Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

cara mengetahui raja kayu asli

cara mengetahui raja kayu asli

Raja kayu ni mula2 aku kenal & tengok rupa dia mcm mana ketika anak2 masih kecik lagi...Selepas kisah rumah kitorang dimasuki pencuri tatkala jam 1 pagi. Tatkala kitorang sedang tido...tatkala along dan angah tido di bilik sebelah. Tatkala akiss masih menyusu badan dan tido bersama kami. Rupa2nya dorang dh masuk geledah dlm bilik aku, abes barang2 dlm almari aku diselongkar, bilik tido anak2....dan dh dpt beberapa barang2 yg dorang inginkan tp kitorang mmg tak sedar.

Ngan pintu bilik sedikit terbuka...aku terjaga tatkala akiss terbangun nk menyusu badan. Aku terpikir2 kenapa pintu bilik aku terbuka, kenapa lampu kat luar terbuka.....tatkala tengah memikir tu lah tetiba lalu kelibat sorang lelaki tanpa memakai baju tetapi berseluar hitam ala2 pesilat tu, pinggangnya berikat ngan kain biru dan di belakang pinggangnya terselit sebilah parang!!!! Sedang meronda2 lagi mencari apa lagi barang berharga yg dia nk amek. Dia nampak releks aje...konfiden sgt ilmu pukau tu menjadi sgt. Mgkn kerana akiss ingin menyusu telah membuatkan aku tersedar dari segalanya.

KhasiatMengetahui Raja Kayu Asli />

Alhamdulillah laa, anak2 kitorang tak diapa2kan. Along dan angah masih lena tido di bilik dorang selepas pencuri2 tersebut bertempiaran lari ke arah jalan besar ikut pagar belakang rumah. Alhamdulillah, along dan angah telah dilindungi oleh malaikat Allah....kitorang semua selamat (yakin dgn ayat2 suci al-quran sebagai pendinding yg dibaca sebelum tido) wlpn beberapa barangan kitorang telah diambil dan kehilangan wang tunai jgk. Tak perlulah cerita panjang. Tapi pengalaman tersebut menjadikan kitorang lebih berhati2 dan setiap kejadian mmg ada hikmahnya.

Kegiatan Evaluasi Pemugaran Meru Tumpang Sebelas Dan Sembilan Di Situs Pura Taman Sari Klungkung

Dan raja kayu yg mula2 sekali aku tgk tu adalah jenis potongan hirisan mcm dlm gambar di bawah ni. Abah (mentua) aku yg bagi sebagai petua perlindungan dlm rumah (pagar rumah) dgn izin Allah. Abah bagi 2 keping. Abah soh taruk kat pintu depan dan pintu belakang. Abah beli selepas kejadian tu berlaku....kebetulan abah terjumpa pak yob jual raja kayu ni kat kaki bukit larut tu. Abah risau ngan keselamatan kitorang terutama cucu2nya yg masih kecil ketika tu.

Dh sebelas tahun kejadian tu telah berlaku....dan baru2 ni abg beli lagi sekeping. Ari ni pun abg beli lagi sekeping...dan abg bagi khas kat aku sebab kat kepingan tu ada bentuk love..(cer perati betui2, hehe). Ia mmg semulajadi...bkn sengaja dilukis2 bentuk mcm tu.

Dibeli pada orang yg sama...iaitu Pak Yop...iaitu raja herba kat Taiping ni. Beliau mmg rajin masuk dlm hutan berminggu2 mencari akar2 kayu, herba ngan pelbagai khasiat dan kegunaan.

Jual Bahan Raja Kayu Merah Batangan Di Lapak Belleza Store Fashion Souvenir

:-Raja kayu adalah sejenis tumbuhan teras dari pokok damar minyak. Yang uniknya teras raja kayu ini terjadi di bahagian dahan pokok....bukan drp batang pokok. Mengikut pengalaman yg saya (pak yop) guna dan alami sejak tahun 70an..raja kayu dpt menyembuhkan pelbagai penyakit. Antara penyakit yg telah sembuh darah tinggi, demam, berak berdarah, buasir, cirit-birit, luka yg sukar sembuh, lenguh2 sendi dan sakit pinggang. (Tp cara2nya tak tau ler pulak...Takpe nanti leh tanya kalo terjumpa beliau lagi).

:-Raja kayu juga sangat berkesan utk lain2 kegunaan simpan di dalam rumah dgn izin Allah utk elak pokok hempap rumah, elak bencana ribut dan kebakaran, perbuatan khianat dan boleh menjadi 'pagar rumah'.

Semuanya adalah dgn izin Allah ye. Raja Kayu ni sebagai pengantara aje. Khasiatnya semua datang dari Allah. Ini semua adalah ikhtiar. Mujarab atau tidak semuanya adalah ketentuanNya jua. Amalkan jgk membaca bbrp ayat2 Quran mudah yg mempunyai maksud utk melindungi diri kita.

Manfaat Kayu Menang Kalimantan

**Yelah...ngeri jgk ye bila rumah kita dipecah masuk ketika semua ada dlm rumah. Kalo kat rumah sendiri pun dh rasa tak selamat...payah laa..

~Masa nk tido tu mmg elok amalkan membaca al-fatihah, 3 QUL sebagai pendinding.. Bagus jgk utk elak dari mimpi yg bukan2, hehe.. Boleh jgk nak tambah ayat Kursi dan 1 lagi surah Qul...

~Mak yg bgtau aku soh aku amalkan ketika seusia darjah 1 dulu2 sewaktu aku mula belajar tido sengsorang , hehe. Masa tu...aku selalu takut kalo dengar anjing menyalak panjanggggg au...awuuuuu....ketika terjaga tido waktu malam2, hehe.. Sebab kawan2 sebaya aku ketika tu kata kalo anjing nyalak mcm tu...sebab anjing tu nampak hantu, hihi...Sekadar Petua Insya-Allah Raja kayu terbahagi dua, iaitu Raja Kayu Putih Dan Raja Kayu Merah. Biasanya di sekitar pokok raja kayu tidak tumbuh pokok-pokok lain. Selain Raja kayu kadang kala di tempat lain ia dikenali dengan sebutan yang berlainan seperti di Brunei di panggil Kayu tolong-tolong. Raja Kayu yang berwarna merah kekuningan ialah jenis lelaki dan yang puteh kekuningan pula adalah adalah jenis betina. raja kayu terdapat dalam bentuk jantan dan betina kerana setiap makhluk yang di cipta tuhan adalah berpasangan.

Raja

Aneka Hidangan Favorit Sultan Yogyakarta Di Bale Raos

Raja kayu yang sebenarnya bukanlah sejenis pokok kayu tetapi ia merupakan sejenis damar. Ia berasal dari pokok damar minyak (Agathis Alba). Raja kayu ini terdapat hanya pada dahan dahannya sahaja. Hanya pokok damar minyak yg cukup matang saja mempunyai damarnya cuba lah kita uji dgn membakar raja kayu ini. Raja Kayu akan cair meleleh seperti kita membakar kemenyan dan tidak akan mengeluarkan abu seperti kayu biasa.

Terdapat sekurangnya 10 jenis pokok kayu damar yang biasa ditemui ia itu, Damar hitam, damar hitam bulu, damar hitam gajah, damar katuo, damar laut merah, damar minyak, damar sengkawang putih, damar siput, damar siput jantan dan damar telepuk. damar boleh didapati di kawasan hutan bukit.

Ciri ciri pokok damar minyak (Agatis Alba) dimana pokok ini dahulunya dikenali dengan nama Sanum. Tumbuh di kawasan permatang tinggi. Batangnya besar dan tidak berbanir Kulitnya bersisik sisik, warnanya kelabu . Isinya kelabu atau merah serta berisi minyak pekat, daunnya tebal serta licin, susunannya berkembar, panjangnya 2 1/2inci berbentuk mata lembing atau panjang hujung dan pangkal daunnya. Urat daunnya selari dari pangkal sampai hujung kalau di siat, isinya seakan sutera. Buahnya pula berukuran 2 hingga 4 inci, berbentuk bulat, berwarna hitam atau unggu bersisik sisik dan bertindih tindih. Setiap biji benihnya bersayap.ada pula mereka yang mendakwa Raja Kayu adalah kayu dari jenis kayu Madang Sisik, tetapi kayu damar minyak ini lebih dikenali sebagai RAJA KAYU disebabkan kayu jenis ini membolehkan cahaya lampu menembusinya. Diantaranya kebaikan Raja Kayu adalah seperti berikut;

Cintamanisz Lite: Aura Raja Kayu

Dicampur dengan minyak urut untuk melembutkan urat saraf dan melancarkan pengaliran darah. Air rebusan Raja kayu boleh memanaskan tubuh badan. Mereka yang sedang mengandung dilarang minum, kerana boleh menggugurkan kandungan. Asap kayu yang dibakar boleh menghalau hantu syaitan. Pengunaan Raja kayu sebagai tongkat, mata cincin dan sebagainya boleh membina semangat Raja Kayu digeruni oleh oleh binatang buas dan mereka berniat jahat. Dijadikan perlaris perniagaan. Melindungi keselamatan rumah. Mengukuhkan perhubungan. Penawar gigitan haiwan berbisa. Penawar dalam badan seperti cirit birit, muntah, resdung, kebas kaki/tangan dan sebagainya.

Segala penyakit yang diturunkan datang bersam penawarnya, maka carilah ubat sekiranya ditimpa penyakit, berusaha dan bertawakkal lah kepada Allah S.W.T Produk Raja Kayu berukur lilit 2 inci dan setebal 1cm dimaharkan dengan harga RM55.00 sahaja termasuk penghantaran.Segala penyakit yg diturunkan, datang bersama penawarnya. Maka carilah ubat sekiranya ditimpa penyakit, berusaha dan bertawakal kpd Allah swt.. Penyakit datang seperti ribut dan pergi seperti semut… bersabarlah menghadapi ujian Illahi… N3 ini sekadar berkongsi informasi yg aku baru saja tahu dari seseorang… tetapi wajib kita percaya dari Allah kita datang kepadanya jua kita kembali begitulah segala yg menimpa diri…

Berita

Raja Kayu tembus cahaya jika dipotong walaupun tebalnya sehingga 1 sm. Sila lihat gambar. Raja kayu amat susah nak dipotong. Ia juga tumpat. Jika dimasukkan Raja kayu walaupun bersaiz kecil ke dalam air, ia akan tenggelam seperti batu.

Raja Kayu Original Tembus Cahaya

Raja kayu hanya ada dua jenis; merah dan putih. Jika dibakar, raja kayu ini akan cair meleleh seperti kemenyan dan tidak akan menghasilkan abu seperti kayu lain.

Masyarakat orang asli selalu mencari damar dari jenis pokok ini untuk pelbagai kegunaan. Masyarakat orang asli jarang jatuh sakit sedangkan mereka tinggal di hutan. Kayu dan akar dari hutan kitalah yang memberikan mereka segala keajaiban dan ubat-ubatan.

Serbuk Raja Kayu jika digosok pada kulit akan meresap ke dalam kulit. Ia mempunyai berbagai khasiat terutamanya penyakit kulit dan digunakan untuk mengurut. Berikut adalah antara khasiat dan kegunaan Raja Kayu :

Fakta Kayu Gaharu, Sering Digunakan Sahabat Rasulullah Saw

1. Ambil serbuk raja kayu (kikis raja kayu atau diasah pada buntut pasu untuk mendapatkan serbuknya), campur kedalam apa-apa jenis minyak urut, kemudian ambil sepotong raja kayu.

Cananglahnie:

2. Bakar kayu tersebut bersama minyak urut yang telah dicampur serbuk raja kayu tersebut (gunakan periuk). Raja kayu akan mengeluarkan damarnya ketika dibakar lalu akan bercampur dengan minyak urut.

4. Gunakan untuk mengurut. Permata Cincin Bahagian Raja kayu ni kalau nak dibuat permata cincin adalah bahagian teras atau pun mata kayu yang terdapat pada Raja Kayu. Raut perlahan-lahan kerana kayu itu mudah pecah.

Orang Asli Tersenyum, Jualan Raja Kayu Cecah Rm2,000 Seminggu

Antara kegunaannya adalah masalah dalaman badan seperti cirit birit, muntah, resdung, lelah, darah tinggi, kencing manis, darah tinggi, keracunan makanan, perut memulas, kebas kaki tangan, mata rabun, resdung, penat, lelah, sakit sendi, sakit pinggang, lemah tenaga batin, buasir, perempuan turun darah, terlekat uri, sakit tengkuk, termakan racun dan muntah-muntah. Cara menggunakannya hanya merendam Raja Kayu ke dalam segelas air panas selama 10 minit.

Amalkan setiap pagi dan malam untuk kesihatan badan. Jika digunakan secara berterusan dengan cara ini, Raja Kayu akan dapat bertahan selama setahun setengah.

About Sifuli Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan

CINCIN

Cananglahnie: Ketahui Rahsia Pokok Raja Kayu

Post a Comment for "cara mengetahui raja kayu asli"