nasi Impit Masak Guna Pressure Cooker
“Saja nak ‘share’ cara saya buat nasi impit super jimat 2-3hari lepas. Terjadinya nasi impit super jimat ni bila melayan anak tekak yang nak nak nakkkk sgt mkn lontong. Bukan takat jimat lagi dah, memang berbaloilah buat… 200% puas hati. Saya buat 3 peket saja sebab ahli keluarga tak ramai.
Terfikir juga, kalau beli sepeket nasi impit impit segera yang besar mesti ada 6 bungkus kan.. So, balance dia macam mana? ‘Confirm’ simpan sampai berdebu. Tiba-tiba ‘plinkkkk’ kat kepala.. makanya DIY nasi impit lah.“

Bukan saja di hari raya, pada hari-hari biasa pun kadang-kadang tekak rasa teringin nak makan. Terutamanya bersama kuah sate atau kuah lontong.
Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan
Anda sebenarnya boleh berjimat sehingga 200% apabila buat sendiri kerana hanya bermodalkan beras dan plastik sahaja. Jika dibandingkan dengan harga nasi impit ‘instant’, buat sendiri lebih jimat dan dapat dianggarkan kuantitinya dengan lebih tepat.
Kasi mandikan dia sampai bersih. Jangan guna sabun plak, satgi kang ting tong kepale seminggu jadi wengg. Hehehe. / Foto Kredit: Puan Mastura Mohd Pilus

Kalau tak dicucuk nanti alamatnya menyesal melawan ckp org tua. Jangan tanya apa jadi sebab tak pernah terjadi lagi…. / Foto Kredit: Puan Mastura Mohd Pilus
Nasi Impit Tak Keras, Tak Lembik Dan Tahan Lebih Lama? Ini Caranya
Related Items:cara buat nasi impit, cara buat nasi impit dalam plastik, cara buat nasi impit dengan plastik, cara buat nasi impit di rumah, cara buat nasi impit diy, cara buat nasi impit homemade, cara buat nasi impit jimat, cara buat nasi impit mudah, cara buat nasi impit pakai plastik, cara buat nasi impit plastik, cara buat nasi impit segera, cara buat nasi impit sendiri, cara masak nasi impit, cara masak nasi impit di rumah, cara masak nasi impit segera, cara mudah buat nasi impit, cara nak buat nasi impit, nasi impit plastik, resepi nasi impit, resepi nasi impit mudah, resepi nasi impit segera
Post a Comment for "cara masak nasi impit"