Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara masak pajeri terung

cara masak pajeri terung

Seperti dijanjikan dalam entri sebelum ini, saya akan kongsikan resepi Pajeri Terung Wan Chu. Tapi sabar dulu, kita jamu minda kita dengan sedikit perkongsian ilmu yang saya catat semasa Kuliah Ustaz Fauza. Cara penyampaian Ustaz Fauza yang sangat humble pasti menyentuh hati kita yang mendengarnya.Manusia tak layak untuk riak dan rasa takjub. Analogi orang beramal dengan riak. Seperti mana seorang yang keluar ke pasar, telah mengisi kantungnya dengan batu. Semua orang tengok poket berat dan akan rasa kagum. Dan orang ramai berkata alangkah penuhnyakantung orang itu. Tapi sama sekali tidak berguna kerana tak dapat beli apa apa. Hanya dapat pujian orang sahaja. Begitulah umpamanya orang yang beramal dengan banyak tapi hati penuh dengan riak. Seolah masuk batu dalam kantung tapi tak laku kerana batu, bukan duit.

Allah tak pandang orang yang beribadah dengan riak. Mereka akan menjadi fakir kerana amalan baik akan diragut. Zero dalam akaun bank. Kalau kita susah semasa di dunia, masih ada orang yang boleh membantu dan memberi. Tapi jika fakir di akhirat tak ada orang yang sudi membantu. Dikisahkan bagaimana seorang ayah di akhirat bertemu anak anak, minta pertolongan. Si Ayah bertanya, Ingat Ayah lagi tak? Ayah memberi segala apa yang kamu mahu semasa kamu di dunia. Anak anak menjawab ya, kami ingat Ayah memang baik dan telah permudahkan semua urusan kami di dunia. Ayah berkata lagi, Hari ini Ayah nak minta sedikit amalan kamu boleh tak, sebab bekal Ayah tak cukup untuk masuk syurga. Anak anak menjawab kalau itu, tak boleh keranakami juga amat memerlukan bekalan. Kami juga takut untuk ke neraka.

Pajeri

Pergi pula lelaki tadi pada isteri. Namun isteri juga tidak dapat membantu. Inilah fakir yang Nabi Muhammad SAW sebut dalam surah Abasya ayat 34-37. Semua lari kerana masing masing sibuk dengan urusan masing masing. Jadi perbanyakkan lah berdoa pada Allah, supaya semua anak isteri dapat sama sama ke syurga Allah. Akhirat tu sangat berat. Surah Al-Inshiqaq menyebut berkenaanhari kiamat. Allahmemberitahu pada hari ini, kamu tak ada kekuatan apa apa melainkan semua urusan milik Allah. Berdoa supaya apa yang dibuat beri hasil belaka. Orang yang riak fakir jahim amalan terbatal di akhirat. Dalil surah Al Furqan ayat 23 Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan . DanAllah akan memeriksa semua amal perbuatan mereka dan tidak ada satu yang terlepas. Semua amalan baik atau buruk akan diperiksa. Tidak akan tercicir sedikit kejahatan atau kebaikan. Pasti akan diteliti di akhirat. Betapa adilnya Allah. Semoga ianya memberi manafaat pada kita semua, untuk kita sama sama merenung sejenakmatlamat kita hidup di dunia ini. Sekarang kita masuk pula bab masakan.

Pajeri Nenas Resipi Signature Azie Kitchen

Selain Ayam Masak Merah yang sangat sedap di SINI , Pajeri Terung adalah lauk yang biasa dimasak oleh Wan Chu untuk hidangan kami setiap kali berkunjung ke rumah mereka di Sungai Besi ketika itu. Gembira hati tidak terkira bila dapat menghubungi Wan Chu semula. Saya memang akan mencari resepi resepi yang telah saya rasakan sendiri keenakannya untuk dijadikan koleksi resepi. Itulah yang saya usahakan juga untuk mendapatkan nombor telefon Wan Chu. Maklum air tangan orang zaman dulu dengan menggunakan bahan mudah pun boleh menghasilkan masakan yang wallaaa sedaaapnya sehingga teringat ingat walaupun setelah berpuluh tahun.

Kata Wan Chu memasak Pajeri Terung tak perlu menggunakan santan yang banyak kerana ianya akan menjadi seolah masak lemak atau masak kari terung pulak. Hanya guna semangkuk paling kecil sahaja untuk santannya. Pajeri sepatutnya mempunyai rasa berempah dengan rempah kari serta menggunakan udang kering yang agak banyak. Inilah resepi Pajeri Terung yang sangat sangat saya gemari. Terasa baru hari ini, saya memasak pajeri dengan yakin danbergaya. Hahaha dah dapat tips dan petua dari sifu kan? Sememang tidak ada yang unik dengan bahan yang digunakan dalam resepi ini tetapi cara dan teknik memasak yang menjadikan ianya lebih sedap. Pajeri terung memang antara lauk kegemaran yang saya pasti tidak mampu menolaknya, terutama jika dimakan dengan nasi putih berlaukkan ikan cencaru goreng sumbat dan telur masin. Cukup cukup sedap dan menepati selera saya. Sehingga keesokan harinya pun masih teringat ingat. Jom layan resepi dan cara menyediakan Pajeri Terung dari Wan Chu. Layaan...

Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat. Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata. Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.

Resipi Pajeri Terung Oleh Lizawati Mohamed

Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.Sebelum itu, jangan lupa klik iklan di blog saya ni tau. Sedih sangat sedih. Hari ini 6 Mei 2021, bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan ketiga yang mana surau tidak membenarkan muslimah untuk bersolat terawih. Jemaah muslimin dihadkan kepada seramai 50 orang sahaja.

Kita terpaksa akur dan mematuhinya, cuma alangkah baiknya jika pelaksanaan ini ditangguhkan sehingga habis akhir Ramadhan ini. Maklumlah tahun lepas, langsung tak dapat menunaikan solat terawih di surau. Memang boleh menunaikannya di rumah tapi ia memberikan perasaan yang sangat berbeza.

-

Seperti kata Nana, Covid akan kekal ada seperti mana influenza dan lain lain, cuma bagaimana ianya dapat di kawal dengan vaksin supaya kesannya tidak teruk pada pesakit yang mengalaminya. Malahan dia telah pun belajar berkenaan virus covid ni semasa belajar medic di Mesir lagi. Maknanya dalam dunia perubatan telah menpunyai maklumat tentang virus ini.

Pajeri Terung Mudah Dan Sedap

OK, kita sekarang sedang berada di 10 malam akhir Ramadhan. Malam ini ialah malam ke25 Ramadhan, jadi siang hari kalau boleh lelapkan mata seketika supaya kita segar dan cergas untuk beribadah sebelah malamnya.

Kata Ustaz Don Daniyal selepas solat terawih, tak perlu tidur sekejap pun tak apa. Terus sahaja solat sunat, mengaji, berzikir dan berdoa. Lailatul Qadr bermula dari Maghrib sehingga ke masuk waktu Subuh. Semua amalan yang kita buat malam itu, akan mendapat pahala yang lebih baik dari beribadah 1000 bulan iaitu 84 tahun.

-

Jangan lepaskan peluang untuk mendapat pahala yang besar ini. Tawaran yang datang hanya sekali dalam setahun. Tapi adakah kita pasti, kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang?

Resepi Pajeri Terung Paling Mudah Di Muka Bumi

Jika tidak pasti, rebut peluang yang sedang kita berada ini. Jangan lupa juga bersedekah dan berinfaq di malam malam 10 akhir Ramadhan ini. Jangan buat siang hari tapi selepas Maghrib. OK sekarang kita masuk bab masakan pula.

Ketika bekerja di Bank Negara, sekali sekala saya akan keluar makan tengahari di Medan Kupang. Lauk yang sya ambil pajeri nenas atau terung, ikan cencaru sumbat dan telur masin. Ini lah lauknya setiap kali. Tak berubah, kecuali salah satunya tak ada, baru saya ganti dengan lauk lain.

Resepi

Resipi ini saya belajar dari Wan Chu setelah selalu Wan Chu menyediakan lauk ini bila kami berkunjung ke rumah mereka. Ketika itu, saya tidak pula melihat Wan Chu memasak. Setelah sekian lama baru saya minta Wan Chu kongsikan resipi dan cara penyediaannya.

Resepi Pajeri Terung Yang Mudah Dan Cepat

Masih ingat lagi terung yang Wan Chu guna jenis yang panjang dan warna kehijauan. Saya pun tak pasti terung apa. Tapi itu yang saya ingat lah. Cuma, lebih sedap menggunakan terung yang panjang. Tapi yang Hubby beli, terung yang gemuk pendek ni, saya guna jer lah.

Satu yang saya ingat ialah bila Wan Chu memberitahu pajeri terung mesti pekat dan berempah. Santan yang digunakan sedikit sahaja. Jangan jadi seperti kari terung. Saya suka gaul kuah pajeri yang pekat pekat tu dengan nasi putih panas panas. Sedap dan sangat menepati selera saya, siap habis 2 biji untuk saya seorang.

Resipi

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Pajeri Terung Dan Nenas Keeper Recipe

Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat sehingga wangi.

Post a Comment for "cara masak pajeri terung"